Sejak dahulu, kini dan selamanya (mungkin), saya bersikap curiga terhadap setiap projek
komersil di atas nama membangunkan rumah-rumah kedai atau kawasan perumahan mewah di atas tanah atau kawasan milik Melayu. Sangka buruk saya – “ Sedikit yang kita dapat,
banyak yang kita kehilangan.”
Jujurnya, saya baru mengetahui
ungkapan yang sesuai mengenai isu ini setelah membaca sebuah artikal yang
diterbitkan lebih setahun yang lalu. Penulis artikal tersebut mengungkapkan, ‘Rebakkan Bandar’. Saya tidak nyatakan nama
penulis artikal tersebut (Seorang Professor Madya) kerana khuatir apa yang saya
fahami tidak menepati sepenuhnya maksud beliau. Walaupun latar belakang kajian beliau dibuat di sebuah negeri yang dikatakan menghadapi hakisan milik Melayu yang tenat, saya berpendapat masalah yang sama juga dihadapi oleh Orang Melayu di negeri-negeri lain.
Rempuhan 'Rebakkan Bandar' yang
bersifat komersial totok ‘mengusir’ Orang Melayu yang telah menetap turun
temurun di dalam bandar, di pinggir bandar dan juga di luar bandar tanpa belas kasihan.
Penulis
artikal itu juga mengungkapkan satu lagi ungkapan yang menarik, iaitu ‘anjak-alih’. Yang dianjak dan dialih
dari penempatan asal setelah dibangunkan kawasan komersial baru ialah orang
kita, Orang Melayu.
Orang Melayu yang mewarisi hidup
makan gaji dan bidang pertanian sejak beratus tahun tidak mampu
bersaing dan bertahan dalam bidang yang sangat asing kepada mereka, iaitu bidang komersial atau perniagaan. Orang Melayu di kawasan-kawasan terlibat bukan sahaja tidak mampu merebut peluang yang tersedia tetapi juga tidak dapat mempertahankan yang dimiliki.
Dalam situasi ini orang bukan Melayu yang beratus tahun bergelumang dengan kehidupan ekonomi bandar, yaani perniagaan membolot peluang-peluang yang terhidang dengan mudah tanpa saingan.
Dalam situasi ini orang bukan Melayu yang beratus tahun bergelumang dengan kehidupan ekonomi bandar, yaani perniagaan membolot peluang-peluang yang terhidang dengan mudah tanpa saingan.
Sebagai contoh, kedudukkan
ekonomi kebanyakkan Orang Melayu tidak memungkinkan mereka mampu memiliki rumah kedai
atau rumah yang harganya melebihi RM500,000.00 walaupun quota untuk Orang
Melayu telah ditetapkan.
Ini hukum alam. Mereka yang
bergelumang dengan kehidupan komersial dengan mudah akan mengatasi golongan
yang makan gaji dan bertani dalam merebut peluang-peluang komersial.
Selain itu, peranan 'pemain luar' yang bukan warga negara dalam memiliki premis komersial dan kediaman mewah juga jangan dikesampingkan. Bukan lagi menjadi rahsia bahawa ada ketikanya Orang Cina tempatan pun tidak dapat menyaingi 'pemain luar' tersebut. Ai ya…..Orang Cina tempatan pun tidak boleh tahan! Perkara ini berlaku di bandar-bandar besar atau kawasan berprestij seperti di Pulau Pinang dan beberapa tempat lagi.
Selain itu, peranan 'pemain luar' yang bukan warga negara dalam memiliki premis komersial dan kediaman mewah juga jangan dikesampingkan. Bukan lagi menjadi rahsia bahawa ada ketikanya Orang Cina tempatan pun tidak dapat menyaingi 'pemain luar' tersebut. Ai ya…..Orang Cina tempatan pun tidak boleh tahan! Perkara ini berlaku di bandar-bandar besar atau kawasan berprestij seperti di Pulau Pinang dan beberapa tempat lagi.
