Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 27 April 2013

RAGAM ORANG SOLAT



Rakaman video pendek ini tidak bertujuan untuk mengaibkan sesiapa. Sehubungan itu, individu berkenaan tidak diperlihatkan wajahnya.

Video ini dirakamkan secara tidak dirancang ketika saya duduk sebentar di dalam sebuah masjid di Ibu Kota selepas selesai menunaikan solat Jumaat. 

Individu ini sangat kuat mendirikan solat sunat selepas selesai menunaikan solat Jumaat. Bagaimanapun, saya perhatikan beliau melakukan solat dalam keadaan terlalu cepat dan mengabaikan duduk antara dua sujud dengan toma'ninah dan meninggalkan iktidal dengan toma'ninah yang menjadi rukun solat.  

Untuk berlaku adil, individu ini bukan Orang Melayu dan mungkin juga bukan orang Muslim tempatan.

Saya yang naif ini juga tidak pasti samada ada mazhab selain Mazhab Shafie yang membenarkan solat seperti itu. Saya sangat berbesar hati jika ada di kalangan pembaca yang boleh membantu.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."