Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 8 Januari 2012

jang, ekau handa

Semalam, Jumaat, 6 Januari 2012, Sani, rakan sekerja yang berasal dari Kedah bertanya dalam nada sinis mengenai peluang pasukan bolasepak Negeri Sembilan dalam perlawanan sumbangsih  merebut Piala Sultan Ahmad Shah 2012. 

Saya menjawab, " Saya kurang mengambil perhatian kepada pasukan Negeri Sembilan pada saingan awal." Dia tersenyum. Bagaimanapun saya menyambung, "Kalau menang, bagus juga." Dia ketawa besar. Lawak saya menjadi.

Ditakdirkan, sebentar tadi pasukan bolasepak Negeri Sembilan berjaya juga membawa pulang Piala Sultan Ahmad Shah 2012 ke Seremban, yaani satu-satunya piala yang masih belum diperolehi  sebelum ini setelah mengalahkan pasukan pilihan yang juga Juara Piala Liga Super 2011, Kelantan dengan jaringan 2-1. Kedua-dua gol dijaringkan oleh pemain import dari Cameron,Jean-Emmananuel Effa Owona.

Saya masih belum mempunyai maklumat mengenai pemain import yang tinggi dan sasa itu. Bagaimanapun, penonton dapat menyaksikan dia bersama-sama pemain Negeri Sembilan yang lain turut menadah tangan dan mengaminkan doa sebelum perlawanan berlangsung.

Disebalik kejayaan demi kejayaan yang telah dibuktikan oleh Negeri Sembilan, ada satu perkara yang masih menjadi tanda tanya kepada saya. Perkara yang saya maksudkan ialah tanggapan orang ramai, termasuk juga di kalangan tokoh-tokoh sukan bolasepak yang tidak mengakui kewujudan Negeri Sembilan sebagai kuasa bolasepak tanah air. 

Sehubungan ini, majoriti pengikut dan tokoh-tokoh sukan tanah air tidak memilih pasukan Negeri Sembilan untuk menjuarai Piala Malaysia 2011 yang lalu. Kebanyakkannya memilih pasukan bolasepak  Negeri Terengganu. Hakikatnya, rekod menunjukkan bahawa pasukan Negeri Sembilan mempunyai kelebihan pada dua perlawanan terakhir sebelum perlawanan final.

Begitulah juga pada perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah 2012. Penonton Astro dapat menyaksikan betapa salah seorang daripada ahli panel jemputan tanpa ragu-ragu memilih pasukan bolasepak Negeri Kelantan akan memenangi perlawanan itu. Seorang lagi tokoh tidak menyatakan pilihannya. Sedangkan, rekod juga menunjukkan bahawa pasukan Negeri Sembilan telah mengalahkan Kelantan pada perlawanan persahabatan sebelum Liga Super 2012 bermula.

Sehubungan ini, saya berpendapat telah tiba masanya Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan di bawah pimpinan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan mendapatkan nasihat professional ala-ala perunding imej untuk meletakkan pasukan bolasepak Negeri Sembilan pada tempat selayaknya. Saya percaya penyokong pasukan bolasepak Negeri Sembilan mahukan pasukan kesayangan mereka "Hebat dan Bergaya". 

Untuk rekod, kemenangan merebut Piala Sultan Ahmad Shah 2012 juga meneruskan kesinambungan  'trade mark' pasukan Negeri Sembilan yang tidak diuar-uarkan, yaani pasukan ini 'Tidak Pernah Uceh' (Tidak Pernah Gagal) membawa pulang samada piala juara atau naib juara  ke Seremban sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Nampaknya pasukan Negeri Sembilan 2012 telah berjaya melunaskan 'KPI Trade Mark' itu seawal musim.  

Perjalanan seterusnya pasukan Negeri Sembilan ialah mengintai  persis ular tedung tiga piala berprestij - Piala FA,Piala Liga Super dan Piala Malaysia. Pasukan Negeri Sembilan tidak perlu gelojoh. Jika pun berhajat hendak memenangi ketiga-tiga piala tersebut, jangan pukul canang seluruh Malaya (dibaca seluruh Malaysia).Teruskanlah momentum lemah gemalai yang terkenal itu sehingga menyebabkan musuh alpa seperti yang ditunjukkan sebelum ini.

Bagaimanapun, kepada pasukan bolasepak Negeri Sembilan 2012 saya ucapkan," Jang, Ekau Handa (Saudara hebat)". 

 

8 ulasan:

  1. Saudara Ujangkutik,

    Tahniah kepada pasukan Negeri Sembilan. Sejujurnya, saya tidak mengikuti perkembangan sukan bolasepak tanahair. Saya juga tidak tahu bahawa ada perlawanan siaran langsung bolasepak Piala Sumbangsih sehingga saya melihat anak saya menonton di kaca TV malam tadi. Dan keputusannya juga baru saya ketahui setelah membaca entri saudara ini.

    Tahniah sekali lagi untuk pasukan Negeri Sembilan.

    BalasPadam
  2. Sdr Pak Mail,

    Terima kasih. Sebenarnya saya bukanlah penyokong tegar N. Sembilan.Sekadar penyokong biasa kepada pasukan negeri sendiri.

    Cuma saya suka menulis.Bila menulis perlulah mengetahui serba sedikit pasukan N.Sembilan dan lain-lain.

    BalasPadam
  3. Salam Saudara Ujang,

    Paneh gak ati den bilo donga org nogori lain buek tak umpamo kan Team Nogori...

    Alhamdulillah dan Tahniah buek Pasukan N9 dan semuo yg terlibat, memang den nampak kebangkitan Team Nogori ni sojak kebelakangan ni...

    Tak po Tuan..." Ula menyusur akar takan ilang BISO eh.." KITO COOL YO....

    BalasPadam
  4. Tuan Ujang,

    Berdasarkan gerak lincah si Owona di tambah lagi dengan ketinggian dan kesasaan tubuh nye..di perlihat pula 2 gol jaringan nye...rasa itu dah cukup memberikan imej awalan untuk di beri perhatian seluruh malaya (di baca 1 Malaysia)..

    Safi Salee pulang lah dikau ke Selangor....hehe

    BalasPadam
  5. Sdr azmnor,

    Waalaikomsalam.

    Tuan, Beto...ula menyusor aka tak ilang bisonyo.

    Semoga 'Negeri Kuasa Bolasepak'ini akan berjayo pado perlawanan seterusnya.

    BalasPadam
  6. Sdr theolrascal,

    Tuan,

    Setinggi-tinggi terbang bangau akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.

    Adiwira Safi Salee akan kembali.....

    BalasPadam
  7. Excellent article! We will be linking to this particularly
    great post on our site. Keep up the great writing.

    Feel free to surf to my blog post :: Landing Page Design

    BalasPadam
  8. It can also be employed with people automobiles which are OBD2 amenable.

    Do you speculate if the Actron CP9180 OBD II AutoScanner is an product you ought to invest in?


    Visit my webpage: obd bluetooth

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."