Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Rabu, 5 Oktober 2011

dia tidak gentleman

Memang benar kita pun ada kelemahan. Namun demikian, kita lebih nampak kelemahan orang lain.

Di dalam pergaulan, ada di antara kawan-kawan kita yang terlalu berkira. Kalau sembang-sembang 4 - 5 orang di restoran mamak, dia tidak pernah membayar. Dia asyik memangkah sahaja. Semakin sibuk sang Mamak mengira bil, semakin nyaring pula nada percakapannya. 

Kalau dia merasakan dia memesan makanan agak berat, dia cuma membayar harga makanannya sahaja. Kawan-kawan yang diajaknya berborak, yang mungkin cuma meneguk secawan teh tarik dibiarkan membayar harga minuman masing-masing. 

Dia bukan terdesak atau kesempitan wang. Dia cuma amat berkira dan tidak 'gentleman'.  

2 ulasan:

  1. Tuan Ujang,

    kah..kah..kah..
    jenis ni ada di mana2..

    kat circle harian saya pun ada..
    beriye2 ajak minum tang bila nak bayar diam tunggu je..

    dia take for granted kemurahan hati kawan yg lain ...tak gentleman langsung...ekekeke..

    BalasPadam
  2. Sdr. theorascal,

    Tuan,

    Semalam ketika breakfast dengan seorang kawan kami didatangi 4 orang kawan se agensi (bukan kawan se pejabat).Meja sebelah terpaksa ditautkan.

    Saya teringat entri pendek saya di awal pagi - sebelum ke pejabat. Saya bayar 'on the table'.

    "Tidak mengapa,bukannya selalu." Saya gentleman....

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."