Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Isnin, 23 Julai 2012

mudahnya mengalih susah

Ketika ditanya anak kucing itu,
kenapa hidup terbuang,
di premis orang kenyang.

Katanya sayu,
ia juga pernah disayang,
bak minyak penuh yang ditatang.

Sebermula celaka,
tika haiwannya tidak terkekang,
hapak najis,
hancing kencing,
menyihir,
kasih  seorang mantan tuan
dia dibuang di pinggir jalan

Oh…..
mudahnya mengalih susah,
memangsa yang lemah,
tanpa belas dan hemah.

6 ulasan:

  1. hidup kita ibarat putaran roda, kadang-kala di atas, kadang pula di bawah. pandai2lah kita melayarinya ...

    BalasPadam
  2. Pn.CM,

    Benar,keadilan mutlak seperti mustahil.Namun, umumnya seseorang akan dapat 'menyelaras'ketentuan hidupnya.

    BalasPadam
  3. Menarik, sangat terhibur....Teruskan berkarya encik Ujang.

    BalasPadam
  4. terimakasih atas info nya
    saya senag berkunjung ke blog anda

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.

      Ada ahli kelaurga saya menternak lembu agak banyak.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."