Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Isnin, 13 Mei 2013

' SIKIT PUNYA HAL'



TARIKH : 12 MEI 2013 (AHAD)
LOKASI : SEKSYEN 19, SHAH ALAM, SELANGOR

Hari ini saya dan keluarga ziarah keluarga anak saudara sebelah isteri di Shah Alam. Saya solat fardhu Maghrib di Masjid Ubudiah, Jalan Joran 19/32, Seksyen 19, Shah Alam yang besar, moden dan cantik itu.

Saya menghadapi masalah mencari ' Tandas Lelaki' di masjid ini. Semua papan tanda dari sebelah jalan besar di masjid ini adalah untuk golongan kaum hawa. Tempat mengambil wuduknya terpampang papan tanda "Tempat Wuduk Wanita". Tandasnya terpampang papan tanda " Tandas Wanita". Tiada papan tanda untuk kaum lelaki.

Saya dapat mencari tempat wuduk untuk lelaki walaupun tiada papan tanda di situ. Bagaimanapun, saya tidak menjumpai tandas untuk kaum lelaki selepas mencari di merata lokasi di dalam masjid itu.

Saya pula tidak bertanya kepada jumaah tempatan arah ke tandas kaum lelaki. Saya balik melepaskan 'hajat kecil' di rumah anak saudara isteri.

Saya yakin masjid sehebat Masjid Ubudiah, Seksyen 19, Shah Alam ada menyediakan tandas untuk kaum lelaki. Bagaimanapun, masalah terlepas pandang yang kecil (tidak meletakkan papan tanda tunjuk arah tandas lelaki ditempat strategik) boleh menimbulkan sedikit masalah kepada tetamu dari luar yang datang buat pertama kali ke masjid yang besar dan mempunyai banyak bilik itu.

Kadang-kadang perkara kecil dan remeh boleh menimbulkan masalah besar khususnya apabila melibatkan tuntutan 'biologi' seorang manusia yang sihat. Kadang-kadang 'sikit punya hal' orang boleh jadi marah!                    

4 ulasan:

  1. Saya bersetuju tentang banyaknya perkara yang remeh di ambil ringgan. Pernah sekali kita berpusing surau dam masjid kerana hajat 'kacil' sekali pun. Kita tahu ramai kaum lelaki berumur berpenyakit tidah boleh 'sabar'.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Al-Manar,

      Kecil atau besar nampaknya mengambil kira juga masa dan tempat.Kecil boleh jadi besar.

      Padam
  2. Ujang Kutik,

    Di tempat tertentu ..
    perkara kecil ada lah perkara besar..

    Di sebabkan perkara kecil perkara besar tak jadi.
    Tal jumpa tandas tu perkara besar...ekeke.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Benar, sangat besar. He..he,


      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."