Saya 'update' foto ini selepas 2 hari catatan dikeluarkan (Saya terjumpa gambar ini & gambar di bawah dlm library picasa camera) |
JALAN URESS - (Jalan Kenangan) |
Misalnya, diandaikan saya
berjumpa semula dengan ‘monitor’ kami ketika Form One, MAZLAN SHARIFF dari Kg.
Batu yang lebih dikenali dengan nama glamour beliau ‘LAN BUNGKO’, saya masih
dapat mengecam. Saya juga pasti kami masih boleh bergurau seperti
berpuluh-puluh tahun yang lalu.
Begitu juga seorang kawan lagi,
Dr Mohd Fuad bin Hj.Abu dari Pekan Chengkau. Saya tidak pernah berjumpa dengan beliau
sejak tamat sekolah di URESS. Beliau pernah menghubungi saya kira-kira tiga tahun
yang lalu. Melalui perbualan melalui telefon yang agak panjang itu, saya
rasakan tidak ada langsung jurang personaliti dan cara bercakap. Saya rasakan
bunyi suara beliau masih seperti zaman belasan tahun dahulu. Adakah suara tidak
turut tua seiring dengan jisim fizikal? Kalau berjumpa semula, Inaya Allah, saya
kenal – kulit putih, rambut lurus (mungkin sekarang ada sedikit/banyak uban)
dan agak kacak.
Bagaimanapun, sepanjang saya
berada di warung itu, tiada seorang pun bekas rakan sekolah datang ke situ.
Begitu juga semasa membeli surat khabar di kedai runcit mamak dan ketika di pasar.
Saya tidak menemui walaupun seorang bekas rakan sekolah!
Adakah saya seorang sahaja yang
selalu balik menjenguk daerah asal usul? Atau, sayakah bekas pelajar URESS se ‘Class’ terakhir?
Ampang,
29/12/20128.43 pagi
Ujang Kutik,
BalasPadamMereka yang relatif nye berusia lanjut sering mahu mengembalikan momen2 lampau yang mengesahkan mereka juga '' pernah berada di situ ''...
ahhahahaha...saya pun..mereka juga begitu..
Sdr theolrascal,
BalasPadamTiada yang tidak benar akan kata-kata saudara itu.
Kita lebih bersemangat mengimbau hari-hari semalam.
X salah klu sya btya adakah sama bacth ngan bapa saya tahun 56
BalasPadamPak Cik tahun 55. Mungkin juga sama class jika dia dari English Primary School ( Darjah 1-6).
PadamDahulu jika dari sekolah rendah kebangsaan (sekolah Melayu) hendak sambung ke aliran English (URESS) masuk remove class dahulu setahun. Lepas itu baru masuk Form One. Kalau dari aliran English terus Form One.