Tergelak saya. Seorang memanda mengajak orang Melayu memboikot perusahaan peniaga China yang menaikkan harga barang. Kata beliau, Melayu mempunyai kuasa beli majoriti.
Benar, kita majoriti.
Bagaimanapun, apalah gunanya keris jika tidak pernah terlepas dari tersisip kemas di pinggang.
Sebuah restoran milik bukan Islam yang menjual makanan boleh menimbulkan was-was di Ampang Point masih berduyun-duyun dikunjungi pelanggan Melayu sekalipun logo halal antarabangsa telah diturunkan. Kini restoran itu beroperasi tanpa logo halal.
Jangan salahkan sangat karenah peniaga bukan Islam. Pedulikanlah Melayu yang seolah-olah kerbau lapar. Ces, Melayu ' pelahap' tiada klas itu.
Pengikut
Assalamualaikom
Memaparkan catatan dengan label bangsa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bangsa. Papar semua catatan
Isnin, 2 Februari 2015
Jumaat, 14 November 2014
PENDATANG ASING
Busungkan dada engkau, bujang
Perlihatkan tanda engkau lelaki
Jangan takut tanah akan merah
Satu hilang, kedua terbilang
Sebelum ajal berpantang mati
Namun di dalam kebenaran
Biar dipancung leher putus
Setapak jangan engkau surut
(Nordin Selat, Teromba)
Dikatakan bahawa lebih 6 juta warga asing berkongsi rezeki dan bersinggung bahu dengan penduduk tempatan di negara ini. Bandingkan, etnik India di negara ini cuma berjumlah 2 juta orang dan etnik Cina di sekitar 7 juta orang .
Namun, andainya angka tersebut tidak benar sekalipun, kita telah lama menderita dengan lahar kehadiran pendatang asing di negara ini.
Mereka, samada pendatang melalui saluran yang betul atau PATI mudah dikenali. Mereka berada di kalangan kita. Mereka tidak menyuruk di dalam gua, pulau atau hutan belantara.
Orang awam boleh melihat mereka. Sayangnya, pihak tertentu yang diamanahkan oleh negara tidak nampak langsung kelibat mereka. Mereka umpama halimunan di sudut mata pihak itu.
Walaupun kehadiran pendatang asing ke negara ini telah sampai ke tahap yang mengerikan, tiada sesiapa memperdulikannya. Hatta, parti-parti politik pun terlepas pandang. Parti-parti siasah sibuk bercakaran sesama sendiri sepanjang masa dan terlupa bahawa ' musuh ' yang nyata telah menjadi dinosur.
Walaupun kehadiran pendatang asing ke negara ini telah sampai ke tahap yang mengerikan, tiada sesiapa memperdulikannya. Hatta, parti-parti politik pun terlepas pandang. Parti-parti siasah sibuk bercakaran sesama sendiri sepanjang masa dan terlupa bahawa ' musuh ' yang nyata telah menjadi dinosur.
Sehubungan ini, kita, rakyat biasa, juga seperti telah termakan dengan persepsi jahat mengapa kehadiran pendatang asing menjadi tidak terkawal.
Ces!!!!
Sabtu, 8 November 2014
MELAYU KU
Andainya ada pihak menuduh nenek moyang kita juga adalah PENDATANG seperti mereka, berhujahlah tanpa was-was bahawa kita adalah penduduk asal bumi yang dipijak ini dengan hujah-hujah yang sangat jelas, terbukti kebenarannya , diakui oleh generasi terdahulu dan juga hujah ini, " Teori Out of Sundaland "
Busungkan dada engkau, bujang
Perlihatkan tanda engkau lelaki
Jangan takut tanah akan merah
Satu hilang, kedua terbilang
Sebelum ajal berpantang mati
Namun di dalam kebenaran
Biar dipancung leher putus
Setapak jangan engkau surut
(Nordin Selat, Teromba)
Ahad, 16 Mac 2014
ujang kutik: ' ORANG KITA' PART 2: OH, SERENA CHONG!
Sesampai di Sri Iskandar, Perak, saya terus mencari tempat untuk menginap beberapa hari. Salah sebuah hotel yang dijenguk ialah hotel baharu yang terletak di kawasan strategik dalam bandar baharu moden Sri Iskandar.
Saya disantuni oleh penyambut tetamu yang bertugas di kaunter. Beliau seorang gadis yang pada jangkaan saya berusia tidak melebihi 20 tahun, berkulit putih melepak, berbaju kurung dan rambut lurusnya kelihatan melepasi bahu kerana tidak mengenakan tudung. Walaupun beliau kelihatan seorang anak gadis tipikal ' Melayu' kerana menampilkan sifat lemah lembut dan malu-malu, beliau tidak mengabaikan SOP tugas yang ditertanggungjawabkan kepadanya. Beliau menjawab pertanyaan yang berkaitan tugasnya atau hal-hal lain secara professional.
Melalui mulutnya sendiri saya mendapat tahu bahawa beliau tidak ada hubungkait langsung samada dari segi biologi, agama dan amalan hidup dengan Orang Melayu dan juga agama Orang Melayu, Islam. Saya terkejut dan kecewa apabila diberitahu bahawa ayahnya berketurunan Cina yang beragama Buddha dan ibunya dari keturunan Orang Asal (Orang Asli) yang mempercayai kepercayaan anamisma. Sedemikian, beliau berketurunan campur - Cina dan Orang Asal. Nama gadis manis berketurunan Cina-Orang Asal (Orang Asli) ini ialah Serena Chong.
Beliau dengan bangga mengaku beragama dengan agama ayahnya, Buddha. Lima orang adek beradeknya juga beragama Buddha. Sementara ibunya masih mengamalkan kepercayaan anamisma.
Saya pernah meluahkan rasa bimbang (ujang kutik: ' ORANG KITA': SAYA BIMBANG) ke atas satu fenomena yang sebenarnya telah lama berlaku di dalam masyarakat Orang Asal (Orang Asli) tetapi kita tidak perasan atau tidak ambil peduli. Ditakdirkan saya berpeluang mengesahkan berlakunya gejala tersebut ketika berada di Sri Iskandar, Perak.
Pada hukum akalnya, masyarakat Orang Asal (Orang Asli) ialah umpama bola tanggung yang dipersembahkan kepada Orang Melayu/Orang Islam untuk diIslamkan dan 'diMelayukan'. Ini berlaku kerana hampir semua yang ada pada mereka termasuk paras rupa sangat rapat dengan Melayu kecuali agama. Jika anda rajin memutar rancangan khas untuk Orang Asal (Orang Asli) di radio, anda akan bersetuju dengan pendapat saya ini. Sebagai contoh, mereka masih asyik dengan lagu-lagu 60-an.
