Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Selasa, 5 November 2013

SALAH ORANG

Banyak perkara yang saya pelajari dan mengambil iktibar semasa menguruskan majlis perkahwinan anak lelaki sulung baru-baru ini.

Disebabkan sibuk menguruskan isteri di hospital, urusan menjemput tetamu dilakukan oleh  jiran di sebelah rumah melalui kad jemputan yang saya sediakan. Ditakdirkan ada satu kad diserahkan kepada salah orang yang mempunyai nama yang sama dengan sepatutnya.

Secara kebetulan kad itu diserahkan kepada jumaah itu oleh AJK Masjid setelah kami selesai menunaikan solat fardhu maghrib di masjid. Saya yang duduk di sebelah jumaah itu ketika kad diedarkan menyedari telah berlaku kesilapan ' salah orang'. 

Saya mendiamkan diri dan tidak mahu memalukannya.

Jumaah itu seorang yang berketerampilan ' Islamik ' - usia di awal 40-an, memakai jubah, mengenakan serban dan berjanggut. 

Walaupun satu masjid, kami tidak pernah berpeluang bertegur sapa. Air muka beliau juga kelihatan sedikit serius dan seperti 'sombong'. 

Saya pasti  dia tidak mengetahui siapa yang 'menjemputnya'.

Namun, saya ingin melihat samada keterampilan Islamik beliau sepadan dengan amalan atau tidak. Saya hendak memastikan samada beliau akan hadir ke majlis walimah tuan rumah yang 'menjemputnya' tetapi tidak dikenalinya atau tidak.

Beliau hadir! Masya Allah.

Saya masih belum pasti samada akan memaklumkan perkara sebenar dan mengagumi sikap ambil peduli beliau untuk hadir ke atas jemputan majlis walimah saudara seagama seperti yang dituntut oleh agama. 






8 ulasan:

  1. Saudara Ujang kutik,

    Minta maaf kerana tidak dapat hadir kerana kebetulan pada hari yang sama ayahanda saya pulang ke rahmatullah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Pak Mail,

      Innalillahiwainnailaihirajiun. Al-Fatihah.

      Saya telah lama ketiadaan ibu dan bapa.

      Padam
  2. Al-fatihah untuk Allahyarham PakMail..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Innalillahiwainnailaihirajiun. Al-Fatihah.

      Padam
  3. Assalamualaikum.
    Tahniah buat Pakcik Ujang. Sudah lama saya mengikuti blog pakcik (hanyalah sbg silent reader) dan terima kasih diatas coretan dan ilmu yang telah pakcik berikan. Saya mengagumi keakraban di ruang maya antara Pakcik Ujang, Pak Mail dan Ol Rascal (Ketiga2 blog ini menjadi sumber bacaan saya).Semoga pakcik Ujang dan rakan-rakan akan sentiasa menulis dan untuk Pak Mail, takziah saya ucapkan.Al-Fatihah

    BalasPadam
    Balasan
    1. izu ismail,

      Terima kasih.

      Saya juga sebenarnya mencari-cari siapakah silent reader blog ini
      kerana mengikut statistik blog ini dikunjungi sekitar 300 pengunjung setiap hari.

      Benar, kami bertiga agak akrab secara maya.

      Padam
  4. Saya adalah orang yang cukup rajin mengikuti blog Pak Cik Ujang terutama beberapa waktu ini. Saya yang kemarin menanyakan tentang public transportation ke N9 kepada Pak Cik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nofri Melsi

      Terima kasih.

      Tidak dapat disangkal bahawa hebatnya orang Minangkabau di perantauan sehingga boleh membina negeri dan mendirikan Adat Perpatih di luar tanah Minangkabau iaitu di Negeri Sembilan.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."