Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Isnin, 16 Januari 2012

india Muslim

Hari Jumaat lepas saya cuti. Selepas selesai solat Jumaat saya singgah di sebuah kedai runcit India Muslim untuk meninjau keluaran edisi terbaru sebuah akhbar genre politik.

Di hadapan kedai runcit itu ada sebuah warung yang baharu dibuka . Warung tersebut beroperasi dari waktu petang hingga tengah malam. Berbekalkan niat ingin memberi sokongan dan juga keinginan hendak mencuba, selepas solat Isyak pada malam Khamis lalu saya dan seorang kawan singgah di warung itu untuk mencuba Mee Udang Banjir .  Kami dikenakan bayaran RM6.00 (tidak termasuk minuman) untuk semangkuk Mee Udang Banjir yang mengandungi empat ekor udang kecil . Udangnya pula tidak segar ('seasoned'). 

Kami berpendapat harga yang dikenakan untuk semangkuk Mee Udang Banjir yang dihidangkan dalam mangkuk polysteren dan sudu plastik di sebuah warung tepi jalan itu tidak sesuai. Mahal. Bagaimanapun, ini cuma pendapat kami sahaja. 


Namun demikian, menyedari tuan punya warung itu orang kita yang mula belajar berniaga, saya akan memberikan sokongan sedapat yang terdaya. Semoga, perniagaan beliau akan maju dan berkembang.

Saya mengajak pembaca kembali semula kepada kisah saya di kedai runcit saudara seagama kita India Muslim tadi. Sesampai di situ saya mendapati semua pekerja  sedang sibuk mengemaskan barang-barang untuk menutup kedai. Kebiasaanya kedai akan dibuka semula setelah ditutup seketika pada waktu solat Jumaat. 

Saya bertanya kepada anak tuan punya kedai mengenai  akhbar yang saya hendak beli. Dia menerangkan bahawa semua surat khabar telah dikembalikan kepada pembekal. Dia yang pada agakan saya masih belum mencapai usia 35 tahun lagi juga memberitahu bahawa kedainya dan kedai runcit sahabatnya (India Muslim) yang selang dua pintu dari situ  ditutup sepenuhnya selepas solat Jumaat setiap dua minggu sekali dalam tempoh satu  sebulan. 

Saya menepuk bahunya sambil berkata, "Berkat." Dia tersenyum. Kedainya memang maju. 
Reputasi golongan India Muslim begitu menonjol dalam perniagaan restoran dan kedai runcit. Selain itu, mereka juga menguasai perniagaan penggurup wang. Selain dari sabar, jimat cermat , tidak ada hasad dengki di kalangan peniaga sebangsa dan seagama dan low profile, kejayaan mereka mungkin juga dari keberkatan yang diberikan oleh Allah kerana menghormati dan memuliakan hari Jumaat.  

Ada sesuatu yang perlu diketahui  oleh orang kita Melayu dari peniaga saudara seagama ini iaitu keberkatan.Unsur ini jugalah yang diabaikan oleh peniaga kita. Buktinya? Cuba-cubalah buat 'survey' untuk mendapatkan bilangan peniaga pasar malam di kalangan Orang Melayu yang menunaikan solat fardhu Maghrib. Kita akan dapat jawapannya. 






4 ulasan:

  1. Assalamualaikum Saudara Ujang..,

    Memang tak dinafikan apa yg saudara catatkan dalam en3 kali ini... memang dalam apa saja usaha untuk menampung keperluan hidup ini kita mendambakan KEBERKATAN dimana bukan Kuantiti yg diutamakan tapi qualiti yg lebih diharapkan .... kerna sumber segala rezeki datangnya dari kasih sayang Allah adanya....Allahua`lam.

    BalasPadam
  2. Saudara Ujangkutik,

    'Reputasi golongan India Muslim begitu menonjol dalam perniagaan restoran dan kedai runcit. Selain itu, mereka juga menguasai perniagaan penggurup wang'.

    Satu lagi perniagaan yang tekun diusahakan iaitu menjual roti bermotosikal di taman2 atau di kampong2. Biarpun keuntungan kalau dilihat tidak banyak tetapi mereka terus mengusahakan. Saya kira kalau orang kita tidak sanggup bertahan.

    Allahu 'alam

    BalasPadam
  3. Sdr azmnor,

    Tuan,
    Memang benar,kita akan tenang,selamat dan berasa dilindungi apabila kita mengambilkira agama dalam apa sahaja tindakan yang kita lakukan.

    #Blog saya ada sedikit masalah teknikal untuk membalas ulasan/komen rakan-rakan blogger.Harap maaf.

    BalasPadam
  4. Sdr Pak Mail,

    Tuan,

    Di antara kelebihan mereka ialah mempunyai daya tahan yang tinggi. Jarang kita lihat restoran atau kedai runcit mereka gulung tikar.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."