Pada pendapat saya, kita masih banyak peluang untuk mengIslam dan 'meMelayukan' mereka jika mereka masih dengan kepercayaan anamisma. Bagaimanapun, apabila mereka beragama Buddha, Kristian dan lain-lain lagi dengan apa sahaja sebab musabab, peluang kita untuk menyelamatkan mereka menjadi sangat sukar.
Oh, kumpulan Jumaah Tabligh, Oh PAS, Oh UMNO, Oh Jabatan Agama dan Oh Orang Melayu/Islam bangkitlah bangkit dan jangan tidur lama sangat.
Oh, Serena Chong!
Renungan:
Renungan:
Sabtu, 1 Mac 2014
KITA MEMERIAHKAN, ORANG LAIN MENDAPAT LABA
Kerana dua tiga titik air, 'laptop' saya tidak dapat diselamatkan. Binasa.
Rentetan itu seawal jam 11.00 pagi pada hari cuti Sabtu (pagi tadi), saya telah berada di pasar paling mega komputer/telefon bimbit tanah air di Low Yatt, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Saya ingin membeli sebuah laptop untuk memudahkan saya bekerja dan ' berkarya' pada waktu senggang.
Walaupun hari masih awal pagi, pengunjung telah ramai. Sekalipun seumur hidup tidak pernah berkunjung ke ' Jom Heboh', saya memberanikan hati membuat perbandingan - ramainya orang di Kompleks Low Yatt umpama ramainya orang di ' Jom Heboh'. Seperti di 'Jom Heboh', orang Melayu paling ramai.
Majoriti peniaganya ialah dari kalangan rakan senegara kita etnik Tionghwa. Namun, selain dari pengusaha etnik Tionghwa, ramai juga pengusaha yang iras mereka mirip penduduk dari Benua Kecil India. Mungkin mereka bangsa India, Pakistan dan Bangladesh. Tidak pula saya ketahui samada mereka berstatus pengusaha/ahli perniagaan atau cuma pekerja/kuli kepada taukeh-taukeh etnik Tionghwa.
Tidak ada seorang pun peniaga keturunan Melayu di Kompleks Low Yatt! Saya berfalsafah, ' Orang Melayu Tidak Memberi Sedikit Pun Tentangan Kepada Peniaga Kaum Lain Membolot Kek Ekonomi Di Low Yatt.Orang Melayu cuma memeriahkan Low Yatt'.
Pengusaha warga Malaysia etnik bukan Melayu dan mungkin juga sebilangan warga luar mengaut kesemua punca rezeki di Kompleks Low Yatt yang tentunya sangat lumayan.
Jangan salahkan mereka. Jangan jadikan mereka ' Punching Bag' kerana ketidakmampuan kita bersaing dan merebut peluang. Salahkanlah diri sendiri!
Jumaat, 14 Februari 2014
KOMIK
| KOMIK |
Sungguh, ketika masih di sekolah rendah minda saya dan juga generasi kanak-kanak ketika itu 'dirasuk'oleh pengaruh komik cerita-cerita pendekar Melayu dan juga cerita fantasi mengenai penduduk di dunia kayangan.
Penulis komik pendekar Melayu paling ' top ' ketika itu ialah Halim Teh. Di antara tajuk atau watak adiwira yang saya masih ingat secara kasar ialah Panglima Hitam dan Panglima Awang. Watak jahat pula termasuk Awi Dichu (Pendekar Siam) dan Bachok.
Potret pendekar Melayu dilakar dengan pakaian pendekar Melayu purba yang biasa kita tonton dalam filem pendekar Melayu - tanjak, keris tersisip di pinggang dan memakai capal atau sesetengahnya berkaki ayam. Biasanya kutang baju tidak dikenakan dan ini menampakkan bentuk tubuh seorang pendekar yang tegap dan sasa.
Pendekar Melayu digambarkan sarat dengan kuasa sakti dan menguasai ilmu persilatan.
Saya tidak ingat lagi tajuk atau watak cerita raja/putera/puteri raja dari kayangan secara khusus. Namun, modus operandi jalan ceritanya ialah: Berkisar kepada raja/putera/puteri raja dari kayangan dengan kesaktian masing-masing turun ke bumi,mennyamar sebagai manusia bumi, bercinta dengan gadis kampung/pedalaman dan diangkat menjadi ' hero ' dalam sesuatu cerita.
Tidak syak lagi cerita-cerita tersebut dihayati sepenuhnya oleh pembaca dari golongan kanak-kanak ketika itu. Dan, saya adalah di antara pembaca tegar komik-komik genre tersebut.
' Malangnya', minat membaca komik secara melampau diwarisi oleh anak sulung saya. Dia telah 'ketagihan' membaca komik sejak sekolah rendah, sekolah menengah. universiti dan sehingga telah berkerja (sekarang). Koleksi komiknya yang 'mengherokan' bangsa lain dan tidak berpijak di bumi nyata itu begitu banyak - berkotak-kotak.
Walaupun saya adalah mantan pembaca tegar komik pada zaman saya, Si Ayah, tidak pernah mengerling walaupun selembar ayat komik generasi anaknya. Mana mungkin lakaran dan jalan cerita komik yang sangat jauh dengan budaya dan jati diri Melayu itu mampu meresap ke dalam urat saraf Si Ayah yang sangat asyik dengan jiwa 'Melayunya'."
Benar, komik genre sedemikian ' Not my taste! ' Bagaimanapun, semua orang ada hak untuk menyantuni naluri diri sendiri.
Sabtu, 7 September 2013
ORANG ASLI SINGAPURA, DI MANAKAH MEREKA SEKARANG?
Benar atau tidak Hang Tuah pernah wujud di atas muka bumi ini tidak perlulah diperdebatkan. Dilema tersebut bertambah serabut apabila hasil kajian ilmiah seorang professor sejarah tersohor tanah air menafikan kewujudan susuk yang bernama Hang Tua itu.
Penghikayatan Hang Tuah yang diangkat menjadi adiwira bertambah serabut apabil ada di kalangan generasi hari ini tanpa segan silu mempersoalkan sikap kesetiaan Hang Tuah yang membabi buta.
Saya tidak menyentuh watak adiwira Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya dalam catatan ini. Apa yang ingin saya sampaikan ialah kewujudan Orang Asli (Sakai) di Singapura semasa zaman Hang Tuah dan sahabatnya masih kecil lagi.
