Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 1 Disember 2012

PENDATANG

Walaupun seadanya, saya berpuas hati dengan 'home made' kolam ikan yang saya buat sendiri di hadapan kawasan rumah teres yang sekangkang  kera. Selain saya, ada 2-3 rumah jiran se taman yang mempunyai kolam 'landskap'. Bezanya, mereka mengupah kontraktor. Bezanya lagi, kolam landskap mereka jauh lebih sempurna dari kolam saya.
 
Kendatipun demikian, saya sangat konsistan mengakrab kolam itu. Sejak dibuat 5 tahun yang lalu, kolam ikan saya masih 'survive'. Melalui pengalaman, saya dan isteri agak mahir menyelenggara motor pam air yang memutar air kolam untuk memproses oksijen. Kalau berlaku kerosakkan kecil, kami boleh memperbaikinya sendiri. Kami tidak memerlukan bantuan ketiga-tiga orang anak kami yang menjurus dalam bidang kejuruteraan elektronik. Mereka tidak pernah menawarkan diri untuk menolong memperbaikinya. Mereka tidak tahu! Atau, mereka tidak berminat dalam kerja-kerja 'hands on'. Ini adalah di antara kelemahan anak-anak hari ini. Walaupun berkelulusan, mereka tidak ada kemahiran hidup. Maaf jika saya 'generalised' kan perkara ini. Mungkin anak-anak anda tidak termasuk di dalam golongan yang saya maksudkan.
 
Beberapa ikan ekor koi Jepun kelas C (murah) hidup selesa dan berlarian di dalam kolam kecil seluas 18 kaki persegi saya. Selain itu saya majmukkan penduduk kolam dengan ikan-ikan pendatang jenis kecil termasuk ikan gapi. Sekalipun ada ikan pendatang, ikan koi Jepun kelas C  masih menjadi kuasa dominan - berkuasa. Ikan-ikan kecil pendatang juga hidup selesa dan 'menghormati' penduduk asal, ikan koi Jepun kelas C.
 
Namun demikian, ' saya memohon maaf ' kepada penduduk asal kolam, yaani ikan koi Jepun kelas C dan generasinya  serta ikan kecil pendatang kedua (termasuk ikan gapi) dan generasinya kerana memasukkan pendatang baru yang tidak tahu dek untung seminggu yang lepas. Sebelum ke Jerantut minggu lepas, saya memasukkan lima ekor anak ikan keli ke dalam kolam saya.  
 
Ketika masih di Jerantut lagi isteri saya telah memberitahu bahawa ikan keli pendatang yang masih kecil menghambat ikan-ikan yang sedia ada di dalam kolam. Isteri saya juga memaklumkan bahawa ikan-ikan kecil semakin berkurangan.      
 
Perkara pertama yang saya ingin tahu apabila sampai ke rumah ialah 'apa sebenarnya yang berlaku' di kolam ikan saya.
 
Sah, ikan-ikan kecil yang sebelumnya ada berpuluh-puluh ekor tinggal beberapa ekor sahaja. Yang menambah amarah saya lagi ialah lima ekor anak-anak ikan keli yang masih kecil sedang menghambat ikan-ikan koi Jepun yang jauh lebih besar. Ini melampau!
 
Ini salah saya! Hakikatnya, kesalahan yang telah berlaku tidak boleh dibetulkan. Saya minta maaf.   
 
  
 
 
 
 
 
 
 

6 ulasan:

  1. Saya memang ingin sangat mempunyai kolam ikan. Tetapi saya tahu tak akan terbela dengan baik. Kucing kampong berkeliaran dan perlu juga memberi makan dan sebagainya. Biarlah dapat menikmati dengan cara melihat orang punya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan Al-Manar,

      Terima kasih kerana sudi tengok kolam saya. Benar, kucing, anjing terbiar juga ada rasa lapar dan sakit.

      Padam
  2. ujang kutik,

    ganas juga ia ikan keli ni...hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Ini salah saya.Berilah peluang kedua supaya tidak mengulangi kesilapan lalu. He..he..

      Padam
  3. setuju tu ujang kutik,ikan koi sy pun tinggal bersama sy di tingkat 7,anak2 pun sibuk nak masukan ikan keli,boleh tangkap buat lauk katanya,tapi sy kata tak boleh takut pendatang akan jadi tuan,ternyata benar....bukan kesilapan..bangkali jawapan.

    BalasPadam
  4. Sdr biasabiasajer,

    Tetapi bila sudah tahu baik buruknya datang pula rasa kasihan dan sayang. Kami masih membela ikan-ikan keli itu - bila kenyang ikan-ikan itu 'mematikan' diri dan terapung malas di dalam kolam.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."