Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 23 Februari 2013

yang berbahagia Ustaz Hussein Yee


Yang Berbahagia Ustaz Hussain Yee, sangat terkenal di Lembah Kelang dan di seluruh negara suatu ketika dahulu. Bagaimanapun, bertahun-tahun kebelakangan ini kelibat beliau tidak kelihatan lagi menyampaikan kuliah di surau/masjid/pejabat-pejabat/stesen TV. Tidaklah diketahui akan sebab musabab perkara ini berlaku. 

Yang Berbahagia Ustaz Hussain Yee, seorang mualaf keturunan Cina, ialah lulusan Universiti Madinah (Hadith). Beliau juga pernah berguru selama 4 tahun dengan ulamak terkenal Muhammad Nasaruddin al-Albani.

'Kehilangan' Ustaz Hussain Yee di dalam negara mungkin disebabkan beliau menginfakkan masa di luar negara. Beliau banyak memberi ceramah di kawasan Asia-Pasifik, Timur Tengah dan Eropah. Beliau yang berkawan dengan 'Ahmad Deedat Junior', iaitu Dr Zakir Naik sering diundang ke Peace TV. Peace TV sendiri diasaskan oleh Dr Zakir Naik. 

Yang Berbahagia Ustaz Hussain Yee juga pernah diundang ke rancangan 'the Deen Show, with eddie'. Siaran itu menjadi realiti di atas kerja kuat dan diacarakan oleh seorang mualaf juga, Eddie Redzovic.  

Keluarga Eddie Redzovic ialah imigran dari Yugoslavia yang datang ke New York, Amerika. Eddie Redzovic mempunyai sejarah hidup yang berwarna warni. Di usia sebelum 30 tahun, beliau telah mampu memiliki segala-galanya - wang, kereta dan wanita.

Pembaca adalah diingatkan supaya berlapang dada mengikuti rakaman video di 'talk show' itu kerana ada beberapa informasi yang tidak pernah kita dengar sebelum ini. Untuk mencerahkan sebarang kemusykilan, eloklah kita bertanya kepada yang 'alim (berilmu/ ustaz). Siaran video itu dirakamkan di sekitar tahun 2010.

Wallahua'lam.


Sumber : You tube 'the Deen Show....with eddie".

4 ulasan:

  1. Saudara Ujang kutik,

    Apa yang saya ketahui Ustaz Hussien Yee berada di tanah air kita ini. Hanya sekali-sekala beliau ke luar negara memenuhi jemputan berceramah. Beliau kini menguruskan Pertubuhan Al Khadeem yang terletak di Sg. Kayu Ara, Damansara, Petaling Jaya yang telah ditubuhkan oleh beliau sendiri beberapa tahun yang lalu.

    BalasPadam
  2. Sdr Pak Mail,

    Terima kasih kerana maklumat ini.

    Suatu ketika dahulu beliau sering dijemput berceramah termasuk di tempat kerja saya.

    BalasPadam
  3. Thank you for the good writeup. It in fact was a amusement
    account it. Look advanced to far added agreeable from you!
    However, how could we communicate?

    my site: click here

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you for your visit. I've click your great site. Hope we can communicate again in the next future.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."