Diceritakan dalam Hikayat Hang Tuah bahawa Hang Tuah dan 4 orang sahabatnya telah melarikan diri dengan menaiki perahu (lading) dari ditangkap oleh orang jahat yang menaiki perahu yang lebih besar:
" Maka dengan takdir Allah maka sekonyong-konyong keluarlah Batin Singapura, perahunya tujuh dandang hendak pergi ke Bintan. Maka dilihat oleh Hang Tuah perahu tujuh dandang itu keluar dari Selat Singapura. Maka ditujunya oleh Hang Tuah. Maka dilihat oleh orang yang dalam dandang itu, sebuah lading, orangnya lima orang, diusir oleh perahu musuh tiga buah itu, hampir akan dapat.
Maka kata Batin Singapura, " Hai segala sakai, segeralah kita dapatkan perahu lading itu, kerana ia diusir musuh, kalau ia orang kita."
Ulasan :
1. Orang Asli (Sakai) pernah menolong Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya.
2. Andainya Hang Tuah adalah mitos sekalipun, kewujudan Orang Asal Singapura (Sakai) tidak dapat disangkal kerana mereka adalah penduduk asal/jati Singapura. Persoalannya, di manakah keturunan mereka sekarang?
Rabu, 14 Ogos 2013
MELAYU : SAYA JUGA TIDAK SUKA PAPAN TANDA INI
Saya Orang Melayu, saya boleh mengagak reaksi kebanyakkan pembaca Melayu terhadap mesej papan tanda di atas.
Namun, anda tidak perlu diamuk emosi dengan amarah stereotaip - marah-marah, tuduh orang lain ultra kiasu, menuding,............Renungkanlah petikan bait-bait Sajak “Melayu” oleh Sasterawan Negara Dato' Dr. Usman
Awang;
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Sepatutnya papan tanda di atas bukanlah satu 'masalah besar'. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang kebanyakkan kakitangannya adalah di kalangan Orang Melayu boleh membetulkan keadaan ini dengan 'kuasa' (prosedur) yang ada atau melalui tindakan berhemah (win win). Bukankah PBT boleh mengesan dan mengambil tindakan ke atas penduduk yang tidak mendapatkan kebenaran walaupun untuk menegakkan sebatang tiang sekalipun?Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Atau pun wujudnya papan tanda yang menyakitkan hati dan lain-lain isu ' Melayu ' yang bertali arus kerana Orang Melayu tidak lagi memiliki aura penggerun?
Atau Orang Melayu tidak lagi mempunyai semangat patriotik kepada sesuatu yang ada kaitan dengan Melayu?
Atau juga 'kata-kata' Orang Melayu tidak lagi ' masin '?
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Sedemikian, janganlah Melayu terlalu galak menyalahkan orang lain. Hatta, Melayu juga elakkanlah gejala mencemuh 'Melayu Yang Lain'.
Melayu, janganlah seronok sangat dan tidak merasa apa-apa ketika turut serta memeriahkan pembukaan pasar raya baharu yang didirikan di atas bekas 'tanah sawah' di baruh kampung kita.
Melayu, muhasabahlah diri dan atasilah segala kelemahan 'secara bersepadu'.
Melayu, janganlah sekadar jadi samseng kampung atau ' hero jadi-jadian bermusim '. Bukannya sedikit Melayu spesis ini yang kini menyepikan diri, membisu dan memekakkan telinga kerana tiada ' job ' walaupun sebelumnya acapkali berpanas berhujan dan ke hulu ke hilir kononnya hendak melestarikan semula maruah Melayu yang tercalar.
Melayu, janganlah jadi Pak Dukun yang cuma pandai menghafal mantera ultra kiasu dan menghembuskannya kepada orang lain. Kerja sedemikian lebih banyak mudarat dari manfaatnya kepada kelangsungan Melayu dan 'rakan-rakan' warga yang lain.
Melayu, bangkitlah dengan kemegahan. Melayu yang ada kemegahan sahaja akan ' digeruni '!
Khamis, 4 Julai 2013
Suami, Encik Suami, Incik Suami, Hubby
Ada beberapa perkataan sebagai ganti nama 'SUAMI' yang diungkapkan oleh tuan punya atau penggiat blog, facebook, twitter dan sebagainya di kalangan golongan wanita.
Secara umumnya, perkataan yang selalu digunakan adalah terarah kepada kecenderungan seseorang penggiat. Golongan pertama ialah golongan penggiat yang selesa menggunakan ungkapan Melayu klasik/harian - ' Suami ' dan Encik/Incik Suami. Golongan kedua, mereka yang selesa menggunakan ungkapan Inggeris - ' Hubby '.
Realitinya, ungkapan dalam bahasa English, 'My Husband', yang begitu disukai penggunaannya suatu ketika dahulu (sejak sebelum ada blog/facebook...) kini sudah hilang pengaruh.
Saya tidak mempunyai maklumat yang tepat mengenai latar belakang usia, pendidikkan, kerjaya dan ekonomi golongan penggiat yang selesa menggunakan perkataan samada Melayu klasik/harian atau Inggeris.
Namun demikian, saya berpendapat bahawa faktor 'USIA' memainkan peranan yang lebih besar berbanding faktor-faktor lain dalam menentukan ungkapan ganti nama kepada suami samada 'Suami', Encik/Incik Suami atau Hubby' dalam tulisan masing-masing.
Saya percaya, penggunaan bahasa Melayu klasik/harian akan terus kekal selagi orang Melayu bercakap Melayu.
Adakah ungkapan dalam bahasa Inggeris, Hubby , akan terus mendapat tempat atau cuma 'trend semasa' yang akhirnya menjadi 'klise' dan menerima nasib seperti 'My Husband'?
Jumaat, 22 Mac 2013
ANGAN-ANGAN DENGAN GURINDAM : Bangkitlah bangkit! Mengapakah tidur lama sangat?
Saya berkesempatan menghadiri majlis Bicara Tokoh. Tokoh yang dijemput 'MEMBICARA' ialah Professor Madya Dr Lim Swee Tim, pensyarah dan penggiat kesusasteraan. Saya paparkan sebuah sajak terbitan tahun 1913 bertajuk "Angan-angan dengan Gurindam", karya Omar Mustafa yang dideklimasikan oleh Prof. Madya Dr. Lim Swee Tim dalam majlis tersebut.
Ini ulasan saya:
Terderakah jiwa generasi hari ini kerana seruan 'Bangkitlah bangkit!' telah bergema seawal tahun 1913? Terderakah jiwa kejantanan 'pendekar dan pesilat' bangsa hari ini kerana pertanyaan 'Mengapakah tidur lama sangat? telah dibisikkan ke telinga bangsa seawal tahun 1913? Juga, jangan asyik menuding, terderakah kita?
