Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Khamis, 4 Julai 2013

Suami, Encik Suami, Incik Suami, Hubby

Ada beberapa perkataan sebagai ganti nama 'SUAMI' yang diungkapkan oleh tuan punya atau penggiat blog, facebook, twitter dan sebagainya di kalangan golongan wanita.

Secara umumnya, perkataan yang selalu digunakan adalah terarah kepada kecenderungan seseorang penggiat. Golongan pertama ialah golongan penggiat yang selesa menggunakan ungkapan Melayu klasik/harian - ' Suami ' dan Encik/Incik Suami. Golongan kedua, mereka yang selesa menggunakan ungkapan Inggeris - ' Hubby '. 

Realitinya, ungkapan dalam bahasa English, 'My Husband', yang begitu disukai penggunaannya suatu ketika dahulu (sejak sebelum ada blog/facebook...) kini sudah hilang pengaruh.  
 
Saya tidak mempunyai maklumat yang tepat mengenai latar belakang usia, pendidikkan, kerjaya dan ekonomi golongan penggiat yang selesa menggunakan perkataan samada Melayu klasik/harian atau Inggeris.

Namun demikian, saya berpendapat bahawa faktor 'USIA' memainkan peranan yang lebih besar berbanding faktor-faktor lain dalam menentukan ungkapan ganti nama kepada suami samada 'Suami', Encik/Incik Suami atau Hubby' dalam tulisan masing-masing. 

Saya percaya, penggunaan bahasa Melayu klasik/harian akan terus kekal selagi orang Melayu bercakap Melayu. 

Adakah ungkapan dalam bahasa Inggeris, Hubby , akan terus mendapat tempat atau cuma 'trend semasa' yang akhirnya menjadi 'klise' dan menerima nasib seperti 'My Husband'?  

  



 

1 ulasan:

  1. Hahaha ... penggunaan ungkapan ini juga boleh dijadikan satu ilham dalam penulisan seorang blogger ye UK ..?

    Biar saya jawab bagi pihak saya :

    1) Kerana tulisan saya dalam bahasa Melayu, saya gunakan ungkapan Encik Suami. Kalau tulisan saya dalam bahasa Inggeris, pastinya Mr Husband atau Mr Hubby jadi ungkapan.

    2) Kenapa? Kerana saya memanggil suami saya dengan panggilan "Abang" dan saya menggunakan perkataan En Suami bila menulis atas rasa hormat. Ya, saya fikir faktor usia memainkan peranan.

    Saya perhatikan anak-anak gadis remaja sekarang ini memanggil teman lelaki mereka sebagai Husband/Hubby sedangkan mereka belum pun berkahwin. Terus-terang, saya kurang senang dengan cara sebegini, seolah-olah menjadi "green light" bagi mereka untuk berlagak sebagai suami isteri. Moga mereka dijauhkan dari kejahatan - peringatan buat diri saya, anak-anak saya dan juga keluarga saya ...

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."