KUBUR PURBA DI KAMPUNG KAMI |
Kawan Sepermainan Mungkin Tidak Mengetahui Sejarah Kubur Ini
Kerana 'Rahsianya' Baharu Dapat Dibongkar Beberapa Tahun Kebelakangan Ini
Di mana pun beliau berada, secara spontan saya akan teringatkannya ketika saban tahun datangnya bulan Ramadhan dan Hari Raya. Dia, kawan sepermainan di kampung ketika zaman kanak-kanak berpuluh tahun yang lalu.
Ditakdirkan, kami telah terputus hubungan beberapa tahun setelah masing-masing meninggalkan kampung halaman. Masing-masing menelusuri arah ketentuan hidup masing-masing.
Pada awalnya saya pernah juga mendengar khabar berita beliau balik kampung sekali sekala menemui keluarganya. Namun, akhirnya beliau terus ' menghilangkan diri ' dari jangkauan kawan-kawan, kampung halaman dan juga keluarganya sendiri. Saya tidak mengetahui sebab musababnya.

POKOK MALI-MALI(Pucuknya Dibuat Rencah Rendang Ayam/Daging)- |
Kawan Sepermainan Tentu Masih Ingat Pokok Ini
Saya tidak mahu mengitar semula momen-momen zaman kanak-kanak dengan beliau kerana akhirnya akan menjurus kepada imbauan klise lagi emosional yang boleh membosankan pembaca.
Namun demikian, selain dari kenangan-kenangan biasa, ada satu kenangan dengannya yang mengesankan pada satu hari dalam bulan Ramadhan suatu ketika dahulu - lucu pun ada dan memalukan juga ada . Kami tidak pernah menceritakannya kepada sesiapa pon. Biarlah momen itu dan kenangannya terus disembunyikan di perut bumi kampung kami.
Andainya dia masih ada lagi di dunia ini, siapa pun dia dan 'sebenci' mana sekalipun kepada kampung halaman dan seisinya, saya yakin masih ada tersisa sedikit ingatan yang tidak terlupakan di kampung tanah tumpah darah kelahiran jika beliau berpeluang membaca catatan kawan sepermainannya ini.
Oh, kawan sepermainan! Jenguklah semula denai-denai nostalgia di kampung kelahiran yang kita anggap itulah sahaja dunia kita suatu ketika dahulu. Ketika itu kita tidak pernah terfikir bahawa dunia ini sebenarnya luas seluas-luasnya. Kita juga tidak pernah 'bersumpah durhaka' untuk tidak menjejakkan kaki di bumi bertuah tanah tumpah kelahiran walau apa pun yang terjadi. Kita juga sudah terlalu tua untuk bermain dendam!

ujang kutik,
BalasPadamUntuk mereka yang sudah berusia bertemu semula rakan lama ada lah satu ' nikmat'.
Mungkin salah satu sebab nye kerana kesunyian itu sering menyerang mereka yang sudah berusia.
Selagi kita mengaku kita sudah tua.. itu pun sudah kira ok lah...ahhaha.
Sdr theolrascal,
BalasPadamRambut sama hitam/'putih', hati lain-lain.
Di pejabat saya majoriti staf adalah yang sebaya dengan anak-anak saya. Saya langsung tidak merasa bersalah apabila memperkenalkan ' Inilah kawan-kawan saya/ayah " kepada anak-anak dan isteri.
Sungguh pun demikian, mereka sangat menghormati kawan yang sebaya ayah mereka. Kita (orang tua) juga perlu menjaga adab sebagai orang tua walaupun kadang-kadang ' sama naik ' dengan mereka.