'And yet', hingga ke alaf ini kita masih 'menyanyi' lagu yang sama!
Bangkitlah bangkit! Mengapakah tidur lama sangat?
" Angan-angan dengan Gurindam "
Oleh : Omar Mustaffa (1913)
Bangkitlah bangkit!
Mengapakah tidur lama sangat?
Di mana dapat mencari negeri sekaya negeri kita!
Bangkitlah bangkit!
Timah dimasak sudahlah hangat.
Mengapa dibiarkan bangsa lain mengambil bijih kita!
Bangkitlah bangkit!
Tidakkah ingin menjadi kaya dengan bangat?
Mengapa dibiarkan bangsa lain bertanam getah di tanah kita?
Bijih dan getah! Bijih dan getah!
Inilah jalan kekayaan yang tentu
Hasil negeri kita yang besar dapat di situ
Bijih dan getah! Bijih dan getah!
Dari sebab itu bangkitlah bangkit!
Jangan asyik dengan berjoget.
Lihatlah kekayaan Loke Yew Chow Kit!
Hartanya beribu bermiliun ringgit
Segeralah tuan jangan lengah
Segera berbudi dengan tanah
Kerana tanah baik budinya
Lambat laun usaha dan penat kita dibalasnya.
Ini ulasan saya:
Terderakah jiwa generasi hari ini kerana seruan 'Bangkitlah bangkit!' telah bergema seawal tahun 1913? Terderakah jiwa kejantanan 'pendekar dan pesilat' bangsa hari ini kerana pertanyaan 'Mengapakah tidur lama sangat? telah dibisikkan ke telinga bangsa seawal tahun 1913? Juga, jangan asyik menuding, terderakah kita?
'And yet', hingga ke alaf ini kita masih 'menyanyi' lagu yang sama!
Bangkitlah bangkit! Mengapakah tidur lama sangat?
" Angan-angan dengan Gurindam "
Oleh : Omar Mustaffa (1913)
Bangkitlah bangkit!
Mengapakah tidur lama sangat?
Di mana dapat mencari negeri sekaya negeri kita!
Bangkitlah bangkit!
Timah dimasak sudahlah hangat.
Mengapa dibiarkan bangsa lain mengambil bijih kita!
Bangkitlah bangkit!
Tidakkah ingin menjadi kaya dengan bangat?
Mengapa dibiarkan bangsa lain bertanam getah di tanah kita?
Bijih dan getah! Bijih dan getah!
Inilah jalan kekayaan yang tentu
Hasil negeri kita yang besar dapat di situ
Bijih dan getah! Bijih dan getah!
Dari sebab itu bangkitlah bangkit!
Jangan asyik dengan berjoget.
Lihatlah kekayaan Loke Yew Chow Kit!
Hartanya beribu bermiliun ringgit
Segeralah tuan jangan lengah
Segera berbudi dengan tanah
Kerana tanah baik budinya
Lambat laun usaha dan penat kita dibalasnya.
Khamis, 14 Februari 2013
rebakkan bandar, anjak-alih
Sejak dahulu, kini dan selamanya (mungkin), saya bersikap curiga terhadap setiap projek
komersil di atas nama membangunkan rumah-rumah kedai atau kawasan perumahan mewah di atas tanah atau kawasan milik Melayu. Sangka buruk saya – “ Sedikit yang kita dapat,
banyak yang kita kehilangan.”
Jujurnya, saya baru mengetahui
ungkapan yang sesuai mengenai isu ini setelah membaca sebuah artikal yang
diterbitkan lebih setahun yang lalu. Penulis artikal tersebut mengungkapkan, ‘Rebakkan Bandar’. Saya tidak nyatakan nama
penulis artikal tersebut (Seorang Professor Madya) kerana khuatir apa yang saya
fahami tidak menepati sepenuhnya maksud beliau. Walaupun latar belakang kajian beliau dibuat di sebuah negeri yang dikatakan menghadapi hakisan milik Melayu yang tenat, saya berpendapat masalah yang sama juga dihadapi oleh Orang Melayu di negeri-negeri lain.
Rempuhan 'Rebakkan Bandar' yang
bersifat komersial totok ‘mengusir’ Orang Melayu yang telah menetap turun
temurun di dalam bandar, di pinggir bandar dan juga di luar bandar tanpa belas kasihan.
Penulis
artikal itu juga mengungkapkan satu lagi ungkapan yang menarik, iaitu ‘anjak-alih’. Yang dianjak dan dialih
dari penempatan asal setelah dibangunkan kawasan komersial baru ialah orang
kita, Orang Melayu.
Orang Melayu yang mewarisi hidup
makan gaji dan bidang pertanian sejak beratus tahun tidak mampu
bersaing dan bertahan dalam bidang yang sangat asing kepada mereka, iaitu bidang komersial atau perniagaan. Orang Melayu di kawasan-kawasan terlibat bukan sahaja tidak mampu merebut peluang yang tersedia tetapi juga tidak dapat mempertahankan yang dimiliki.
Dalam situasi ini orang bukan Melayu yang beratus tahun bergelumang dengan kehidupan ekonomi bandar, yaani perniagaan membolot peluang-peluang yang terhidang dengan mudah tanpa saingan.
Dalam situasi ini orang bukan Melayu yang beratus tahun bergelumang dengan kehidupan ekonomi bandar, yaani perniagaan membolot peluang-peluang yang terhidang dengan mudah tanpa saingan.
Sebagai contoh, kedudukkan
ekonomi kebanyakkan Orang Melayu tidak memungkinkan mereka mampu memiliki rumah kedai
atau rumah yang harganya melebihi RM500,000.00 walaupun quota untuk Orang
Melayu telah ditetapkan.
Ini hukum alam. Mereka yang
bergelumang dengan kehidupan komersial dengan mudah akan mengatasi golongan
yang makan gaji dan bertani dalam merebut peluang-peluang komersial.
Selain itu, peranan 'pemain luar' yang bukan warga negara dalam memiliki premis komersial dan kediaman mewah juga jangan dikesampingkan. Bukan lagi menjadi rahsia bahawa ada ketikanya Orang Cina tempatan pun tidak dapat menyaingi 'pemain luar' tersebut. Ai ya…..Orang Cina tempatan pun tidak boleh tahan! Perkara ini berlaku di bandar-bandar besar atau kawasan berprestij seperti di Pulau Pinang dan beberapa tempat lagi.
