Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 18 Ogos 2012

N.SEMBILAN : MANTAI, MOGANG


“Mantai, Mogang”. Mantai dan Mogang ialah dua ungkapan orang Negeri Sembilan yang berbeza maksud tetapi nuansa perbezaannya sangat kecil.
Mantai dalam maksud asal bererti kerja-kerja menyembelih kerbau secara gotong royong dan daging ( termasuk juga lain-lain komponen seperti hati, limpa dan paru) sembelihan dibahagi sama rata di kalangan penduduk. Pembahagian daging dibuat secara longgokan berdasarkan jumlah peserta mantai ( semua penduduk kampung ) tanpa menggunakan alat penimbang tetapi berdasarkan anggaran oleh seorang yang mahir. Kos membeli lembu ditanggung secara bersama oleh peserta mantai.   
Mogang bermakna satu hari sebelum 1 (satu) Ramadhan. Uniknya, di samping membuat lemang ketika menyambut 1 (satu) Syawal, penduduk Negeri Sembilan juga membuat lemang ketika hendak memulakan ibadah puasa, yaani pada hari ‘Mogang’. Pada hari ‘moganglah’ diadakan kerja-kerja ‘mantai’ (menyembelih kerbau) sebelum Ramadhan. Realitinya, kini ungkapan ‘Mogang’ jarang digunakan dan ramai generasi Negeri Sembilan hari in tidak mengetahui ‘apo bondonyo Mogang’(apa maknanya ‘Mogang’) itu.  
Pada masa dahulu anak-anak Negeri Sembilan yang merantau akan berusaha balik kampung pada hari ‘Mogang’ dan hari ‘Mantai’.
Bagaimanapun, pada umumnya dan setahu saya, ‘Mantai’ mengikut amalan asalnya tidak lagi diamalkan di Negeri Sembilan. Penduduk Negeri Sembilan hari ini ‘Mantai’ di pasar atau pondok-pondok menjual daging bermusim sahaja.  
Amalan membuat lemang sebelum mula berpuasa dan ketika menyambut hari raya (Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji) juga kurang dilakukan sekarang. Kebanyakkan penduduk Negeri Sembilan hari ini lebih suka membeli lemang yang dijual oleh penjual lemang amatur di musim perayaan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan kerja-kerja membuat lemang agak remeh, memerlukan kemahiran dan kesabaran.          
Oh…… negeri ku!

4 ulasan:

  1. Ujang Kutik,

    ''Penduduk Negeri Sembilan hari ini ‘Mantai’ di pasar atau pondok-pondok menjual daging bermusim sahaja. ''

    kadang tu orang tua ingin mengekalkan , orang muda pula ingin ikut jalan logik hari ini...

    betapa peredaran masa merubah segala nye..

    BalasPadam
  2. Sdr theolrascal,

    Ya, kalau kita terlalu emo dgn kenangan lalu,banyak yang hendak ditangiskan.

    BalasPadam
  3. Saya selama ini difahamkan betapa banyaknya adat adat tradidsi di NS. Apa yang sdr ceritakan disini membuktikan ada nya pelbagai adat resam dinegeri ini. Saya rasa banyak adat adat ini memberi menafaat kepada kumpulan yang mengamalnya. Alangkah eloknya kalau dipertingkatkan mana yang berguna kepada masyarakat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Al-Manar,

      Amalan tersebut tidak syak lagi dibina kerana adanya sifat berlebih-kurang, bergotong royong dan kesafahaman di kalangan penduduk.

      Bagaimanapun, 'kita' terpaksa melepaskannya kerana adanya asakan yang tidak dapat dibendung sehingga gagal mempertahankannya. Juga di atas sebab musabab tertentu.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."