Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Selasa, 7 Mei 2013

PILIHANRAYA : BABAK SELEPASNYA


PRU Ke-13 selesai. Segalanya berjalan dengan lancar. Pemenang dan pihak yang kalah telah diketahui.

Namun, yang membezakan PRU kali ini dengan PRU sebelumnya ialah kurangnya suasana meriah yang membuatkan pemenang ‘senyum sehingga ke telinga’ dan yang kalah ‘menjadi tidak tentu arah’ bagai kucing kehilangan anak.

Kalau ada pun sedikit kemeriahan mungkin berlaku di Kedah, di mana BN berjaya merampas semula negeri itu dari Pakatan Rakyat. Kalau ada pun yang meraung kerana kalah mungkin terbatas di lingkungan seorang-dua tokoh yang kalah secara tidak disangka.

Kenapa senario ini berlaku?

Adakah kerana pemenang merasakan bahawa kemenangan itu biasa-biasa sahaja dan tidak ada istimewanya? Dan, adakah pihak yang kalah merasakan bahawa ada kemenangan di sebalik kekalahan?

Atau, adakah kemenangan tidak lagi menggembirakan? Dan, adakah kekalahan ada definasi lain yang sukar hendak diklasifikasikan asal usulnya?

Di mana - mana pun orang memperkatakan; PRU Ke-13 adalah ibu kepada segala PRU sebelum ini. 

Yang klasiknya; pemenang PRU 13 tidak tersenyum sampai ke telinga, yang kalah tidak meraung bagai lelaki mati bini. Kedua pihak kelihatan begitu 'cool'!

Adakah ini namanya babak kematangan? Atau ada babak-babak lain lagi yang tidak terjangkakan?


6 ulasan:

  1. terperanjat melihat betapa kita telah dibodohkan oleh orang kafir samaada parti bn atau pas yang dianggotai oleh orang2 tinggi ilmu ugamanya

    BalasPadam
  2. Ujang Kutik,

    Kadang kadang babak nya selepas itu lah yang lebih rumit.
    Merungkai nye boleh leka membawa kita sehingga PRU14!..

    ..bebaik laa...hahaha.

    BalasPadam
  3. Ujang Kutik,

    Kekadang tu babak nye selepas tu lah yang lebih panas dan rumit,.
    Merungkai nye boleh membawa kita sehingga PRU14!..ahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Maaf kerana ulasan dalam blog ini buat seketika melalui kelulusan kerana sebab-sebab yang Tuan mungkin ketahui/sedari.

      Babak-baka selepas PRU telah kelihatan 'gezetnya'. Kita tunggu dan lihat. Adakah ianya satu marathon lagi sehingga PRU 14?

      Namun, kita kembalilah ke dunia kita dan sekali-sekala menjenguk hal-hal politik secara santai.

      Saya sendiri tidak dapat hendak mempastikan samada mengucapkan tahniah atau takziah kepada saudara berkaitan keputusan PRU 13 yang baru sahaja kita lalui.

      Tahniah/Takziah (Sila saudara tandakan sendiri)!!!......

      Padam
  4. yang kafir tak pusa hati kita faham kerana mereka tak percayakan alquran tapi yang orang islam tak ke mereka berpegang dengan ayat alquran surah al-imran ayat 26-27
    katakanlah;Ya Allah yang mempunyai kerajaan,Engkau beri kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari sesiapa yang Engkau kehendaki Engkau beri kemuliaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan sesiapa yang engkau kehendaki,Di-tanganMu segala kebaikan.Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
    Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam.Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup.dan Engkau beri rezeki kepada sesaipa yang Engkau kehendaki tanpa hisab

    Menang Sorak, Akhirat Tergadai
    Perjuangan bermula dari dalam..
    Dari diri sendiri..
    Membawa ke keluarga.
    Bukan semua benda, salah pemimpin.
    Kita semua pemimpin, cuma level nya sahaja berbeza.


    Tak salah kita menolak mereka yang korup, malah itu bagi aku, wajib.
    Tapi muhasabah diri sendiri.
    Kita beria ia tolak orang yang korup..
    Kita beria ia kata orang tu akhlak teruk, budi pekerti teruk..
    Kita beria ia kata orang itu makan harta haram..
    Tapi diri kita sendiri, pernah muhasabah?
    Pernah fikir tentang prestasi diri sendiri yang selalu culas masa kerja?
    Yang selalu menipu MC?
    Yang tak bertimbangrasa di jalanraya, walaupun kopiah melekat kat kepala masa memandu?
    Yang mulut masih berkepul kepul keluar asap rokok, walaupun jelas merokok itu haram?
    Yang solat lambat dan tidak berjemaah....
    Maaf..
    Entri ini bukan entri menghentam mana mana ahli parti politik.
    Dan juga bukan menyokong mana mana ahli parti politik.

    BalasPadam
  5. Sdr Tanpa Nama 7/5/13 dan 9/5/13,

    Saya sangat berbesar hati dengan jengukkan dan ulasan dalam blog yang tidak sepertinya ini.

    Tidak kiralah apa juga kecondongan masing-masing, semoga sesama kita dapat mewujudkan suasana murni, saling nasihat menasihati dan tidak memaksa orang lain meyakini keyakinan kita kecuali perkara-perkara yang jelas tidak boleh diingkari.

    Saya dambakan suasana di mana dua orang yang berbeza keyakinan dapat duduk bersama berbual,berbincang, merancang,....dalam keadaan saling menghormati dan tiada ketegangan. Saya juga sangat yakin semua orang inginkan keadaan sedemikian.

    Terima kasih.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."