Selain itu, peranan 'pemain luar' yang bukan warga negara dalam memiliki premis komersial dan kediaman mewah juga jangan dikesampingkan. Bukan lagi menjadi rahsia bahawa ada ketikanya Orang Cina tempatan pun tidak dapat menyaingi 'pemain luar' tersebut. Ai ya…..Orang Cina tempatan pun tidak boleh tahan! Perkara ini berlaku di bandar-bandar besar atau kawasan berprestij seperti di Pulau Pinang dan beberapa tempat lagi.
Penulis artikal tersebut
membayangkan bahawa dalam menghadapi kemelut ini, Orang Melayu masih perlu
diberi perlindungan dan bantuan. Bagaimanapun, beliau berpendapat bahawa pada
akhirnya Orang Melayu tidak akan dapat lari dari pertimbangan meritokrasi. Orang
Melayu terpaksa menyerap cara hidup bandar yang terdedah kepada persaingan dan
nilai pengantarabangsaan jika hendak ‘terus hidup’.
Campakkan fahaman politik
kepartian anda buat sementara waktu. Lihatlah proses ‘Rebakkan Bandar’ merempuh bandar-bandar
besar, bandar-bandar kecil, pekan-pekan, pinggir-pinggir bandar atau di kampung
halaman anda sendiri.
Penulis artikal itu menyatakan bahawa proses 'Rebakkan Bandar' telah berlaku sejak dahulu dan terus berjalan dengan sistematik. Beliau menjangkakan bahawa tidak mustahil kelibat fizikal dan aset Orang Melayu di bandar-bandar akan terhapus jika momentum proses 'Rebakkan Bandar' tidak diselia dan dipantau dan juga tidak berlaku anjakan paradigma yang luar biasa kepada Orang Melayu bandar.
Tidak dinafikan bahawa 'Rebakkan Bandar' ada juga manfaatnya kepada Orang Melayu. Bagaimanapun, jika hampir semua premis perniagaan dan kediaman mewah dibolot (melalui kuasa wang dan kemahiran) oleh orang lain kerana merit, manfaat yang diperolehi adalah tidak berbaloi. Ini tidak adil kepada Orang Melayu pada hari ini dan juga kepada generasi legasi Melayu yang akan datang.
Apakah perasaan kita apabila bekas tanah sawah tempat kita bermain dan meniup seruling padi suatu ketika dahulu kini dihuni dan dimiliki oleh 'Orang Lain'?
Sisi ini melorong sesama kita bermain politik kepartian. Dipersilakan. Namun, siapa pun kita, bermain dengan emosi politik kepartian dalam hal ini umpama memujuk hati untuk melupakan sebentar masalah sebenar yang sangat kronik. Bukti yang telah berlaku dan yang disaksikan pada hari ini menunjukkan masalah ini seperti tiada penyudahnya.
Lalu sesama kita mengusung rethorik ke hulu dan ke hilir. Ini adalah di antara sebab yang menyebabkan banyak agenda yang tidak usai-usai. Dalam masa yang sama, proses ‘Rebakkan Bandar’ tidak dikawal/terkawal dengan sewajarnya. 'Rebakkan Bandar' terus bermaharaja lela dan menggila. Bezanya; ada pihak yang curiga, ada juga pihak menganggap ianya sesuatu yang normal dan tidak perlu dirisaukan.
Khamis, 31 Januari 2013
restoran mamak, restoran melayu
Semalam, Rabu, 30/1/13, saya ikut
laluan MRR2 – Pandan balik ke rumah kerana kesesakan laluan biasa Ampang-Ke
Rumah pada waktu puncak (balik kerja) agak luar biasa. Saya membeli dua buah
akhbar berhampiran sebuah restoran mamak popular di Pandan dan ‘lepak’ di
restoran yang jaraknya lebih kurang 2 kilometer dari kawasan perumahan saya.
Saya larut membaca akhbar bukan arus perdana yang kandungannya 'segar' sehingga tidak sedar teh tarik menjadi sejuk. Anak-anak selalu mengusik dengan menuduh kononnya minda saya tertutup disebabkan 'taksub' membaca akhbar tertentu sahaja.
Saya larut membaca akhbar bukan arus perdana yang kandungannya 'segar' sehingga tidak sedar teh tarik menjadi sejuk. Anak-anak selalu mengusik dengan menuduh kononnya minda saya tertutup disebabkan 'taksub' membaca akhbar tertentu sahaja.
Di dalam restoran yang cantik dan
dilengkapkan dengan beberapa buah TV LCD/LED skrin besar telah ramai pengunjung
@ ‘pelepak’ restoran mamak. Ada yang berkumpulan, dua orang dan ramai juga
‘sorang sorang’ sahaja seperti saya. Ramai yang rancak berborak. Sebilangan
membaca akhbar, melayan telefon bimbit atau melayari internet. Pasangan sejoli
anak muda di sebelah saya ‘memadu kasih’ dengan duduk rapat-rapat dan tangan si
lelaki memaut pinggang si perempuan. Menjengkelkan!
Berhadapan dengan restoran mamak
itu terletak sebuah restoran orang kita, Orang Melayu. Bilangan pengunjung restoran Orang
Melayu yang dekorasi, peralatan dan menu makanannya setanding dengan restoran
mamak itu membimbangkan. Pengunjung tidak ramai. Saya sendiri baru sekali
singgah di restoran Melayu itu. Bagaimanapun, saya kagum dengan restoran Melayu
itu kerana masih mampu bertahan setelah beberapa tahun beroperasi.
Kenapa senario ini berlaku? Senario
ini bukan sahaja berlaku di Pandan, Selangor tetapi juga di mana-mana sahaja. Makanan
kah? Layanan kah? ‘Mandrom’ kah? Sikap pengunjung restoran di kalangan Orang
Melayu kah?
Ada orang berpendapat kerana
masakan di restoran mamak sesuai dimakan pada setiap masa (24 jam) – roti canai,
mee goreng dan masakan berkari. Sebaliknya, makanan di restoran Melayu yang
kebanyakkannya menggunakan santan tidak sedap dimakan atau basi apabila terlalu
lama terdedah.
Ada orang berpendapat kerana
layanan ‘first class’ di restoran mamak – cepat, mesra dan pekerjanya tidak ada
emosi kerana mampu tersenyum walaupun dikasari oleh pengunjung. Salah seorang
anak saya pernah bertanya kepada taukeh sebuah restoran Melayu ‘regular’ kami
yang menaikkan harga harga nasi ayam dari RM4 kepada RM5 sepinggan. Taukeh
restoran itu menjawab secara meninggikan suara, “ Kalau jual murah, tidak
untunglah.” Pembaca tentu mengetahui akan tindak balas anak saya selepas itu.
