Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Rabu, 7 Ogos 2013

ujang kutik: SI RAMADHAN (TERKINI)

Seorang pembaca blog ini dan juga sahabat saya meminta saya memaparkan gambar terkini Si Ramadhan ujang kutik: SI RAMADHAN. 

Saya menjelaskan bahawa tiada apa-apa yang hendak dibanggakan dengan Si Ramadhan kerana Si Ramadhan bukannya anak kucing Parsi atau Bengal yang cantik. Namun beliau mahu juga gambar terkini anak kucing yang pernah hidup terbuang itu dipaparkan dalam blog ini. Beliau hendak melihat keadaan mata sebelah kiri Si Ramadhan yang sakit dan seperti cacat dalam ' entry ' pertama dahulu.

Ada dua perangai penggemar kucing yang stereotaip - iaitu memuji kucing kesayangan dan suka bercerita hal kucing masing-masing sehingga sampai ke tahap ' over '. 

Si Ramadhan cepat belajar dan ' mudah diajar '. Si Ramadhan anak kucing yang baik dan 'tahu dek untung'. . Si Ramadhan membuatkan seisi keluarga ' kecoh ' dan bahagia.


Mata Si Ramadhan Yang Cantik & Bersinar
Si Ramadhan Yang 'Comel' & Tahu Dek Untung

4 ulasan:

  1. Saudara Ujang Kutik,

    Orang-orang kata 'hitam itu menawan', memang menawan. Lebih-lebih lagi kalau ianya bersih.

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Raya , Tuan. Muga Allah berkati hidup kita ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr IM,

      Selamat Hari Raya. Terima kasih.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."