Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Selasa, 10 Jun 2014

PUTU MAYAM

Usai solat subuh saya singgah membeli surat khabar dan ' pekena ' teh tarik di restoran sebelahnya, iaitu sebuah restoran Mamak tempat penduduk perumahan sekitar memanjakan diri. Biasanya saya bertolak ke tempat kerja jam 8.00 pagi. Saya masuk kerja 8.30 pagi.

Saya cuma pesan teh tarik. Saya menekuni kandungan surat khabar. Di antara berita gempar hari ini ialah serangan yang dilakukan oleh kumpulan Taliban yang menyebabkan 28 kematian di Lapangan Terbang Karachi. 

Salah seorang di antara pekerja restoran mengiintai-ngintai surat khabar yang saya baca. Dia masih tidak tahu bercakap Bahasa Melayu. Kawannya memberitahu saya bahawa rumah lelaki itu di Pakistan terletak 10 minit perjalanan ke Lapangan Terbang Karachi. Patutlah lelaki itu ambil peduli.

Sedang saya asyik membaca, seorang lelaki keturunan dari Benua India yang memakai topi keledar membawa ' Putu Mayam ' dan meletakkannya di atas sebuah meja khas di restoran itu. Saya terpaksa ambil peduli dengan situasi itu dan cuba memperamati lelaki keturunan India itu dengan teliti. Pada agakan saya dia bukan India Muslim. Besar kemungkinan dia beragama Hindu.  

Kerana teruja hendak menikmati Putu Mayam asli saya pernah bertanya dengan taukeh restoran mengenai pembekal makanan itu. Taukeh itu dengan yakin berkata, " Melayu buat, Melayu hantar."

Walaupun kurang yakin dengan kebolehan Orang Melayu membuat Putu Mayam asli, saya memaksa diri meyakini dakwaan taukeh restoran itu. Saya mengaplikasikan kaedah fekah muda, jangan banyak tanya. Sekali sekala saya makan putu mayam di restoran itu.

Sememangnya ada penjaja Melayu menjual putu mayam di pasar malam. Bagaimanun, rasanya tidak lagi asli. Saya hairan mengapa penjaja makanan Melayu memandai-mandai mengubahsuai resepi putu mayam dengan pewarna hijau, kecil, strukturnya mudah hancur dan tidak kenyal.

Berbalik kepada topik putu mayam di restoran mamak yang ingin saya utarakan. Saya yakin putu mayam di restoran mamak itu dibekalkan oleh pembekal keturunan bukan Islam. Taukeh restoran mamak itu telah menipu saya hidup-hidup!

CISSS!!!!!!!  

10 ulasan:

  1. Kalau yakin tertipu jauihilah. Ataupun akhtiar mengikuri pembekal dan bungkarkan penipuan penjual. Itu sikap saya. Kalau tidak, saya zerahkan kepada penjual menanggung risiko halal haram bahan makanan yang dijual.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan Al-Manar,

      Biasanya saya sangat berhati-hati. Bagaimnapun, yang ini saya tertewas.

      Terima kasih.

      Padam
  2. Ujang kutik,

    Dia tipu hidup hidup..
    Kita percaya mati mati..

    Rasa nya kena siasat lagi supaya tidak menjadi kes saperti baru baru ini. Sekejap ada sekejap tak ada dah. haha.


    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Berat hati saya mengatakan bahawa tiada khilaf lagi.

      Padam
  3. salam saudara,
    masaalah haram dan halal jangan dislahkan pihak berkuasa aje..kekadang diri sendiri yang tak prihatin bab makanan dan sifat orang Melayu yang tak kisah..tengok ajelah rancangan makan2 di tv kita sibuk promote tempat2 yang kita ragui statusnya....rancangan mereka ada tak mereka promote tempat2 orang islam khasnya orang Melayu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama 10.55 pg,

      1. Benar. Sebuah restoran Korea berhampiran tempat kerja saya tidak lagi mempamirkan logo tanda halal apabila JAKIM melarang penggunaan tanda halal selain yang dikeluarkan oleh badan itu (JAKIM).

      Sungguh pun demikian, orang kita masih berpusu-pusu makan di restoran itu walaupun tiada lagi logo halal.

      2. Saya juga berpendapat seperti saudara semasa menyaksikan rancangan masakan seperti itu. Cef/pangacara rembat semacam sahaja makanan yang kita ragui itu.

      Padam
  4. Saudara,,saya telah dididik oleh arwah atok dan mak dlm soal makanan....walaupun gerai islam tp tak solat jumaat...untuk menjaga kewarakan jgnlah makan hasil tangannya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudara Tanpa Nama (10.40 PTG),

      1. Saudara yang dihormati, kecuali segelintir , kebanyakan orang kita ( termasuk yang tidak solat dan meringan-ringankan solat) sangat sensitif dengan makanan yang disediakan oleh ' Orang Cina' dan 'India' yang nampak dengan jelas. Contoh, kita tidak lagi membeli tosay, putu mayam dll yang dijual oleh oarng Hindu. Kita juga tidak lagi minum kopi O dan roti bakar di kedai Cina.

      Anak kedua saya pernah meragui keIslaman seorang tuan punya restoran mamak. Dia cuma mempercayainya apabila bertemu dengan hamba Allah itu di masjid ketika solat Jumaat.

      2. Sekalipun demikian, pasangan Cina penjual buah yang telah dipotong-potong di Ampang Point masih boleh survive walaupun 99% mereka yang bekerja di kawasan itu adalah orang Melayu/Islam.

      Padam
  5. Saudara Ujang kutik,

    Saya dapati saudara kurang menulis akhir-akhir ini. Walaupun saya agak jarang komen tetapi saya sering ternanti-nanti tulisan saudara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Pak Mail,

      Saya juga kadang kala menghadapi sindrom yang diungkapkan oleh Sdr theolrascal sebagai ' Writer's Block'.

      Terima kasih kerana perasan dengan situasi tersebut.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."