Seorang kawan yang teramat patriotik
kepada bangsanya, Melayu, menyalahkan Orang Melayu yang meminggirkan restoran
Melayu . Katanya, “ Orang Melayu ‘mengayakan’ mamak!”
Hakikatnya, walaupun restoran
Melayu menyediakan layanan, variasi makanan, peralatan, dekorasi dalaman dan
teh tarik standing dengan restoran mamak, restoran mamak masih memiliki
kelebihan.
Mengapa? Atau, adakah iras rupa
mamak yang tidak mampu dimilikki oleh pengusaha restoran Melayu mendasari
sebab-musabab Orang Melayu lebih teruja mengunjungi restoran mamak dari
restoran yang diusahakan oleh orang sebangsa mereka? Inilah misteri yang belum
dapat dirungkai!
Sabtu, 12 Mei 2012
bandar enstek, di mana?
Bandar baru Enstek. Di mana?
Sehubungan ini, PBT, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat sekalipun masih boleh melakukan sesuatu yang jauh lebih baik dari Melayu Singapura. Kita pernah melakukannya!
Awal minggu lalu saya dan rakan sekerja menghadiri kursus di Bandar Enstek. Ketika di sana saya sempat menelefon adik perempuan saya di pejabatnya yang jaraknya tidak melebihi 30 kilometer dari bandar ini.
Saya terperanjat kerana dia tidak pernah mengetahui wujudnya sebuah bandar di dalam negerinya sendiri yang bernama Bandar Enstek.
Bandar baru Enstek bukan sebuah bandar sebarangan. Di sinilah terletaknya Akademi Audit Negara yang melatih juru audit bukan sahaja dari dalam negeri bahkan juga dari luar negara. Di bandar baru ini juga terdapat Pusat Bioteknologi Felda (PBF). Di sini juga dibangunkan banyak kawasan-kawasan perumahan golongan pertengahan dan mewah. Bagaimanapun, melalui pemerhatian singkat saya, terdapat juga projek-projek perumahan yang telah siap dibina tetapi masih belum didudukki lagi. Ada juga projek perumahan yang terbengkalai.
Secara umumnya, bandar ini sesuai untuk mereka yang inginkan persekitaran yang sunyi dan tenang. Tali hayat kehidupan kelihatan begitu perlahan, santai dan seperti tidak ada yang perlu dipercepatkan.
Tidak ada yang perlu dihairankan dengan pemilihan nama bandar ini. Nama bandar baru ini, Bandar Enstek, adalah nama biasa bandar atau kawasan perumahan alaf ini. Mungkin satu lagi faktor yang menyebabkan nama tersebut dipilih ialah mengikuti 'trend' nama-nama bandar, pusat-pusat pentadbiran atau kawasan perumahan dikejiranan dengan sebuah negeri maju dan pusat pentadbiran negara.
Saya tiada masalah dengan proses penamaan bandar ini yang bunyinya begitu jauh tersasar dari unsur tempatan dan 'kemelayuan'. Saya cuma ingin bertanya. Adakah tidak ada satu unit samada di peringkat PBT atau kerajaan negeri yang menyaring dan meluluskan nama-nama bandar, kawasan perumahan atau pusat-pusat pentadbiran baru dalam kawasan pentadbiran masing-masing?
Saya masih berpendapat bahawa bahasa Melayu yang dominan samada di segi sejarah atau kedudukkannya di sisi perlembagaan, wajib diberi keutamaan dalam urusan penamaan kawasan-kawasan yang baru dibangunkan.
Sehubungan ini, andainya berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada bangsa Melayu pada masa hadapan, sekurang-kurangnya masih ada sisa-sisa 'Melayu' untuk diingati oleh generasi Melayu akan datang.
Sebagai perbandingan, usaha tanpa henti pihak berkuasa di negara jiran, Singapura, untuk menghilangkan sesuatu yang ada kaitan dengan 'Melayu' masih belum berjaya sepenuhnya kerana adanya kekuatan unsur 'Melayu' yang diasaskan. Nama-nama yang menunjukkan bahawa Melayu pernah 'berkuasa' di Singapura seperti Bukit Candu, Jalan Kempas, Kampung Glam, Murai, Pasir Ris Seletar, Tanjung Pagar dan beberapa nama lagi masih belum dapat dibuang dari peta dan kehidupan rakyat Singapura.
Sehubungan ini, PBT, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat sekalipun masih boleh melakukan sesuatu yang jauh lebih baik dari Melayu Singapura. Kita pernah melakukannya!
Isnin, 20 Februari 2012
india Islam : india peranakan @ jawi peranakan
Saya berkesempatan membaca buku Kenangan-Kenangan Abdullah Munsyi yang ditulis oleh Datuk Zahari A.Rashid. Buku tersebut ialah cubaan beliau memaparkan kembali kisah-kisah yang terdapat di dalam buku Hikayat Abdullah. Pada saya, buku tersebut adalah jalan pintas terutamanya di kalangan kita yang 'malas' membaca, mendapat manfaat dalam usaha memahami seboleh mungkin isi kandungan buku Hikayat Abdullah yang hebat itu.
Dinyatakan dalam buku tersebut bahawa empat bangsa di Bandar Melaka, yaani bangsa Melayu, bangsa Cina, bangsa Keling (India) dan bangsa Nasrani (Portugis) hidup dalam suasana harmonis, aman damai, bekerjasama, saling menghormati dan menggunakan bahasa Melayu semasa berkomunikasi di antara etnik (bangsa).
Bangsa Cina yang dimaksudkan oleh pengarang Hikayat Abdullah, Abdullah bin Kadir Munsyi, ialah masyarakat Baba atau Cina Peranakan. Kewujudan masyarakat Baba atau Cina Peranakan atau Baba Melaka diketahui oleh kebanyakkan rakyat negara ini.
Bagaimanapun, mungkin ada di kalangan kita tidak menyedari bahawa seiring dengan wujudnya masyarakat Baba atau Cina Peranakan di Melaka ketika itu, wujud juga golongan India Peranakan atau Jawi Peranakan.
Diceritakan bahawa bangsa Keling termasuklah Tamil, Gujarati, Malabari,Bangali dan Chitty. Bangsa Keling di kalangan yang beragama Islam lebih rapat dengan Orang Melayu kerana mereka menganut agama yang sama.
Kebanyakkan pedagang India Islam yang telah mempunyai isteri di India tidak membawa isteri mereka ke Melaka. Sehubungan itu, ramai di antara mereka berkahwin lagi dengan wanita Melayu Melaka. Lama kelamaan keturunan India Islam yang berkahwin dengan wanita Melayu tempatan dikenali sebagai India Peranakan atau Jawi Peranakan.
