Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 8 Julai 2012

Ya Allah, himpunkanlah saya dikalangan hamba Mu yang yakin dengan janji dan ingatan Mu

Jumaat, 6 Julai 2012, saya datang lewat ke pejabat kerana sebab-sebab yang sememangnya tidak dapat dielakkan. Bagaimanapun, hukumannya adalah mandatori; datang lewat akan menerima Teguran Lisan 1 (lewat pertama) dan Teguran Lisan 2 (lewat kali ke-2). 

Andainya saya datang lewat sebanyak tiga kali dalam satu bulan, saya akan 'dipaksa' menggunakan kad perakam waktu berwarna hijau sedangkan staf lain menggunakan kad biasa berwarna kuning. Malu. Kalau lewat lagi selepas menerima kad hijau, kad saya akan ditukar pula kepada kad merah. Kalau sudah sampai 'diijazahkan' kad merah, susahlah jadinya.

Sedemikian, selepas ini saya perlu 'alert' supaya tidak datang lambat untuk kali ke-2 dan seterusnya kali ke-3. Alhamdulillah, sepanjang tempoh bertugas, belum pernah lagi saya datang lewat sebanyak tiga kali dalam satu bulan. 

Ini adalah peraturan standard perkhidmatan awam. Jabatan di tempat saya bertugas adalah di antara Jabatan yang mematuhi sepenuhnya peraturan yang ditetapkan. Hukuman ke atas pelaku kesalahan adalah mandatori dan tiada kompromi samada staf itu R1(pembantu am) atau JUSA (Ketua Pengarah) sekalipun. 

Sehubungan ini, saya perlu berwaspada, beringat dan berjaga-jaga supaya tidak datang lewat lagi ke pejabat untuk mengelakkan dari menerima hukuman dengan serta merta dan setimpal! Saya gentar! Takut!

SEBALIKNYA, saya selalu alpa, kurang berwaspada, kurang beringat dan kurang berjaga-jaga dari mengulangi melakukan kesalahan yang dilarang oleh agama. Mengapa? 

Saya selalu mengambil kesempatan di atas belas kasihan Allah yang masih 'menangguhkan hukuman'. Ya Allah, ampunilah saya.

Ya Allah, saya bersyukur kerana Engkau masih memberi peluang secukupnya kepada saya supaya bertaubat. Ya Allah, himpunkanlah saya di kalangan hamba-hamba Mu yang yakin dengan janji dan ingatan Mu.

  

       

5 ulasan:

  1. adusss ... terkena juga batang hidung saya ... hari-hari datang lambat. kad warna apa agaknya yang layak untuk saya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pn. CM,

      Insya Allah Ramadhan ini kad kita akan berseri-seri - cantik & wangi-wangian.

      Padam
  2. 'Ya Allah, himpunkanlah saya di kalangan hamba-hamba Mu yang yakin dengan janji dan ingatan Mu',

    Amin, Ya Rabbal Alamin....

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah & Syukran Jazakallah kepada Tuan punya blog ini. Semoga Allah SWT membalas anta sekeluarga dgn segala Kemuliaan2 & Kebaikan2 didunia dan akhirat. Amin.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."