Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Jumaat, 4 Januari 2013

PENGALAMAN ADALAH GURU YANG KEJAM

" PENGALAMAN ADALAH GURU YANG KEJAM, SEBAB DIA MENGUJI TERLEBIH DAHULU SEBELUM MEMBERI PELAJARAN" (Vernon Sanders Law)


Dianggarkan 500,000 penduduk Lembah Klang sedang menghadapi krisis bekalan air. Krisis ini dijangka berlarutan selama seminggu. Mengikut sumber, gangguan bekalan air ini berpunca daripada masalah teknikal di Rumah Pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru.

Penduduk di kawasan perumahan saya di Ampang telah mula menghadapi 'kesukaran kehidupan' sejak pagi semalam, Khamis, 3/01/2013. Sehingga pagi ini, 7.30 pagi, Jumaat, 4/01/2013, kami masih belum dibekalkan atau disalurkan walaupun setitik air. Bayangkan masalah yang terpaksa dihadapi- memasak, mandi, buang air besar/kecil, mengambil wuduk ...... Saya telah mula menjeling air di kolam ikan saya yang saiznya 6 kaki x 4 kaki! 

Beberapa hari sebelum ini saya telah menonton sebuah rancangan dokumentari mengenai kehidupan masyarakat minoriti miskin Islam di sebuah perkampungan terpencil di India. Mereka telah terbiasa mengambil wuduk dengan air yang sedikit. Tiada masalah. Saya membayangkan cara kebanyakkan di kalangan kita (termasuk saya) mengambil wuduk - penggunaan air boleh mencapai tahap mandi!

Dan, cuba juga kita bayangkan masalah berlipat kali ganda yang dihadapi oleh saudara kita di Palestin. Masalah mendapat bekalan air, letrik dan keperluan asas hidup yang lain berlaku sepanjang masa kepada mereka.
Saya sangat 'benci' mendengar ceramah samada dari penceramah agama atau politik yang tidak rasa bersalah mengungkapkan kata-kata, " Kita bertuah kerana tidak menghadapi masalah peperangan, kebuluruan atau kemarau seperti yang dihadapi oleh 'mereka' di Iraq, Palestin, Afghanistan,Chechen dan lain-lain lagi." Siapa 'mereka'? Bukankah mereka saudara kita juga?

Sesungguhnya, tiada sesiapa yang meminta musibah. Namun ada kalanya, musibah datang untuk memujuk hati kita supaya apabila musibah pergi kita muhasabah diri, memikirkan , mengasihani dan membantu orang lain khususnya saudara seagama dengan penuh kesedaran serta rasa tanggungjawab.      

2 ulasan:

  1. Salam,
    dari sudut pandangan lain..kita yang diberi byk keistimewaan hendaklah selalu bersyukur samaada dari segi perbuatan dan amalan..itu saja..dalam pada itu tidak lupa menolong dan berdoa untuk saudara2 kita yang ditimpa kesusahan.

    BalasPadam
  2. Sdr/i Tanpa Nama,

    Waalaikomsalam,

    Benar, kita perlu selalu bersyukur dan sedapat mungkin mendoakan dan menolong saudara-saudara kita yang ditimpa kesusahan.

    Kalau kita pernah mengalami kepayahan/kesusahan itu, semangat dan kesedaran untuk membantu akan lebih teransang.T.Kasih.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."