Barangkali,
kita tidak lagi mengingat,
janji demi janji,
yang dipancang,
sepanjang laluan,
yang kita susur.
Esok,
kita juga telah berakad-janji lagi;wahai rerumput di laluan,
bersedialah untuk diinjak lenyai,
itu denai Si Penjanji ini,
antara rumah-masjid, masjid-rumah.
Esok,
kita juga telah berakad-janji lagi;wahai Tuan Nazir,
perelokkan tangga masjid kita,
Si Penjanji akan meninggal jejak,
paling minima 10 kali sehari.
Esok,
andainya kita ada lagi,kekunci neraca akan dijana lagi
peri lembaran hutang diakru,
milik kita, Si Penjanji.
Masjid Jame Ghombau City ,, cantik jugak masjid ni bilo di abadi kan dalam gambar heheheheh apo apao pun tahniah Bang!!
BalasPadamSdr Pak Oncu,
PadamYa, masjid kito.
Ese merayau-rayau jalan Pejabat Daerah - Sepri-Pedas.Cantik-cantik juga rumah di kawasan itu.Ese cubo nak masuk Cuai Ulu tetapi tak jadi.
salam.
BalasPadamdiharapkan pekan rembau/masjid dan sekitarnya dimeriahkan lagi dengan berbagai program ugama..saya akan pencen dan balik ghombau...risaukan program agama tak semeriah di KL dan Selangor
Rosni,
BalasPadamSelamat singgah.
Mungkin tidak ada masalah sangat terutamanya di Masjid Pekan Rembau. Bagaimanapun di KL/Selangor kita ada banyak sumber . Yang A atau B. Pilih sahaja.Kita sahaja yg tidak terdaya.