Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Jumaat, 26 Ogos 2011

zakat fitrah:kecil yang terpencil



Tahun ini saya membayar zakat fitrah di sebuah masjid di Ampang tetapi di luar kariah saya. Saya memaklumkan bilangan tanggungan kepada Amil yang juga Imam 2 di masjid tersebut. Zakat fitrah saya dan tanggungan pada tahun ini ialah RM28.00 sahaja.

Saya menyerahkan 3 keping RM10 kepada beliau. Selepas melaksanakan akad dan berdoa beliau menyerahkan 4 keping resit yang setiap satu bernilai RM7 tanpa menyertakan baki sebanyak RM2

Saya mula menghidu bahawa secara terancang beliau meransang saya jadi ‘malu alang’ supaya menghalalkan baki RM2 tersebut. 

Saya bertekad untuk mendapatkan baki wang saya. Bukannya saya terlalu berkira dengan nilai sebanyak itu. Mesej yang ingin saya sampaikan ialah, kalau pun tidak dapat dikekang, biarlah institusi masjid menjadi tempat terakhir berlakunya amalan yang tidak sihat seperti ini. 

Akhirnya, beliau perasan bahawa saya masih menunggu beliau mengembalikan baki RM2. Beliau pun ‘meraba sana dan meraba sini’ di dalam beg duitnya cuma untuk mencari baki RM2. Setelah menjumpai dua keping RM1, secara ‘malu-malu alang’ beliau menyerahkan baki RM2 kepada saya.

Didapati pihak bank atau lain-lain institusi kewangan amat professional dalam menangani urusan seperti ini. Kakitangan institusi berkenaan akan terlebih dahulu memulangkan baki wang yang sepatutnya (walaupun satu sen) kepada pelanggan sebelum resit dicetak

Saya percaya, pihak yang bertanggungjawab di Pusat Zakat telah ada etika dan prosedur mengenai perkara ini. Mungkin, ini kes kecil yang terpencil.


1 ulasan:

  1. begitu juga saya...tuan,

    saya akan sedekah jika dia memulang baki..

    tapi kalau dia amik mudah buat dono...saya tetap inginkan baki saya..

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."