PINTU MASUK KE KEDIAMAN RASMI Y.T.M UNDANG LUAK REMBAU 'BALAI LELA SEDIA' |
Satu jenaka yang sangat popular di kalangan anak-anak Rembau berbunyi, " Ghombau (Rembau) den tak sosek (sesat), inikan pulo (pula) Kolumpur (Kuala Lumpur) " masih disebut-sebut sehingga hari ini. Jenaka itu seolah-olah mempersendakan Pekan Rembau berbanding kota Kuala Lumpur. Bagaimanapun, secara falsafahnya ungkapan jenaka tersebut menunjukkan Pekan Rembau itu sentiasa dekat di hati anak-anak Rembau.
BALAI LELA SEDIA KOMPLEKS KEDIAMAN RASMI Y.T.M UNDANG LUAK REMBAU |
Di Pekan Rembau, iaitu berhampiran jalan besar Seremban-Tampin, ada sebuah bangunan yang diberi nama 'BALAI LELA SEDIA'. Bagi anda yang bukan anak Rembau, anda mungkin tertanya-tanya mengapa bangunan kediaman rasmi Y.T.M Undang Luak Rembau ini dinamakan 'BALAI LELA SEDIA'. Anda mungkin masih boleh mengaitkan perkataan 'BALAI' dengan ungkapan yang hampir sama seperti premis, rumah, markas dan sebagainya. Yang memusykilkan anda mungkin perkataan 'LELA - SEDIA'.
Untuk makluman, jawatan Undang Luak adalah jawatan yang dikhususkan secara ekslusif kepada keturunan Suku Biduanda di Negeri Sembilan. Suku Biduanda ialah dari keturunan anak-anak perempuan Ketua Orang Asal Rembau yang berkahwin dengan pendatang Minangkabau, khususnya di kalangan pembesar atau ketua yang mengetuai misi masuk dan menetap di Negeri Sembilan lebih 500 tahun yang lalu. Secara mudahnya, definasi yang paling hampir untuk menerangkan maana Undang Luak ialah, 'raja bagi sesuatu luak (daerah)'. Jawatan undang luak ialah jawatan yang disandang sejak dilantik sehingga penyandangnya meninggal dunia atau dilucutkan jawatan. Perlu juga diketahui bahawa penggantinya bukan di kalangan anak-anak lelaki penyandang yang telah meninggal dunia tetapi terbuka kepada semua lelaki dari keturunan Suku Biduanda, samada keturunan Suku Biduanda Lela Maharaja atau Suku Biduanda Sedia Raja secara bergilir-gilir. Tentunya pemilihan dibuat oleh sebuah badan yang berwibawa. Tidak salah jika anda terfikir bahawa penduduk di negeri ini telah mengamalkan pemilihan secara sistem demokrasi sejak berabad-abad yang lalu!
Justeru itu, inilah sebabnya kompleks kediaman rasmi Y.T.M Undang Luak Rembau di namakan 'BALAI LELA SEDIA'. Kompleks kediaman rasmi Y.T.M Undang Luak Rembau ini akan menjadi kediaman rasmi Undang-Undang Luak Rembau yang dilantik secara silih berganti- dari keturunan Suku Biduanda Lela Maharaja atau Suku Biduanda Sedia Raja.
Datuk Undang Luak Rembau Ke-21 yang memegang jawatan sekarang, Dato' Lela Maharaja Hj. Mohamaad Sharif bin Othman, ialah dari Suku Biduanda Lela Maharaja. Anda boleh mengetahui keturunan yang akan mendiami 'BALAI LELA SEDIA' selepas ini!
salam Bang,, heheheh den kok komen kang ermmm sakit n panas jiwa ,, jadi den simpan komen den ni ,,, apo pun bilik ghombau hello hello lah den ,, tentu abg kona guru bosa sekolah taman sri ghombau kan!! nama dia fadilah binti ,,,,,,,, tahu lak binti dio ni ,,, sebaya abg atau tua dio sikit ,,
BalasPadamSdr Pak Oncu,
BalasPadamMungkin ese tahu apo yg tuan 'peramkan'. Jangan lupo perkahwinan di N9 ialah silang-suku.Dalam darah Suku Tanah Datar mengalir darah Suku Seri Lemak jika ayahnya Suku Seri Lemak. Dan begitulah seterusnya....He..he..a" "Kito Anak 1 Adat"! He..he..
HM Fadilah itu senior pada ese setahun.Dio dulu prefect.Oh...URESS dah tukar nama Sek Men.Kebangsaan Undang Rembau..
Kat ofis IM ada sorang kawan. Namanya Jamil. Orang Kuala Pilah.
BalasPadamSelalu bercerita pasal salasilah orang besar N9.
Sdr IM,
PadamKirim salam ujang kutik kpd Sdr Jamil.Walaupunjauh merantau beliau masih ingat asal usul.
Saudara Ujang Kutik,
BalasPadamBanyak juga khazanah sejarah di kampung saudara ini ya... Walaupun mungkin tidak begitu dikenali.
Sdr Pak Mail,
BalasPadamTerima kasih.
salam tuan. terima kasih atas info ini
BalasPadamSdr abu muaz,
BalasPadamWaalaikomsalam.
Sama-sama.