Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Selasa, 4 September 2012

NEGERI SEMBILAN : RUMAH-RUMAH YANG DITINGGALKAN

Saya amat yakin dengan falsafah ini : Sehebat mana status kita, setua mana usia kita, sejauh mana kita merantau, ada dua perkara yang sangat sukar diabaikan, yaani kampung halaman dan kehijauan alam semula jadi . Kerana, akhirnya dua perkara tersebutlah di antara banyak perkara yang akan kita lamunkan dan dambakan dalam hidup ini.
Sedemikian, di antara aktiviti saya ketika bercuti di kampung ialah meronda ke pelusuk persekitaran kampung dan juga kampung-kampung kejiranan. Saya tidak pernah jemu menyantuni aktiviti ini pada setiap kesempatan yang ada ketika di kampung.  
 
 
Di sebalik asyik dengan persekitaran di sepanjang laluan kembara di kampung sendiri dan kampung-kampung kejiranan, saya sedih menyaksikan banyaknya rumah-rumah kosong yang tidak berpenghuni. Sesetengah rumah tersebut dalam keadaan reput menunggu rebah.






Fenomena meninggalkan kampung halaman yang melanda dengan berleluasa ini seperti tidak dapat dikawal lagi. Rumah-rumah tradisional yang di antaranya sangat hebat bentuk senibinanya dan dimilki oleh penduduk kampung di kalangan orang berada suatu ketika
dahulu (mengikut status di kampung) ditinggalkan begitu sahaja.





Kampung sedang menuju ke arah era kepupusan penduduk.  
 
Saya tidak bercadang mengemukakan sebab-musabab mengapa perkara ini berlaku kerana sangat kronik dan sensitif. Lagipun setahu saya, setakat ini masih belum ada satu kajian yang berautoriti mengenai sebab-musabab dan kaedah untuk mengatasinya.        
















  
 
 
 
 
 Cantik, sebuah rumah persinggahan yang dibina semula
 setelah dilerai dari rumah asal dari lokasi lain.
 
 
Menenangkan dan nostalgik. Walaupun sekangkang kera,
di sinilah satu-satunya kawasan sawah padi yang diusahakan semula
sejak setahun kebelakangan ini. Lokasi ini terletak di Kg.Gadong. Bagaimanapun,
 tidak dapat dipastikan samada kawasan sawah padi ini diusahakan oleh penduduk
tempatan atau pesawah dari luar.
 
    
 OH, KAMPUNG KU!!!

46 ulasan:

  1. Ujang Kutik,


    sedih walaupun amat nostalgik...

    BalasPadam
  2. Sdr theolrascal,

    Oh,kampung ku....

    Poi pokan naik basika
    tonghah haghi tongah paneh

    BalasPadam
  3. Dengan bertambahnya pelajaran anak muda dikampong lebih bertambah penghijrahan kebandar mencari kerja. Ditambah pula perkahwinan dengan bukan sekampong akan mengurangkan balik brersara kekampong, yang tinggal cuma rumah usang dan pokok buahan yangg terbiar. Pembukaan kilang kilang, seperti bandar Proton, memberim kesan baik terhadap yang sedeang berlaku dikampong dengan perginya orang yang berumur.

    BalasPadam
  4. Sdr Al-Manar,

    Pandangan tuan sebahagian ada kebenarannya.Bagaimanapun, senario di N.Sembilan agak unik sedikit.

    Di N.Sembilan milikan rumah/tanah pusaka cuma kepada anak perempuan sahaja. Mungkin di atas FAKTOR ini dan anak-anak perempuan pula bekerja di bandar, mengikut suami, berkeluarga dan membeli rumah di bandar menyebabkan rumah di kampung tidak berpenghuni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju dengan pendapat sahabat ni....

      Padam
    2. betul, setuju dgn sedara....sama seperti yg berlaku pada saya....syg kmpg/rumah yg cantik ditinggalkan...

      Padam
    3. Sdr paiNo,

      Terima kasih.Tidak dapat dielakkan.

      Padam
  5. Pn Kazman,

    Semoga datang lagi.Terima kasih.