Bagaimanapun, berbeza dengan Cina Peranakan yang tidak boleh berbahasa Cina kecuali bahasa Melayu, golongan India Peranakan masih terus menggunakan bahasa Tamil dalam keluarga.
Seterusnya buku tersebut mencatatkan; " Sehingga hari ini, umumnya golongan India Peranakan ini masih menggunakan bahasa Tamil dalam perbualan harian sesama keluarga. Namun kini kewujudan kaum India Peranakan di Bandar Melaka sudah tidak ketara lagi. Hal ini mungkin kerana bilangan mereka sudah semakin mengecil samada akibat ramai yang berpindah ke bandar-bandar lain atau sudah terserap (asimilasi) sepenuhnya ke dalam masyarakat Melayu. Kesan yang masih tinggal hari ini hanyalah kawasan Kampung Keling dan Masjid Keling di tengah-tengah kota raya Melaka. Selain itu, masih terdapat sekumpulan kecil keturunan India Muslim yang menjalankan perniagaan barangan antik di Jongker Street."
Sehubungan ini saya teringat kepada sahabat saya yang berketurunan DKK, Kadir. Bagaimanapun, dalam konteks ini Kadir tidak layak dikategorikan India Peranakan @ Jawi Peranakan kerana institusi keluarganya berpengkalan di Pulau Pinang, bukannya Melaka.
Pun demikian, acapkali pengunjung tersesat ke blog saya kerana salah faham dengan nama 'Ujang Kutik'. Ramai yang beranggapan saya berketurunan DKK. Tidak mengapa, apalah yang ada pada nama!
Isnin, 16 Januari 2012
india Muslim
Hari Jumaat lepas saya cuti. Selepas selesai solat Jumaat saya singgah di sebuah kedai runcit India Muslim untuk meninjau keluaran edisi terbaru sebuah akhbar genre politik.
Di hadapan kedai runcit itu ada sebuah warung yang baharu dibuka . Warung tersebut beroperasi dari waktu petang hingga tengah malam. Berbekalkan niat ingin memberi sokongan dan juga keinginan hendak mencuba, selepas solat Isyak pada malam Khamis lalu saya dan seorang kawan singgah di warung itu untuk mencuba Mee Udang Banjir . Kami dikenakan bayaran RM6.00 (tidak termasuk minuman) untuk semangkuk Mee Udang Banjir yang mengandungi empat ekor udang kecil . Udangnya pula tidak segar ('seasoned').
Kami berpendapat harga yang dikenakan untuk semangkuk Mee Udang Banjir yang dihidangkan dalam mangkuk polysteren dan sudu plastik di sebuah warung tepi jalan itu tidak sesuai. Mahal. Bagaimanapun, ini cuma pendapat kami sahaja.
Di hadapan kedai runcit itu ada sebuah warung yang baharu dibuka . Warung tersebut beroperasi dari waktu petang hingga tengah malam. Berbekalkan niat ingin memberi sokongan dan juga keinginan hendak mencuba, selepas solat Isyak pada malam Khamis lalu saya dan seorang kawan singgah di warung itu untuk mencuba Mee Udang Banjir . Kami dikenakan bayaran RM6.00 (tidak termasuk minuman) untuk semangkuk Mee Udang Banjir yang mengandungi empat ekor udang kecil . Udangnya pula tidak segar ('seasoned').
Kami berpendapat harga yang dikenakan untuk semangkuk Mee Udang Banjir yang dihidangkan dalam mangkuk polysteren dan sudu plastik di sebuah warung tepi jalan itu tidak sesuai. Mahal. Bagaimanapun, ini cuma pendapat kami sahaja.
Namun demikian, menyedari tuan punya warung itu orang kita yang mula belajar berniaga, saya akan memberikan sokongan sedapat yang terdaya. Semoga, perniagaan beliau akan maju dan berkembang.
Saya mengajak pembaca kembali semula kepada kisah saya di kedai runcit saudara seagama kita India Muslim tadi. Sesampai di situ saya mendapati semua pekerja sedang sibuk mengemaskan barang-barang untuk menutup kedai. Kebiasaanya kedai akan dibuka semula setelah ditutup seketika pada waktu solat Jumaat.
Saya bertanya kepada anak tuan punya kedai mengenai akhbar yang saya hendak beli. Dia menerangkan bahawa semua surat khabar telah dikembalikan kepada pembekal. Dia yang pada agakan saya masih belum mencapai usia 35 tahun lagi juga memberitahu bahawa kedainya dan kedai runcit sahabatnya (India Muslim) yang selang dua pintu dari situ ditutup sepenuhnya selepas solat Jumaat setiap dua minggu sekali dalam tempoh satu sebulan.
Saya menepuk bahunya sambil berkata, "Berkat." Dia tersenyum. Kedainya memang maju.
Reputasi golongan India Muslim begitu menonjol dalam perniagaan restoran dan kedai runcit. Selain itu, mereka juga menguasai perniagaan penggurup wang. Selain dari sabar, jimat cermat , tidak ada hasad dengki di kalangan peniaga sebangsa dan seagama dan low profile, kejayaan mereka mungkin juga dari keberkatan yang diberikan oleh Allah kerana menghormati dan memuliakan hari Jumaat.
Ada sesuatu yang perlu diketahui oleh orang kita Melayu dari peniaga saudara seagama ini iaitu keberkatan.Unsur ini jugalah yang diabaikan oleh peniaga kita. Buktinya? Cuba-cubalah buat 'survey' untuk mendapatkan bilangan peniaga pasar malam di kalangan Orang Melayu yang menunaikan solat fardhu Maghrib. Kita akan dapat jawapannya.
Saya mengajak pembaca kembali semula kepada kisah saya di kedai runcit saudara seagama kita India Muslim tadi. Sesampai di situ saya mendapati semua pekerja sedang sibuk mengemaskan barang-barang untuk menutup kedai. Kebiasaanya kedai akan dibuka semula setelah ditutup seketika pada waktu solat Jumaat.
Saya bertanya kepada anak tuan punya kedai mengenai akhbar yang saya hendak beli. Dia menerangkan bahawa semua surat khabar telah dikembalikan kepada pembekal. Dia yang pada agakan saya masih belum mencapai usia 35 tahun lagi juga memberitahu bahawa kedainya dan kedai runcit sahabatnya (India Muslim) yang selang dua pintu dari situ ditutup sepenuhnya selepas solat Jumaat setiap dua minggu sekali dalam tempoh satu sebulan.
Saya menepuk bahunya sambil berkata, "Berkat." Dia tersenyum. Kedainya memang maju.
