Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Jumaat, 5 Julai 2013

semut

Gambar Hiasan (Carian Di Google)

Ketika membasuh pinggan atau cawan di dapur, kita mungkin mendapati ada beberapa ekor semut merayap di permukaan objek-objek tersebut. Apakah tindakan kita ke atas serangga bernyawa itu?

Kita mungkin tidak ambil peduli untung nasib semut-semut tersebut. Kita mungkin menjirus dengan air supayaa semut-semut itu hanyut dibawa air melalui lubang singki dan akhirnya ke dalam longkang di belakang rumah. Sebelum sampai ke dalam longkang lagi haiwan yang 'nyawanya tidak ada nilai' itu mungkin telah mati kelemasan.

Atau kita mungkin melakukan perkara luar biasa yang tidak dibuat oleh orang lain. Kita mengetuk pinggan/cawan secara perlahan untuk mengeluarkan hamba Allah yang susur-galur keturunannya ada cerita dengan Nabi Allah Sulaiman itu. Bagaimana pun, jika itulah tindakan kita, lakukanlah dengan berhemah, berhati-hati dan penuh rahsia. Kita mungkin ditohmah mempunyai masalah mental.

ULASAN:

Nabi Allah Sulaiman dianugerahkan keistimewaan boleh berkomunikasi dengan haiwan. Ketika dalam satu perjalanan bersama pengikutnya, Baginda telah mendengar Raja Semut mengarahkan 'rakyatnya' mencari tempat berlindung untuk mengelakkan dari dipijak oleh ahli rombongan Nabi Allah Sulaiman. Lantas Baginda mengarahkan pengikutnya agar berhenti sebentar dari melalui kawasan itu untuk memberi masa yang mencukupi bagi Raja Semut dan 'rakyatnya' menyelamatkan diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."