    BalasPadam
  6. susah juga kalau anak perempuan berkahwin dengan lelaki dari negeri lain. jika balik kekampong sendiri da membina rumah. tetapi jika siisteri pergi dulu menemui allah, sisuami akan mengalami masaalah samada akan terus tinggal disitu atau pindah ketempat lain. walhal telah banyak wang dihabiskan untuk membina rumah tersebut. sapo nak jawap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr/i Tanpa Nama,

      1.Bukan sahaja berkahwin dgn lelaki negeri lain tetapi juga dengan lelaki N.Sembilan sendiri.Kaedahnya sama:

      Realitinya, ini bukan isu.Kalau isteri lelaki itu meninggal dunia,lelaki itu masih menduduki rumah yang dibinanya (rumah = duit lelaki;tanah = tanah isteri)bersama-sama dengan zuriat keturunan mereka.Anak-anak yg baik (dalam NS atau luar NS) tidak akan membuang bapa atau datuk nenek mereka.

      Orang lelaki NS yang kematian isteri masih hidup bahagia bersama anak atau cucu mereka di tanah pusaka peninggalan arwah isteri.Benar, ada berlaku kes yg tidak diingini tetapi terpencil.

      Andainya, lelaki yg berkahwin dengan perempuan NS diarah keluar rumah sebaik sahaja isterinya meninggal dunia,mungkin rumah kebajikan samada di NS atau di luar Negeri Sembilan dipenuhi oleh duda-duda yg pernah berkahwin dgn orang NS.

      Jangan takut beristeri atau bermenantukan perempuan N.Sembilan. Di awal perkahwinan tidak perlu membawa apa-apa. Tebanglah kayu 4-5 batang, ambil 5-6 pelepah rumbia dan tebanglah buluh 7-8 batang yang hidup subur ditanah pusaka isteri yang baru dikahwini. Kemudian ajak bapa mertua,adik/abang ipar untuk membina tempat berteduh anak isteri dan zuriat yang akan lahir. Ushahakanlah tanah pusaka kepunyaan isteri dengan sabar dan tekun.

      Kemudian, apabila sudah senang sedikit 'Belilah Tanah' sendiri. Jika mahu, binalah istana di atas tanah tersebut. Kalau tidak mahu duduklah terus di atas tanah pusaka isteri dan didiklah anak sebaik mungkin. Insya Allah,tiada yang teraniaya.

      Padam
  7. saudara,kekadang generasi era merdeka NS malu untuk mengakui bahawa Tanah Beradat ini bumi kelahiran mereka,malu dgn dialek yg akan dipersenda.Justru,biar rumah menyembah bumi,biar hilangidentiti, itulah realiti.
    Bukan di rembau sahaja tetapi di k.Pilah dan jelebu pun sama.byk rumah ala minangkabau menjadi kandang kerbau!

    BalasPadam
  8. Sdr anisron salleh,

    Semoga akan ada pihak yang membuat kajian dan seterusnya menyelesaikan fenomena tidak sihat ini. Kalau tidak mungkin orang NS sendiri takut balik kampung kerana rumah jadi 'tompek' hantu/jin bertandang.

    T.Kasih

    BalasPadam
  9. as salam
    iyo boto tu. tu yang den nampak bilo balik kampung. banyak ghumah tebia sepanjang jalan dari pilah ke bahau. sayang boto. ghumah cantik2 tapi tebia...

    ontah la jang.

    BalasPadam
  10. as salam
    iyo boto tu. tu yang den nampak bilo balik kampung. banyak ghumah tebia sepanjang jalan dari pilah ke bahau. sayang boto. ghumah cantik2 tapi tebia...

    ontah la jang.

    BalasPadam
  11. gayour,

    Kito kono caghi caro nak solosaikan pokagho ni.Jangan sewokan kek pendatang.Dapek bulek dio nanti.

    BalasPadam
  12. OOO.... nak tau kenapa?
    bila ditanya orang asal , memang banyak tanah adat ditinggalkan...
    sebab....
    tanah adat...
    hanya N9 jer yang ada tanah adat...
    apa itu tanah adat?
    semua orang N9 tau...
    kalau orang itu bukan waris yang layak duduk... memang sampai bila2 pun tak akan rasa selesa dok kat rumah yang cantik tuuuu.... sebab tu banyak dh ditinggalkan...
    Hanya orang yang betul2 tau jer bleh explain... wallahualam..

    BalasPadam
  13. Sdr Tanpa Nama (12/9/12)

    Semoga kita dirahmati Allah.

    Terbit pesaka kepada saka
    Si lelaki menyandang pesaka
    Si perempuannya yang punya pesaka
    Orang semenda yang membela.



