ANTIK & CANTIK DI PEKAN MASJID TANAH |
Masjid Tanah, Melaka , daerah yang
melahirkan ramai tokoh. Di antaranya, termasuklah tokoh pendidikkan tersohor
negara, Y.Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad . Ada
beberapa maklumat yang ingin saya kongsi dengan pembaca mengenai daerah di
sebelah utara Negeri Hang Tuah ini.
Saya tidak akan uar-uarkan nama-nama
artis yang berasal dari daerah ini kerana tidak sesuai dengan usia saya. Memalukan
diri sendiri sahaja! Saya pernah menulis mengenai pelakun-pelakun iras kacukan
Indonesia yang memonopoli peluang lakunan di Indonesia lebih setahun yang lalu.
Catatan tersebut berada pada ‘ranking’ tertinggi pelawat blog saya yang tidak
seberapa termasuk dari Indonesia hingga sekarang. Walaupun tujuan saya menulis
catatan itu kerana pada pandangan saya ada amalan diskriminasi secara terancang terhadap pelakun berwajah
watan anak jati Indonesia (Jawa,Betawi,Minang,Batak dsb), ada ketikanya saya
malu sendirian kerana menulis catatan sebegitu.
Saya akan mengiakan perbualan
mengenai amalan berjoget lambak yang begitu popular di majlis-majlis
perkahwinan penduduk daerah ini (Masjid Tanah) suatu ketika dahulu tetapi kini telah
menjadi sejarah. Kalau masih ada pun amalan itu sekarang, keluarga tersebut
benar-benar ‘samseng’ dan maha jahil!
BENTUK RUMAH TIPIKAL PENDUDUK MASJID TANAH |
Pasti juga saya membenarkan
bahawa gadis dan wanita Masjid Tanah membahasakan diri mereka sebagai ‘An’
(bunyikan huruf A dengan ‘ain’(huruf Arab). Contohnya, “An hendak pergi Simpang(Pekan
Masjid Tanah) (Orang Masjid Tanah menyebut Pekan Masjid Tanah dengan ganti nama
‘SIMPANG’)”.
Tidak salah jika
saya ungkapkan, “ Masjid Tanah (termasuk juga Alor Gajah) adalah jelmaan Negeri
Sembilan”. Ungkapan ini mungkin kurang disenangi oleh anak-anak Masjid Tanah.
Bagaimanapun, dapatkah dinafikan bahawa sebahagian besar penduduk daerah Masjid
Tanah (termasuk juga Alor Gajah) mengamalkan Sistem Adat Perpatih, bercakap
dialek Negeri Sembilan dan suri rumahnya mahir masak lauk lemak cili api?
Sayangnya, kini jati diri kebanyakkan penduduk daerah ini terhadap sistem Adat Perpatih cuma lebih
baik sedikit dari jati diri Orang Melayu Cape Town, Afrika Selatan terhadap
bangsa asal usul nenek moyang mereka, iaitu bangsa Melayu. Amalan Adat Perpatih
semakin diabaikan dan dilupakan di daerah ini!
MASJID LAMA DI PEKAN MASJID TANAH
MASJID LAMA DI PEKAN MASJID TANAH (DIBINA AWAL 1900) |
Di pekan ini ada dua buah masjid.
Masjid pertama ialah masjid jamek yang terletak berhampiran jalan besar Masjid Tanah-Melaka.
Sebuah lagi adalah masjid lama yang telah diiktiraf sebagai warisan sejarah yang
terletak di tebing sungai yang mengalir di tengah-tengah Pekan Masjid Tanah. Saya
tidak menemui masjid yang dibina dari tanah di Pekan Masjid Tanah dan sekitarnya!
PETI BESI ANTIK (LIHAT LUBANG - ADA PERCUBAAN MEMBUKA PETI BESI INI) |
PERIGI YANG MASIH DIGUNAKAN (AIRNYA SEJUK & JERNIH) |
KOLAH WUDHU (BERSIH) |
RUANG SOLAT (CANTIK) |
PASAR MALAM MEGA (HARI AHAD MALAM ISNIN)
Setiap hari Ahad malam Isnin ada
pasar malam di Pekan Masjid Tanah. Pasar malam yang diadakan pada lorong-lorong
premis perniagaan sangat mengujakan – beranika jenis jualan dan begitu ramai
pengunjung. Saya hampir hendak membeli CD lagu-lagu ketuhanan yang agak sedap
didengar nyanyian bekas penyanyi dangdut, Iwan. Namun, saya membatalkan hajat
tersebut kerana CD yang dijual adalah cetak rompak. Tidak adil kepada penyanyi
yang telah berhijrah dan membetul arah itu.
CENDUL MASJID TANAH
WARUNG CENDUL MASJID TANAH (WAJIB SINGGAH) |
SALAH SATU MENU CENDUL MASJID TANAH |
Saya berani bertanggungjawab ke
atas pengakuan ini, “ Cendul Masjid Tanah adalah di antara cendul paling sedap
di seluruh Malaya.”
KEDAI BARANGAN/PAKAIAN SUKAN AL-IKHSAN
AL-IKHSAN (KEBANGGAAN 'HANG TUAH?) |
Pekan Masjid Tanah terus
membangun. Premis-premis perniagaan baru telah dibangunkan di atas bekas
kawasan sawah kepunyaan penduduk Melayu di pekan ini. Seperti kebiasaannya,
premis-premis perniagaan tersebut diusahakan oleh mereka yang mahir berniaga,
yaani peniaga bukan Melayu. Namun demikian, di celah-celah premis perniagaan milik
bukan Melayu tersebut, ada juga 1-2 milik Orang Melayu/Islam termasuk kedai
barangan/pakaian sukan Al-Ikhsan.
Penduduk Masjid Tanah mempunyai kuasa beli yang ampuh. Harga barangan di Masjid Tanah lebih mahal berbanding dengan Kuala Lumpur. Diharapkan pengaliran kuasa beli itu singgah juga kepada peniaga/pengusaha Melayu.
Ujang kutik,
BalasPadamKalau ada rezeki saya berada di Masjid Tanah satu hari nanti pasti lah saya akan cuba mengesahkan pengakuan saudara akan keenakan Cendul masjid Tanah itu.
BalasPadamSdr theolrascal,
Semoga saudara mendapat kesempatan itu....
bangga jadi nak kelahiran masjid tanah...semoga terus maju
BalasPadambangga jadi nak kelahiran masjid tanah...semoga terus maju
BalasPadamwafa_gemini78,
BalasPadamAnak-anak saya pun kadang-kadang mengaku anak Masjid Tanah kerana ibu mereka Orang Masjid Tanah.
T.Kasih kerana lawat blog saya.
saya anak jati Masjid Tanah..Setelah beberapa lama di rantauan org kini sikit demisedikit dan rasanya telah banyak berubah dari apa yang saya pernah lihat 17 tahun dahulu..
BalasPadamSdr Tanpa Nama (Anak Jati M.Tanah),
PadamMungkin di atas nama pembangunan, ada yang didapati & ada yang kita terpaksa lepaskan.
Premis perniagaan Pekan Masjid Tanah telah merebak ke bekas tanah penduduk asal (tanah sawah penduduk & tanah kampung).
Semoga selain dari kedai sukan Al-Ikhsan, akan ada juga premis-premis rumah kedai tersebut dimiliki oleh orang kita khususnya Orang Masjid Tanah.
Masjid yg berasal dari tanah di lokasi mana ?
BalasPadamMasjid itu terletak di tengah bandar berhampiran traffic light. Telah diisytihar sebagai bangunan ' heritage '.
Padam