Saya Orang Melayu, saya boleh mengagak reaksi kebanyakkan pembaca Melayu terhadap mesej papan tanda di atas.
Namun, anda tidak perlu diamuk emosi dengan amarah stereotaip - marah-marah, tuduh orang lain ultra kiasu, menuding,............Renungkanlah petikan bait-bait Sajak “Melayu” oleh Sasterawan Negara Dato' Dr. Usman
Awang;
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Sepatutnya papan tanda di atas bukanlah satu 'masalah besar'. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang kebanyakkan kakitangannya adalah di kalangan Orang Melayu boleh membetulkan keadaan ini dengan 'kuasa' (prosedur) yang ada atau melalui tindakan berhemah (win win). Bukankah PBT boleh mengesan dan mengambil tindakan ke atas penduduk yang tidak mendapatkan kebenaran walaupun untuk menegakkan sebatang tiang sekalipun?Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Atau pun wujudnya papan tanda yang menyakitkan hati dan lain-lain isu ' Melayu ' yang bertali arus kerana Orang Melayu tidak lagi memiliki aura penggerun?
Atau Orang Melayu tidak lagi mempunyai semangat patriotik kepada sesuatu yang ada kaitan dengan Melayu?
Atau juga 'kata-kata' Orang Melayu tidak lagi ' masin '?
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Sedemikian, janganlah Melayu terlalu galak menyalahkan orang lain. Hatta, Melayu juga elakkanlah gejala mencemuh 'Melayu Yang Lain'.
Melayu, janganlah seronok sangat dan tidak merasa apa-apa ketika turut serta memeriahkan pembukaan pasar raya baharu yang didirikan di atas bekas 'tanah sawah' di baruh kampung kita.
Melayu, muhasabahlah diri dan atasilah segala kelemahan 'secara bersepadu'.
Melayu, janganlah sekadar jadi samseng kampung atau ' hero jadi-jadian bermusim '. Bukannya sedikit Melayu spesis ini yang kini menyepikan diri, membisu dan memekakkan telinga kerana tiada ' job ' walaupun sebelumnya acapkali berpanas berhujan dan ke hulu ke hilir kononnya hendak melestarikan semula maruah Melayu yang tercalar.
Melayu, janganlah jadi Pak Dukun yang cuma pandai menghafal mantera ultra kiasu dan menghembuskannya kepada orang lain. Kerja sedemikian lebih banyak mudarat dari manfaatnya kepada kelangsungan Melayu dan 'rakan-rakan' warga yang lain.
Melayu, bangkitlah dengan kemegahan. Melayu yang ada kemegahan sahaja akan ' digeruni '!
Saya baca ... tapi saya tak tahu nak komen apa. Mungkin saya masih mencari maksud Melayu itu sendiri ...
BalasPadamCM,
PadamPada saya definasi Melayu oleh Allahyarham Dato' Dr Usman Awang masih relevan.
Firasat Dr Burhanuddin Hilmi mengenai 'terusirnya' Melayu pada setiap kali wujudnya pembangunam komersial di kawasan Melayu juga masih boleh direnungkan.
Ujang kutik,
BalasPadamDefinasi nye dari sudut politik ada lah '' ketuanan melayu ''.
Kalau tidak di lihat dari sudut politik pun harus lah secara rasmi nya papan tanda tidak ketinggalan dari bahasa rasmi negara.
Itu pendapat saya.
Sdr theolrascal,
PadamKita mungkin dalam kecelaruan arah. Di kalangan Melayu pun bacaannya tidak lagi seragam.
Dalam senarai blog saya ada sebuah blog yang pembacanya dari berbagai etnik. Saya mendapati bahawa kebanyakkan pembaca bukan Melayu tidak lagi membaca isu-isu ' ketuanan Melayu ' seperti apa yang ibu bapa kita/mereka baca. Sebenarnya perkara ini sangat kompleks.