Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 21 Januari 2012

menjejak tetamu

Sebenarnya, saya telah lama perasan akan kehadiran  tetamu tetap ini . Beliau menjenguk setiap entri dalam blog saya yang seadanya ini. Sungguhpun beliau tidak pernah mengulas/komen, saya tahu kehadirannya melalui laporan jejak-jejak pengunjung. Laporan tersebut menunjukkan beliau berada di Johor Bharu. 

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada tetamu dari Johor Bharu ini kerana sudi membaca catatan demi catatan dalam blog saya.

Selain itu, saya juga sangat menghargai pengunjung-pengunjung lain, khususnya rakan-rakan  maya yang menjadikan blog sebagai penghubung silaturahim di antara kita. 

Terima kasih. 

9 ulasan:

  1. kadang memang begitu kita tak perasaan...seri pun ada seorang tapi akhirnya dapat seri jejak melalui SERP...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. Seri,


    Blog saya ada masalah nak balas ulasan rakan blogger.

    Malah,hendak buat ulasan di blog rakan-rakan pun ada masalah.Tidak dapat.
    Keluar " tml# comment form."

    BalasPadam
  3. Saudara Ujangkutik,

    Saya juga mengalami masalah yang sama tidak boleh balas ulasan. Itu apabila saya menggunakan Google Chrome. Tetapi apabila saya tukar kepada Internet Explorer, semuanya berjalan lancar.

    Saya rasa tiada masalah pada Blog. Tetapi ia bermasalah pada Google Chrome. Cuba tukar kepada Internet Explorer.

    BalasPadam
  4. Tuan Ujang,

    Silent reader lah tu...
    kalau masa muda dulu ..hehe ..secret admirer ..


    Saya masih mengelami keadaan tidak normal di ruang komen Tuan..
    Saya gunakan cara lain untuk input ini..

    BalasPadam
  5. salam saudara ujang...,

    APO NAK DI KATO......

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."