    BalasPadam
  14. adakah anak2 muda dah tak berminat tinggal dikampung-kampung?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik Tie @ Akak,

      Mungkin juga anak-anak telah berpelajaran & peluang pekrjaan di luar bandar tidak banyak.

      Faktor lain mungkin juga anak lelaki NS ramai yg berkahwin dgn wanita luar NS dan terus menetap di bandar. Masa dahulu lelaki NS yg kahwin dengan perempuan NS akan balik kampung buat rumah ketika bersara.

      Bagaimanapun, sebab-sebabnya masih belum dirungkai lagi.Mungkin 10-20 tahun lagi. He...he..

      T.Kasih lawat & beri ulasan dlm blog saya.


      Padam
  15. sy org johor tp berdarah minang... setahu saya melayu minang memang bnyk di kawasan negeri sembilan... btl tak...

    jujur sy katakan, sy btl2 minat dan teruja dengan senibina rumah tradisional N9.. susah nak buat rumah seunik rumah berbentuk minang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Faizul Osman,

      Sememangnya dari segi biologinya orang Negeri Sembilan berketurunan Minangkabau - pendatang dari Tanah Minangkabau datang ke N.Sembilan lebih 5 abad yg lalu.

      Rumah yg ada pada hari ini adalah rumah-rumah yg dibina berpuluh-puluh tahun dahulu (ada yg ratusan tahun) tetapi masih utuh dan cantik kerana kayunya bermutu tinggi.Sila juga lihat catatan saya 'Reka Bentuk Rumah Negeri Sembilan'.


      Padam
  16. akankah suatu masa nanti hanya orang2 tua je yg ada kat kmpung tu.....tanah adat hanya tinggal kenangan jer...sedih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik Tie@Akak,

      Nampaknya begitulah jika tiada tindakan diambil.Ketika itu nasi sudah menjadi bubur. "Golor" N.SEmbilan!

      Padam
  17. salam saudara ujang kutik..
    bolehkan tuan hamba mendapat tahu dimana lokasi rumah-rumah warisan ini....
    terima kasih jika saudara sudi berkongsi...

    BalasPadam
  18. Waalaikomsalam Sdr Aminul Hayat,

    Maaf lambat sedikit menjawab. Rumah-rumah tersebut di sekitar Kota,Rembau,N.Sembilan.Di kampung-kampung seperti Gadung, Jeram, Chengkau Ulu dan lain-lain.

    BalasPadam
  19. Nk buek mcm no waghih..satu tanah kek onam namo..buek duo tigo nmo mningga..last2 jd tompk jin botondang..den ni ha..tanah uwan den ado onam tujuh namo..smpi nijam xdiusohokn...sebab kek onam namo..kang pandai2...marah kek org tuo..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama 13/2/13,

      Bonar, itu diantaro pokagho yang tak dapek dikelekaikan. Mungkin bilo sumo ghumah dah jadi ghumah jin botondang, baghulah dicaghi cagho mongatasinyo. Mungkin generasi akan datang.

      Kek mano-mano pun janganlah kito lupo kampung halaman. Kok perighi dah sobon, kok tongair dah dengkel, tengoklah batang nio yang dah soko.

      Janganlah kito merajuk sobab anak buah tak bonarkan kito poi dusun yang atok kito tanam dulu. Anak buah atau cucu sodaro tidak tahu botapo di dusun posako itulah tempat kito bopagi dan bopotang dengan arwah uwan/atok kito maso kito kocik-kocik dulu.

      Padam
  20. hsobona e ado jenis-jenis oghang yo yang goma duduk kampung ni. Kalau dio goma, dio akan balik, kalau tak, asal K.Pilah, boli ghumah kek Soramban. Dio tak sodar duduk taman tu nak boghonap pun payah....

    Sokaghang nak solosai pindah milik tanah ni dah sonang. 3 bulan dah settle... kalau tak tak goma duduk kampung tu, dio tak akan usohokan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr sirul asrar,

      Betul kato tuan, ado oghang-oghangnyo yang suko duduk kampung. Oghang itu biasonyo suka berkobun, suko bele lembu/kobau/kambing, suko menimbo ikan,suko caghi pucuk paku,.....

