Tahniah! Skuad Malaysia tewaskan Kemboja 4-1 dan menghampiri laluan ke perlawanan separuh akhir bolasepak Sukan SEA 2011.
Sebenarnya, Malaysia telah menang seawal kedua-dua pasukan berdiri tegak menyanyikan lagu kebangsaan masing-masing. Mereka kelihatan begitu segak dan bergaya terutamanya melalui penampilan gaya fesyen rambut masing-masing.
Secara keseluruhannya, pemain-pemain Malaysia obses dengan penampilan fesyen rambut yang menarik - disisir rapi dan seolah-olah baru keluar dari salon . Sebaliknya, rambut pemain-pemain Kemboja pula kelihatan begitu naif persis rambut buruh kontrak balik dari kerja . Kasihan, mungkin mereka tidak mampu mengikuti perkembangan fesyen rambut terkini .
Semoga skuad Malaysia akan berjaya dalam perlawanan seterusnya.Semoga pemain kita bukan sahaja mampu mempamirkan pesona gaya rambut , tetapi yang lebih penting ialah 'pandai bola'.
Tuan ujang,
BalasPadamsaya risaukan finishing pasukan kita...
semoga kejuaran kekal milik kita.
Sdr theolrascal,
BalasPadamTuan,
Kita lulus ke separuh akhir. Dapat mengelak jumpa Vietnam yang perkasa.