Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 21 Oktober 2012

LONTONG KLANG

Kawan-kawan kata Lontong Klang di Pasar Jawa, Klang sedap. Saya pun berpendapat begitu. Sedap.
 
Ketika menginap di Klang, kami diperkenalkan Lontong Klang oleh seorang kawan tempatan, ZHM. Saya masih kurang yakin bahawa ada peniaga yang berniaga lontong hingga tengah malam sehinggalah saya sampai ke lokasi tersebut yang tidak jauh dari Masjid Diraja Klang kira-kira pukul 10.30 malam. Warung Lontong Klang beroperasi hingga 12.00 tengah malam. 
 
Ramuan Lontong Klang di Pasar Jawa, Klang sangat asas - kuah lontong, nasi impit, telor rebus, sekeping kecil tempe, sepotong sotong dan 1-2 ramuan lain yang orang lelaki seperti saya tidak tahu menyebutnya. Bergedel? Tiada.
 
Sepertimana diketahui, lontong ialah sejenis makanan masyarakat Jawa. Saya dapat rasakan berbezaaan rasa Lontong Klang dengan lontong di tempat lain. Saya diberitahu bahawa Lontong Klang adalah resipi asli turun temurun sebuah keluarga Orang Jawa.
 
Walaupun ada seorang kawan berpendapat bahawa Lontong Klang tiada yang istimewa, saya dan majoriti kawan-kawan yang pekena Lontong Klang tanpa ragu-ragu mengakui kesedapan Lontong Klang.       

Jika ada kesempatan semasa berkunjung ke rumah kakak ipar di Shah Alam, saya akan membawa isteri merasa Lontong Klang di Pasar Jawa, Klang. Cuma saya tidak pasti samada beliau juga akan bersetuju bahawa Lontong Klang itu sedap. Beliau mempunyai 'deria rasa' yang sangat tinggi dan tidak akan menyatakan sesuatu masakan/makanan itu sedap dengan mudah.  
 
 

6 ulasan:

  1. Saudara Ujang Kutik,

    Salam buat saudara.

    Lontong adalah makanan kegemaran saya. Arwah ibu saya bukan orang Jawa tetapi beripar-duai orang-orang Jawa yakni adik-adik ayah saya. Dari itu, barangkali beliau pandai memasak masakan Jawa. Lontong masakan arwah ibu saya amat sedap. Mujur kakak-kakak saya dan seorang adik perempuan saya mewarisi masakan arwah ibu saya.

    Dua orang kakak saya masakan mereka sangat saya puji. Terutama masakan asam pedas.

    Adakala saya mengusik isteri saya tentang masakannya yang berorientasikan susur galurnya.

    BalasPadam
  2. ujang kutik.

    dulu selalu gak saya berkunjung ke warung ini..
    waktu malam pun lontong boleh mejadi pilihan

    namun saya saperti salah sorang rakan saudara menganggap nye '' biasa '' saja.

    sila datang lagi bawak isteri..
    penilaian mereka lebih credible...hehe

    BalasPadam
  3. Sdr Pak Mail,

    Sah, itu resepi asli turun temurun.Bukannya resipi dari buku.

    Tuan, kena rasa Lontong Klang untuk mengetahui ranking Lontong Klang.

    BalasPadam
  4. Sdr theolrascal,

    Kalau saudara sudah memuktamadkan statusnya, tidak perlu saya bawa isteri. Saya sudah tahu jawapannya. He..he..

    BalasPadam
  5. indahnya bahasa...seronoknya jika dpt merasa lontonng klang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama (24/10/12),

      Cubalah,bila sampai Klang cari 'Lontong Klang'.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."