Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Khamis, 26 Jun 2014

AYAT-AYAT KLISE DATANG LAGI (UPDATE 2)

UPDATE!!

 

Saya paparkan lagi kata-kata klise. Mungkin ada di antara kata-kata klise itu 'agak kasar' bunyinya. Anggaplah kata-kata tersebut sebagai cabaran untuk kita kerana sindiran/ingatan tersebut dibuat secara umum. Cuma kita (dan keluarga) yang mengetahui ' makam ' kita dalam beribadah.

   

6. Sindir seorang ustaz di suatu kuliah subuh kurang 24 jam sebelum bermulanya Ramadhan 1435, " Di bulan Ramadhan susah hendak membezakan selipar Tok Imam, Tok Bilal dan jumaah yang konsistan datang ke surau/masjid dengan mereka yang jarang-jarang/tidak pernah datang berjumaah kerana begitu banyaknya selipar di masjid/surau khususnya pada minggu pertama dan kedua bulan Ramadhan. Pada bulan Ramadhan kealiman/kewarakan seseorang sukar hendak ditakrifkan kerana semuanya kelihatan rajin beribadat. Komitmen atau belang sebenar mereka dalam menghayati hidup beragama cuma dapat dikesan selepas bulan Ramadhan. " 

 

7. Kata Yusuf Qardawi seperti yang disampaikan oleh seorang ustaz, " Ikhlaskanlah diri beribadah di dalam bulan Ramadhan kerana Allah dan bukannya tiba-tiba rajin beribadah kerana datangnya bulan Ramadhan." 

-------------------------------------------------------------------

Saya terperasan mengenai sebuah catatan dalam blog ini bertarikh 21 Julai 2012 dengan tajuk " RAMADHAN 1433H : AYAT-AYAT ''KLISE' DATANG LAGI! " dijenguk semula oleh sebilangan pembaca. 

 

Setelah hampir 2 tahun, mungkin catatan tersebut masih ' relevan ' lagi untuk direnungkan. 

 

Sejujurnya, ada di antara ayat-ayat klise tersebut mengena tepat ke batang hidung saya sendiri. Semoga penghayatan Ramadhan tahun ini dan amalan bulan-bulan selepasnya lebih baik dari sebelumnya. Insya Allah.

 ---------------------------------------------------------------------------------------------


                RAMADHAN 1433H : AYAT-AYAT ''KLISE' DATANG LAGI!

Arakian, tetamu ini tidak pernah diundang. Namun demikian, dia masih menjenguk kita saban tahun ketika datangnya bulan Ramadhan. Tetamu itu bernama 'AYAT-AYAT KLISE'.

Sungguh pun demikian, kedatangan tetamu 'AYAT-AYAT KLISE' sangat menepati waktu. Tetamu ini tidak pernah berguru kepada professor yang menekuni 'Perlembagaan Janji Melayu'. Jauh sekali dari 'Perlembagaan Janji Arab' yang dikatakan boleh tertangguh @ terlambat sampai 3-4 jam tanpa rasa bersalah.

Saya sendiri tiada pengalaman temujanji dengan Orang Jepun. Namun demikian, dikatakan bahawa bangsa Jepun ialah bangsa yang amat menepati janji.

Tetamu yang bernama 'AYAT-AYAT KLISE' akan mula datang menjenguk pada minggu kedua bulan Ramadhan. Tahap keceriaan dan mementumnya memuncak hari demi hari selepas minggu pertama. Kemuncaknya ialah pada hari terakhir bulan Ramadhan.

Di antara ayat-ayat yang bersekongkol dan mewujudkan 'AYAT-AYAT KLISE' yang menjadi tetamu kita saban tahun adalah:

1. Selain dari bulan Ramadhan, kita tidak pernah nampak dia di masjid.

2. Masjid atau surau perlu dibesarkan pada bulan Ramadhan kerana ramainya jumaah.

3. Sehari dua ini penuhlah masjid/surau, tunggulah nanti minggu kedua untuk mengetahui keadaan sebenarnya.

4. Semoga cara kita memakmurkan masjid/surau dalam bulan Ramadhan dapat diteruskan pada bulan-bulan lain selepas Ramadhan.

5. Jangan kita buruk sangka kepada sahabat-sahabat kita yang baru kenal masjid/surau pada bulan Ramadhan. Layanilah mereka dengan baik dan berhemah.

Semoga kita ialah di kalangan mereka yang istiqamah dalam menghayati kehadiran Ramadhan tahun ini. Kita juga rimas dengan ayat-ayat yang seperti tidak ada kaedah penyelesaiannya itu. 

Insya Allah, gerak kerja kita tahun ini adalah lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. 
   

2 ulasan:

  1. ujang kutik,

    Selamat menyambut Ramadan pada saudara sekeluarga dan semua pengunjung blog ''ujang kutik'' ini.

    Semoga penghayatan Ramadan kita kali ini adalah lebih baik dan sempurna dari yang sebelum nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Saya pun mengucapkan selamat berinadat dalam bulan Ramadhan 1435H kepada tuan sekeluarga.

      Terima kasih..

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."