      Ese pun suko tapi dah telambek. Kok nak pencen baghu nak balik kampung, Ese gasho tak beberapo kono,,,,,,,

      Padam
  21. Memang boto..den pun asa kg chengkau ulu ..cucu Hj Daud mungkin..nak balik kampong lopeh bosaro memang tak kono..tapi kalau kito tak balik kampong tompek tolapak kito dah tontulah pokaro kampong tingga rumah usang yo..kubang kobau, lubuk ikan ,sawah kek panco semua dah jadi hutan..sobab tak ado orang nak kojoan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikom Lan,

      Bilo ekau sobut 'sawah kek panco', meremang bulu ghoma Abang. Itu tompek kito dan oghang kampung kito caghi belalang masa dulu (lepeh hujan waktu malam). Anak air kek panco tompek mengecal ikan, caghi pucuk paku, caghi siput....... Kek panco jugo ada batang sopam (kau ingat lagi apo bondanya buah sopam).

      Kek panco jugo ada ghumah - keluarga Tok Hamid.

      Selamat berpuasa dan menyambut Hari Raya.

      Padam
  22. Abng Ujang..

    Dah lamo boto tak dongar buah sopam tu..masam raso eh..memang banyak kek panco..rumah tok hamid dan kelurgo eh dah tak ado lai..dulu ado duo bijik rumah yo kek situ..kobon gotah den kek belakang rumah dio tu..tapi sokarang dah tak ado sapo yang nak jago..Sawah pulak, tanam padi tumbuh pokok balak ...kek panco tu ado sawah uwan ocu den ...ado dusun durian kek ateh bukit tu..sokarang tinggal konangan ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lan,

      Siapo siapo yang tahu batang sopam kek Panco memang dio anak jati Chongkau Ulu.Buah ee agak bulat dan siratnyo kasar, rasonya taklah beberapa masam kalau masak. He....he... Dusun arwah emak abang pun ado ateh bukit itu.

      Di bawah dusun itu juga Abang & kawan-kawan sebayo (Ujang Ibah/Awal (Meninggal dunia) solalu meniruk ikan 'digyu' termasuk dalam bulan puasa. Dapeklah 1-2 ekor. Apabila tertolan air didalih tidak songajo.

      Sawah Abang dekek rumah Johari Mahat. Maso kocik-kocik dulu begebut air sawah dengan Arwah Lamin/Busu (kau ingat ke lai Arwah Lamin). Kito empang dio bukak...dio bukak kito empang....

      Abang dulu adalah pembaca tetap surat khabar Utusan Melayu (Edisi Jawi) di kodai Tok Daim. Tiap-tiap hari duduk kedai Tok Daim. Mungkin dari situlah suka membaca dan menulis sampai sekarang.

      Lan, banyak kenangan zaman anak-anak yang kita 'sembunyikan' di kampung kito. Namun, sesekali ia menjenguk, kita larut selarut-larutnya. Satu ribu satu malam pun tidak akan tamat ceritanya. He..he..



      Padam
    2. Abang ..
      Bilo sebut pasar konangan kek kampong..lagi lamo kito tinggalkan dio lagi dokek konangan datang..Namo namo tompek yng masih berado dalam ingatan den iolah...Sawah kek panco,,sawah congkau, sawah kek pulau aor..tobek ghodang, tanjung pisang,tanah lessen , ladang ghosek,tong piutan (tompek mancing),darek..baghuh..boghang..lubuk sobarau, lubuk potai,itu yo yang den bolih ingat..

      Padam
    3. Lan,

      Pulau Aor sudah jadi sejarah - tak ada lai Konteng & arwah Amat, tak ado tempua buek sarang. Tak ado lai oghang monimbo lubuk, tak ado lai buah pauh.

      Tong Piutan dah sobun- tak ado lai mogam ikan, tak ado lai ikan limbat.

      Lubuk Sobarau tak ada lai oghang mandi maso kemarau dan monirok ikan.

      Tanah Lesen dah gamai oghang tapi arwah Abu dah lamo moninggal. Tok Mat Peheng pun dah lamo tiado.Samo jugo Dolah TK (Tangkai Joring). Pak Lang Mat Loncek baru mendatang yang kito tiado konangan.

      Sungai kek ghumah Ujang Ibah pun dah dengkel tak ado lai budak mandi mando.

      Abang Usof Taib (Orang Pertama berambut panjang di Congkau Ulu) pun dah meninggal dunia.

