Saya bukan 'blogger' dalam definasi yang sebenarnya tetapi adalah seorang pencatat yang suka mencatat segala perkara dan peristiwa yang dilihat dan alami atau yang bermain-main di emosi. Sehubungan ini mungkin ada catatan-catatan tersebut yang agak keterlaluan dan boleh menyinggung perasaan beberapa individu/pihak. Jika ada, saya memohon maaf.
Kisah 1:
Satu petang ketika singgah di Restoran RNK Avenue Ampang, Ampang, Selangor saya melihat seorang wanita Melayu awal 40-an yang kehilangan penglihatan dipimpin oleh seorang wanita muda mendatangani pelanggan restoran dari meja ke meja untuk meminta simpati (sedekah).
Saya melihat wanita hilang penglihatan itu mendapati apa yang dihajatnya apabila mendatangangani semua meja ( seorang sahaja yang memberikan wang) yang didudukki oleh pengunjung restoran dari kalangan etnik India (Hindu).
Dia tidak mendapat apa-apa di meja pelanggan etnik Cina.
Dia cuma mendapat simpati dari dua buah meja dari beberapa buah meja yang pelanggannya adalah etnik Melayu.
Kisah 2:
Saya melihat seorang wanita etnik India yang bertanda di dahinya berusia lebih kurang 35 tahun memberikan sumbangan kepada seorang peminta sedekah beragama Islam yang memakai serban berhampiran Bank CIMB Ampang Point, Ampang, Selangor.
ULASAN :
Sesungghnya, dua sampel yang saya lihat sendiri tidak membolehkan saya membuat satu rumusan yang adil dan berwibawa. Bagaimanapun, satu sampel di sebuah restoran di mana 'seorang wakil' daripada kesemua meja pelanggan etnik India telah memberikan sumbangan kepada seorang peminta sedekah Orang Melayu yang hilang penglihatan boleh menghasilkan satu rumusan emosi yang agak menakjubkan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."