Reputasi golongan India Muslim begitu menonjol dalam perniagaan restoran dan kedai runcit. Selain itu, mereka juga menguasai perniagaan penggurup wang. Selain dari sabar, jimat cermat , tidak ada hasad dengki di kalangan peniaga sebangsa dan seagama dan low profile, kejayaan mereka mungkin juga dari keberkatan yang diberikan oleh Allah kerana menghormati dan memuliakan hari Jumaat.
Ada sesuatu yang perlu diketahui oleh orang kita Melayu dari peniaga saudara seagama ini iaitu keberkatan.Unsur ini jugalah yang diabaikan oleh peniaga kita. Buktinya? Cuba-cubalah buat 'survey' untuk mendapatkan bilangan peniaga pasar malam di kalangan Orang Melayu yang menunaikan solat fardhu Maghrib. Kita akan dapat jawapannya.
Khamis, 5 Januari 2012
sinetron indonesia: di manakah iras jawa (part two)?
Sejujurnya, sekali sekala saya juga ada menonton drama (sinetron) popular 'Nada Cinta' terbitan negara jiran Indonesia di peti television. Biasanya saya menonton ketika waktu-waktu terluang selepas balik dari pejabat. Kata orang, 'join the club' bersama orang rumah dan anak lelaki sulung kami.
Seperti yang pernah saya luahkan melalui catatan sebelum ini, bahawa ada kecenderungan di kalangan pengeluar drama television Indonesia membariskan pelakun berdarah kacukan Indonesia-Belanda(Eropah) secara melampau. Hampir semua barisan pelakun drama ini berdarah kacukan Indonesia-Belanda(Eropah).
Senario ini sangat merimaskan. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa seperti ada unsur diskriminasi warna kulit, paras rupa dan kepercayaan dalam pemilihan pelakun. Seolah-olah pelakun iras peribumi tidak berbakat. Mereka diketepikan.
Drama tersebut juga sarat dengan paparan cara bersosial (misalnya, cara berpakaian) yang agak keterlaluan dan tidak sesuai dengan budaya rakyat Malaysia. Selain itu, nama-nama watak dalam drama tersebut juga sangat condong kepada nama-nama penganut agama Kristian .
Saya mengajak pembaca menyorot kepada beberapa nama pelakun dan nama watak (dalam kurungan) dalam drama tersebut ; Mikha Tambayong (Nada), Randy Pangalila (Ricky),Michella Putri (Rasti Yunita), Donny Michael (Alex), Aditya Firmansyah (Vito Anggara), Nufi Sulian Wardhana (Siska), Dewi Sandra (Rina), Luna Maya (Susan) dan Ricky Djauhary (Martin).
Nama-nama tersebut samada nama sebenar atau nama watak yang dilakunkan amat tidak bersesuaian dan asing dengan budaya dan kepercayaan orang Malaysia.Saya tidak hairan jika drama ini diterbitkan oleh negara-negara bukan Islam seperti Filipina atau Thailand.
Tidak ada lagikah wajah-wajah iras pribumi Indonesia samada Jawa,Betawi,Minangkabau, Banjar, Bawean, Madura, Lombok, Batak dan lain-lain suku kaum yang mewakili lebih 200 juta penduduk Indonesia yang mempunyai bakat berlakun?"
Tidak ada lagikah pelakun-pelakun yang seketurunan dan sewarna kulit dengan Sophan Sopian, Dicky Dzulkarnain, Benjamin S, Rahmat Kartolo,Sukarno M.Nor atau Widyawati yang berbakat untuk diambil berlakun?
Saya akur dan sedar bahawa penganut agama Kristian di Indonesia juga terdiri di kalangan penduduk pribumi dan campuran Pribumi-Belanda(Eropah). Namun demikian, kita perlu ingat bahawa bilangan penduduk beragama Islam mendominasi pola nisbah penduduk Indonesia yang melebihi 200 juta orang itu.
Sehubungan ini, carian saya di internet mendapati bahawa beberapa orang pelakun utama dan sebilangan yang memegang watak penting beragama Kristian. Adakah situasi ini dirancang atau sememangnya penduduk pribumi Indonesia tidak lagi berminat menceburi industri perfileman (drama television)?
Tidak dinafikan bahawa paras rupa dan bakat adalah elemen penting untuk menjadi pelakun yang versatile. Kaedah pemilihan pelakun juga ialah hak ekslusif pengarah drama atau pihak penerbit.
Selain dari itu, kita juga menyedari bahawa 'kecelaruan' dalam institusi sosial ( misalnya, cara berpakaian, nama individu), institusi keluarga dan beragama yang dapat disaksikan dalam drama tersebut adalah sesuatu yang normal di negara jiran itu.
Selain dari itu, kita juga menyedari bahawa 'kecelaruan' dalam institusi sosial ( misalnya, cara berpakaian, nama individu), institusi keluarga dan beragama yang dapat disaksikan dalam drama tersebut adalah sesuatu yang normal di negara jiran itu.
Kita juga tidak mahu masuk campur dengan kecenderungan mengenepikan pelakun peribumi yang kebanyakkannya beragama Islam. Tidak dapat dinafikan bahawa pelakun kacukan Pribumi-Belanda(Eropah) mempunyai pakej yang lengkap; paras rupa , berbakat dan faseh berbahasa Indonesia. Mereka; wanitanya amat jelita dan lelakinya sangat kacak. Biarlah urusan ini diselesaikan oleh penggiat seni di negara itu.
Berbanding Indonesia, kita lebih bernasib baik dalam banyak hal dari rakyat terbanyak negara itu. Penjajah Belanda meninggalkan Indonesia dengan ribuan gereja yang dimakmurkan oleh rakyat pribumi, termasuk juga sebilangan besarnya di kalangan keturunan kacukan Peribumi-Belanda(Eropah). Sebaliknya, inilah yang tidak dapat dilakukan oleh penjajah Inggeris semasa menjajah negara kita.
Walaupun pernah dijajah, jati diri kita terutamanya dalam beragama tetap utuh. Kita tidak sedikit pun terpengaruh menggunakan nama-nama mirip penganut agama Kristian seperti yang diamalkan oleh bangsa serumpun. Kita juga tidak menghadapi gejala kecelaruan institusi keluarga 'berbilang agama dalam satu keluarga'.
Faktor inilah yang perlu kita saring dan pantau. Terjahan pengaruh negatif dari bangsa serumpun yang sama budaya dan bahasa mudah meresap dan mempengaruhi kita. Kita akan jadi terbiasa dengan pengaruh sedemikian. Berwaspadalah.
Langgan:
Catatan (Atom)