      Lan, kau perasan tak apo sobabnyo ado 3 namo golaran 'KUTIK' di kampung kito? - Ali Kutik, Ujang Kutik dan Kutik (anak Mat Tabek). Abang caghi dalam Kamus Dewan pon tak dapek maanonya.Kau cubalah carikan maanonya......

      Padam
  23. Abang...
    MEmang boto bang pueh den cari makno ei kutik tu..tapi den masih ingat omak den cakap kutik tu maksod ei maso dio kocek dulu kurus dan kocek yo...tak sangko lak boleh bosar lopeh tu ...itu gurhau yo bang..

    Abang usop taib (aruwah) tu dulu boleh angkek selipar jln kotapi sekopeng sonang sonang yo..den panggil dio pak ngah usop ..rumah ei sobolah rumah den...

    abng ingat tak ompangan kek sawah congkau dan kek dopan kodai daim tu...sebelum ado ompangan tu orang kampung buek ompang sodiri..hasil padi amat baik dan ikan pun bosa bosa..kalau nak makan ikan puyu, ngail yo kek sawah dopan rumah tu..kalau nak ikan sombilang luhur ngail yo kek tongair dopan rumah tu...padi ponoh dalam kopok dan kuwi..tapi lopeh ado ompangan tu dan padi ditanam dua kali sotahun ..lamo lamo ikan dh tak ado...sawah pun dah mula somak...kuwi padi dah ghuntuh..tak ado dongar orang ngompeng padi lai..mesen padi kek mungkal pun dah tutup..losong padi dah dimakan kek anai anai..tuai padi dah lamo tak ado...tongair pun dah maleh nak mengalirkan air..
    Hibo boto den bilo mongonangkan nasib kampong kito...tapi itulah kenyataan nya sokarang.. itulah orang tua tuo dulu kalau tanam pokok buahan bukan untuk dio tapi untuk anak cucu dan cicit dio...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lan,

      Bocakap tentang empang air dopan kodai Tok Daim;

      1. Rumah pekerja empangan tu masih tak runtuh walaupun terbiar.
      2. Ado ceghito sobab pekerja empangan tu berhenti keje. Dio bosoliseh faham dengan budak kampung kito, antaranya Abd.Rahman Lobai Musa.

      Abang masa kocik-kocik dulu tak ponah makan bogheh kodai. Padi tanam tahun ini boleh makan sampai dua tahun - bogheh sampai warna peghang dan tidak beberapa sodap lai.

      Idola Abang maso kocik-kocik dulu ialah Aris Isa. Walaupun maso tu dio cumo office boy di UKM tetapi bilo balik kampung dio sangat bergaya. Abang masih ingat dia suka pakai seluar fesyen American Style. Bilo dio bocoghito tentang Kolumpur, meloponglah kami budak-budak kampung (termasuk Mat Chelong, Shahrin Timah Lawa, Ujang Bewak, Aman Mat Chin Peng, Johari Mahat,Ujang Ibah dll) mendengarnya.

      Pak saudara kau, Saiyin dan Mansor Daim juga kami kagumi kerana kejayaan kerjaya mereka. Ekau pun apo kurangnya.

      Tapi bilo dongar 'Alexi' Maarof buat hal dengan adeknya , Enon, abang rasa tak patut botul.... rumah yang dulu cantik terurus kini macam rumah tinggal.


      Padam
  24. abang ujsang..

    Den boto boto terujo bilo corito tontang kampong kito ni..kalau idola abang..Aris Isa..yg mano dio sokarang den dongar dah bojayo kek bangi..dio masuk kerahan Askar wataniah ...tak tahu lah pangkat apo tapi dua tahun lopeh dio pangkat Staf Sarjan..Ateh sikit pado sjn..

    Memang boto bang den pun dongar macam tu tontang keluargo aruwah tok daim ni..porak tu yg tinggal hanya rumah yg makin dimamah usio..kodai dah tak ado, surau dah runtuh,.. kolam ikan dah sobun, dulu tompek mantai kobau kek ladang ghosek dah tak ado lai..den masih ingat maso kocek kocek dulu atok Borhan( anak ei Mansor, kodok , munah,aziz,enon, yg lain den tak ingat) dio panggil den maso tu Kapten silan..Alhamdullah dapek yo den pangkat Kapten...itu semuo kurniaan Allah kepado hambonyo..tapi tok borhan dah sobut maso den kocik lai...

    balik hari ghayo poso ni den nak poi jongok sawah kek panco ..itu pun kok ado jalan lai..nak tengok sawah kek congkau..lamo boto den tak poi kek situ..bilo den tobacho blog abang ni raso rindu pulak nak tengok tompek tu..harap dapek tengok ompangan tompek den mandi dan mancing dulu..lintah banyak kek ompang tu,,lintah kobau...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aris Isa (Atok Leman Gomok) sekarang jadi orang kanan Dr Harun Din di Darulsyifaq Bangi. Sekarang dio tak pakai seluar American Style lai, dia dah pakai jubah.