Penulis artikal tersebut
membayangkan bahawa dalam menghadapi kemelut ini, Orang Melayu masih perlu
diberi perlindungan dan bantuan. Bagaimanapun, beliau berpendapat bahawa pada
akhirnya Orang Melayu tidak akan dapat lari dari pertimbangan meritokrasi. Orang
Melayu terpaksa menyerap cara hidup bandar yang terdedah kepada persaingan dan
nilai pengantarabangsaan jika hendak ‘terus hidup’.
Campakkan fahaman politik
kepartian anda buat sementara waktu. Lihatlah proses ‘Rebakkan Bandar’ merempuh bandar-bandar
besar, bandar-bandar kecil, pekan-pekan, pinggir-pinggir bandar atau di kampung
halaman anda sendiri.
Penulis artikal itu menyatakan bahawa proses 'Rebakkan Bandar' telah berlaku sejak dahulu dan terus berjalan dengan sistematik. Beliau menjangkakan bahawa tidak mustahil kelibat fizikal dan aset Orang Melayu di bandar-bandar akan terhapus jika momentum proses 'Rebakkan Bandar' tidak diselia dan dipantau dan juga tidak berlaku anjakan paradigma yang luar biasa kepada Orang Melayu bandar.
Tidak dinafikan bahawa 'Rebakkan Bandar' ada juga manfaatnya kepada Orang Melayu. Bagaimanapun, jika hampir semua premis perniagaan dan kediaman mewah dibolot (melalui kuasa wang dan kemahiran) oleh orang lain kerana merit, manfaat yang diperolehi adalah tidak berbaloi. Ini tidak adil kepada Orang Melayu pada hari ini dan juga kepada generasi legasi Melayu yang akan datang.
Apakah perasaan kita apabila bekas tanah sawah tempat kita bermain dan meniup seruling padi suatu ketika dahulu kini dihuni dan dimiliki oleh 'Orang Lain'?
Sisi ini melorong sesama kita bermain politik kepartian. Dipersilakan. Namun, siapa pun kita, bermain dengan emosi politik kepartian dalam hal ini umpama memujuk hati untuk melupakan sebentar masalah sebenar yang sangat kronik. Bukti yang telah berlaku dan yang disaksikan pada hari ini menunjukkan masalah ini seperti tiada penyudahnya.
Lalu sesama kita mengusung rethorik ke hulu dan ke hilir. Ini adalah di antara sebab yang menyebabkan banyak agenda yang tidak usai-usai. Dalam masa yang sama, proses ‘Rebakkan Bandar’ tidak dikawal/terkawal dengan sewajarnya. 'Rebakkan Bandar' terus bermaharaja lela dan menggila. Bezanya; ada pihak yang curiga, ada juga pihak menganggap ianya sesuatu yang normal dan tidak perlu dirisaukan.
Sebenarnya tanah ini tanah kita asalnya. Kenapa mesti salahkan orang lain apabila baru tersedar ianya dah milik orang lain?
BalasPadamSdr IM,
BalasPadamKita boleh salahkan orang lain, pihak lain, parti lain dan juga diri sendiri.
Namun, kita tidak boleh selamanya begini. Masalah tidak akan selesai. Bersamalah mencari kaedah menyelesaikannya. Inilah masalah sebenarnya.
salam,
BalasPadamsedih melihat keadaan ini,bangsa ni..kalau dah dapat satu tanah tak akan dapat kat kita semula..harap ada kesedaran dipihak tertentu khasnya bila membuat rumah kedai..disitulah mulanya tapak mereka..lihat kat pekan Rembau aje...memang elok sebenarnya kerajaan hak hapuskan setinggan tapi yang peliknya setinggan/tanah bangsa melayu yang diusiknya,tapak setinggan buat rumah kedai..disitulah mulanya mereka bertapak..
akak roosni,
PadamRupa-rupanya ada satu ungkapan penting yang tertinggal dalam catatan saya - " Di situlah mulanya mereka bertapak".
Terima kasih.