Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 1 Februari 2014

BLOGGER SANTAI : TIDAK PEDULI DUNIA LUAR?

Adakah satu 'dosa' kepada ' Bogger Santai ' iaitu pengamal blog yang dunia mereka diasyikkan dalam radius hal-hal santai, peribadi, keluarga dan hal-hal remeh temeh. Mereka dilihat tidak ambil peduli langsung apa yang berlaku di sekeliling.

Golongan ini dilihat seolah-olah tidak ambil peduli atau lebih malang lagi tidak menyedari perkara-perkara besar yang sedang berlaku di luar. Ledakkan gunung berapi sekalipun tidak mampu menganjakkan jari jemari mereka dari keyboard komputer masing-masing. Mereka bukannya menulis mengenai betapa dasyatnya ledakan iatu tetapi menulis mengenai keindahan panorama alam semula jadi.

Mereka seolah-olah tidak masuk campur dalam isu Politik, Kalimah Allah, GST, Pengurangan Subsidi Barangan dan Kenaikan Tarif Kos Perkhidmatan, Banjir Besar, Jenayah dan sebagainya.

Pasti ada jawapan yang munasabah mengapa golongan ini menjauhkan diri dari menulis hal politik dan isu-isu serius.  Apakah jawapan atau jawapan-jawapannya?   



5 ulasan:

  1. Aku lebih suka menulis pengalaman yang sendiri tempuh daripada menulis sesuatu yang aku pun tak ada ilmu sangat tentangnya selain dari dengar/baca tulisan orang lain...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr insan marhaen,

      Itulah salah satu di antara ' jawapan atau jawapan-jawapannya'.

      Terima kasih.

      Padam
  2. Rasanya blogger santai ni..bukan tidak ambil peduli tapi ada satu bog tu..beliau bermastautin dMadinah cuma siarkan gambar Pm dn isteri..itu pun sudah menjadi kutukan kpd mereka2..yg anti ngan kerajaan...

    BalasPadam
  3. Salam..saya cuma berharap lebih ramai lagi blogger yg menulis dan berani dlm agama tak kira apa sokongan politik...kekadang rasa org melyu tiada suara dbumi sendiri

    BalasPadam
  4. Sdr Tanpa Nama (1:39) & (1:54),

    Waalaikomsalam.

    Saya bersetuju dan ingin menambah:

    1. Blogger santai inginkan blognya berada di dalam suasana santun,harmoni dan tidak mahu kecoh-kecoh.

    2. Sesetengah pengamal blog ada ' kekangan yang merantai' mereka.

    3.Blogger ingin menjaga hati pengunjung blog mereka dari kalangan latar belakang yang berbeza fahaman kepartian.

    4. Ada satu mitos ' Blogger Santai jangan tulis yang bukan-bukan @ berat-berat.

    Walluha'alam.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."