Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Jumaat, 18 November 2011

orang asal


Kita mungkin matang dari segi usia. Namun demikian, banyak perkara yang terhijab dari pengetahuan kita walaupun sebenarnya perkara-perkara itu berlaku di seberang kejiranan kehidupan kita. Alangkah ruginya kita kerana masih diselimut kepompong katak di bawah tempurung pada era yang siang- malam orang menyebut dunia tanpa sempadan ini.
Mungkin itulah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan betapa naifnya persepsi saya terhadap sisi sebenar kehidupan saudara kita Orang Asal. Mungkin juga persepsi yang bertapak kukuh di dasar hati saya itu juga berlaku kepada anda.
Saya masih menggambarkan bahawa semua Orang Asal masih dibelenggu amalan hidup yang tidak memperdulikan arus kepesatan kemajuan di luar ruang lingkup wilayah kehidupan mereka.
Saya menggambarkan masyarakat Orang Asal secara pukal menduduki rumah atau pondok usang, kusam dan kotor. Saya juga menggambarkan mereka phobia kepada orang luar, tidak pandai berkomunikasi, berpakaian selekeh, buta huruf, anak-anak tidak dihantar ke sekolah, merendah diri yang melampau dan melangsungkan survival hidup dengan punca-punca tradisional; memburu,mencari petai,mencari rotan atau sumber hutan yang lain.
Tidak dinafikan bahawa kadang-kadang saya ada juga menjeling-jeling baca ruangan mengenai Orang Asal di dalam akhbar dan majalah atau menonton secara sambil lewa dalam rancangan yang melibatkan Orang Asal di television. Bagaimanapun, saya tidak fokus. Sehubungan itu, hasilnya ialah seperti yang saya nyatakan di perenggan awal catatan ini.
Bagaimanapun, setelah mengunjungi  sebuah perkampungan Orang Asal di Slim River, Perak baru-baru ini, persepsi saya berputar 360 darjah. Selepas ini saya akan katakan bahawa tidak semua Orang Asal di dalam keadaan yang saya gambarkan.
Saya rumuskan di dalam satu perenggan pendek mengenai Orang Asal di kampung yang saya kunjungi seperti berikut:- Mereka fasih berbahasa Melayu,berpakaian seperti kita Orang Melayu, anak-anak mereka dihantar ke sekolah,kawasan kampung dan halaman rumah mereka bersih dan cantik, komuniti mereka bersatu padu dan sekecil-kecil keputusan dibuat setelah bermesyuarah,kedudukkan ekonomi yang baik -  mereka memiliki kebun getah dan kelapa sawit. Segolongan kecil telah menganut agama Islam.
Bagaimanapun, ada satu perkara yang merungsingkan saya. Mereka menjalani hidup seharian seperti Orang Melayu - bercakap, berpakaian,meminati lagu-lagu Melayu terutamanya lagu-lagu 60-an. Malangnya cuma segolongan yang amat kecil sahaja telah memeluk agama Islam. Saya amat khuatir saudara Orang Asal kita ini nama mereka akan menjadi John Hujan, Mary Dusun atau Felix Rimbun pada suatu hari nanti. Hakikatnya, perkara yang ditakuti ini telah pun mula berlaku di perkampungan-perkampungan Orang Asal terpencil.

Siapakah yang harus dipersalahkan? Dan, bagaimanakah cara membawa cahaya iman kepada saudara Orang Asal kita ini ?   



Slim River,Perak
16 November 2011

4 ulasan:

  1. untuk pengetahuna Bang Ujang,, ada gereja di perkampongan org asli MIKU,,,,,,

    BalasPadam
  2. Tuan Ujang,

    Sapa lah yg nak kita persalahkan..

    Ulamak dan ustaz2 kita lebih meriah bertelagah sesama sendiri.

    Lebih berminat melontarkan suara yg condong pada isu politik...ekeke..
    Lawak tapi berhujungkan kesedihan...

    BalasPadam
  3. Sdr Pak Oncu,

    Ini berita.Inilah kita, selalu terlambat.Masalahnya,bagaimana cara nak selamatkan saudara Orang Asal.

    Kita dengan alasan kita.Ustaz dgn alasan ustaz.Jabatan agama dengan alasan mereka.

    Pak Oncu, jom kito bermalam di Kg.Miku Lama tu!

    BalasPadam
  4. Sdr theolrascal,

    Masalahnya tanggungjawab siapa?

    Secara kebetulan Sdr Ann Wan Seng datang berceramah agama di pejabat saya hari ini. Dia ada menyentuh mengenai perkara ini.Beliau bertanya (kepada siapa ye?) kenapa tidak gunakan wang zakat yang berbilion untuk rekrut ustaz berdakwah kpd Orang Asal?

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."