Kata bijak pandai, “ Keindahan terdapat dalam kejujuran.”
Usahkan orang lain, saya sendiri
tidak banyak mendedahkan hal yang dikategorikan terlalu mendalam dan peribadi
dalam halaman blog saya. Ini mungkin kerana dari satu sisi, saya tidak ‘ada apa’ yang hendak dimegahkan
atau dibanggakan.
Sedemikian, saya tidak memaparkan
foto-foto bercuti bersama keluarga di Paris, London dan lain-lain destinasi
menarik , makan malam di restoran
ekslusif, menayang tunjuk kereta mewah yang baru dibeli dan lain-lain yang
membanggakan kerana saya tidak berkemampuan berbuat dan memiliki deretan
kemegahan itu.
Dari sisi yang lain pula, saya
masih tidak mempunyai kekuatan untuk ‘menelanjangkan’ kekurangan atau hal diri
secara berlebihan kepada khalayak pembaca.
Namun demikian, saya menemui ‘
keindahan dalam kejujuran’ dalam tulisan beberapa orang rakan blogger. Dengan
itu, saya ialah dikalangan pembaca tetap blog-blog tersebut. Saya
ternanti-nantikan catatan terkini ‘beliau-beliau’ itu.
Ampang
31/12/201210.25 pagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."