Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Khamis, 26 September 2013

MUDAHNYA SOLAT JENAZAH

Saya 'copy & paste' panduan ini dari sebuah blog dan simpan di dalam laptop. Malangnya saya lupa mencatatkan blog tersebut untuk diberi penghargaan. Bagaimanapun, saya berharap semoga tuan punya blog itu membenarkan saya menyebar-luaskan panduan tersebut untuk dimanfaatkan oleh saudara seagama yang lain. Terima kasih.


Belajar lah wahai lelaki..Apakah kau tak malu bila tak pandai nak solat untuk ahli keluarga lebih-lebih lagi untuk ibu atau ayah kita meninggal ..

 Itu sahaja lah penghormatan yg terakhir buat insan yg membesarkan dan menjaga kita .

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Jenazah :

1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++
Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir

2.
Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
++ Pendek pun tidak mengapa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

3.
Angkat Takbir Ketiga "Allahuakbar"
++ Baca doa (pendek pun tidak mengapa, panjang lagi bagus) contoh di bawah ini : ++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. ada doa lain di link bawa (al azkar)

4.
Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"
++ "Assalamualaikum warahmatullah " Beri salam kanan dan kiri.
++ Selesai

Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sahlah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah.

Wallahua'lam. (Blog ' ujang kutik' mengalu-alukan sebarang pembetulan/teguran (jika ada).  



2 ulasan:

  1. ujang kutik,

    Bukan selalu kita akan bersembahyang jenazah namun kita juga pasti sebagai lelaki tidak akan terlepas dari melakukan nya.

    Saya pasti entri ini akan saling ingat mengingati antara kita. InsyaAllah.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."