      Poi Panco dah ado jalan ikut tanah lesen (boleh bawa kereta). Kok orang biaso cuak jugo sebab sunyi. Ekau pegawai tentera tiada masalah. Tapi kalau nak kembalikan nostalgia ikut bateh sawah dan singgah ' rumah Atok Hamid ' dan lopehkan hajat di tongair dopan rumahnya tak dapek lai....tak ado lai.

      Dulu maso bulan poso masjid kito tu meriah..banyak kueh mueh dan makanan..Arwah Tok Siak pandai bueh teh susu. Sayangnya, sekarang bilo oghang kampung dah kayo..tiado lago moreh kek masjid masa bulan poso...Kito pun bersalah sebab tak terfikir nak sponsor. Kalau setiap anak Congkau yang merantau sponsor RM50/per bulan puasa, bukan sahaja masjid kito ado teh susu, cappucino pun boleh dapek.

      Dulu ramai oghang sembahyang (maghrib & isyak) di masjid kito...termasuklah arwah Atok kau yang datang berbasikal. Arwah Atok Hamid yang duduk di hujung kampung pun sembahyang kek masjid kito.

      Masin mulut Tok Borhan. Abang dulu berkawan juga dengan anaknya Mat Chelong. Pongit dulu ado gitar karan. Seorang anaknya (askar -nama tak ingat) dulu cedera parah kerana letupan bom ikan yang dibuatnya sendiri. Mungkin maso tu ekau kocik atau belum ado lai.

      Abang bukan hendak mempersendakan Imam (Bukar) di masjid kampung kito. Kito dulu budak kampung juga tetapi apabila membaca teks dalam Bahasa Melayu standard bunyinya masih dalam B.Melayu standard walaupun ado sikit-sikit slank nogoghi. Tapi Imam (Bukar) yang tak ponah keluar kampung dio baco khutbah raya dalam B.Melayu standard tetapi bunyinya dalam loghat kampung kito yang pokat.

      Jumpo lai....

      Padam
    2. Masih den ingat lai tontang kodok kono bom ikan dulu besamo abang eh..Jaafar...kono bom ikan kek sungai dopan rumah ei tu colah pokok rombiyo den ingat lai..

      Masjid kito sokarang ni lagilah takado orang lai sobab dah dibolah duo kampong kito dokek jalan kotapi yang dah bopagar tu..nak naik jejantas yang di buek..tolalu tinggi..orang tuo tuo nak melinteh dari kampong borang memang susah..tak tahu lah apo nak jadi...





      Padam
  25. Maaf orang luar nak menyampuk.. ada juga nmpk rumah2 lama yg cantik sepjg jln kat Pilah tu.. sejuk je mata tgk. Sekurang-kurangnya tak dijual buat perumahan.. kat negeri-negeri lain dah banyak tanah pusaka dijual buat perumahan dan kedai. Abis semua tergadai. Harap-harap tak la terjadi di sini pula nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anis,

      Kalau ikut hukum akal, selagi ada bulan dan bintang, tanah-tanah di mana rumah lama sekalipun tidak didudukki tidak akan dijual atau tergadai kerana tanah pusaka di Negeri Sembilan tidak boleh pindah milik kepada orang lain kecuali di lingkungan adek beradek perempuan.

      Terima kasih kerana berkongsi pendapat.

      Padam
  26. Assalam...saya berminat rumah2 kayu lama n9 yg cantik.
    Sayang byk yg ditinggalkan kosong tak dimanfaat.
    Boleh ke rumah lama tu dijual walaupn tanah tu tak dijual sbb tanah adat?

    Terima kasih.
    Wan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wan,

      Ada juga yang menjual. Rumah cantik yang dibina semula adalah di antara contoh oleh mereka yang berminat dan berduit.

      Terima kasih.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."