Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 12 Mei 2012

bandar enstek, di mana?

Bandar baru Enstek. Di mana?

Awal minggu lalu saya dan rakan sekerja menghadiri kursus di Bandar Enstek. Ketika di sana saya sempat menelefon adik perempuan saya di pejabatnya yang jaraknya tidak melebihi 30 kilometer dari bandar ini.

Saya terperanjat kerana dia tidak pernah mengetahui wujudnya sebuah bandar di dalam negerinya sendiri yang bernama Bandar Enstek.

Bandar baru Enstek bukan sebuah bandar sebarangan. Di sinilah terletaknya Akademi Audit Negara yang melatih juru audit bukan sahaja dari dalam negeri bahkan juga dari luar negara. Di bandar baru ini juga terdapat Pusat Bioteknologi Felda (PBF). Di sini juga dibangunkan banyak kawasan-kawasan perumahan golongan pertengahan dan mewah. Bagaimanapun, melalui pemerhatian singkat saya, terdapat juga projek-projek perumahan yang telah siap dibina tetapi masih belum didudukki lagi. Ada juga projek perumahan yang terbengkalai.

Secara umumnya, bandar ini sesuai untuk mereka yang inginkan persekitaran yang sunyi dan tenang. Tali hayat kehidupan kelihatan begitu perlahan, santai dan seperti tidak ada yang perlu dipercepatkan.

Tidak ada yang perlu dihairankan dengan pemilihan nama bandar ini. Nama bandar baru ini, Bandar Enstek, adalah nama biasa bandar atau kawasan perumahan alaf ini. Mungkin satu lagi faktor yang menyebabkan nama tersebut dipilih ialah mengikuti 'trend' nama-nama bandar, pusat-pusat pentadbiran atau kawasan perumahan dikejiranan dengan sebuah negeri maju dan pusat pentadbiran negara.

Saya tiada masalah dengan proses penamaan bandar ini yang bunyinya begitu jauh tersasar dari unsur tempatan dan  'kemelayuan'. Saya cuma ingin bertanya. Adakah tidak ada satu unit samada di peringkat PBT atau kerajaan negeri yang menyaring dan meluluskan nama-nama bandar, kawasan perumahan atau pusat-pusat pentadbiran baru dalam kawasan pentadbiran masing-masing?

Saya masih berpendapat bahawa bahasa Melayu yang dominan samada di segi sejarah atau kedudukkannya di sisi perlembagaan, wajib diberi keutamaan dalam urusan penamaan kawasan-kawasan yang baru dibangunkan. 

Sehubungan ini, andainya berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada bangsa Melayu pada masa hadapan, sekurang-kurangnya masih ada sisa-sisa 'Melayu' untuk diingati oleh generasi Melayu akan datang.

Sebagai perbandingan, usaha tanpa henti pihak berkuasa di negara jiran, Singapura, untuk menghilangkan sesuatu yang ada kaitan dengan 'Melayu' masih belum berjaya sepenuhnya kerana adanya kekuatan unsur 'Melayu'  yang diasaskan. Nama-nama yang menunjukkan bahawa Melayu pernah 'berkuasa' di Singapura seperti Bukit Candu, Jalan Kempas, Kampung Glam, Murai, Pasir Ris Seletar, Tanjung Pagar dan beberapa nama lagi masih belum dapat dibuang dari peta dan kehidupan rakyat Singapura.   

Sehubungan ini, PBT, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat sekalipun masih boleh melakukan sesuatu yang jauh lebih baik dari Melayu Singapura. Kita pernah melakukannya! 

      

  


   

Nota : Bandar Enstek di Nilai, Negeri Sembilan.

7 ulasan:

  1. assalamualaikum,
    Saya setuju dengan sadara.Harapnya unsur unsur melayu dan sebutanya diharuskan jadi kesinabungan kegenerasi kedepan.
    Hilang banggakah melayu kalau ciri ciri melayu itu dibuang atau dikikis secara kita tidak sedar.

    Dimana semnagat patrioyik kita dalam menyambung budaya melayu.

    terima kasih atas info ini.Saya ingatkan bandar Enstek berada diluar negara...sy sendiri tidak tahu ujudnya bandar ini ditempat negara melayu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kedai Buku Perintis,

      Mungkin keadaan ini sewenangnya berlaku kerana sesama kita asyik 'Menyerang - Tangkis' dan 'Tangkis - Serang'.

      Bagaimanpun, saya yakin sesama sebangsa sepakat mengharapkan kebaikan kepada bangsa sendiri.

      Terima kasih kerana berkongsi pandangan.

      Padam
  2. Kat Penang ni masih pekat dengan istilah penjajah. Tengok saja nama ibu negerinya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr insan_marhaen,

      Bangsa kita pun sepatutnya bersikap demikian. Sebaliknya,kita menerus dan 'menilaitambahkan' legasi penjajah.

      Pada satu ketika kita pernah memperkasakan nama-nama dalam bahasa Melayu pada nama-nama jalan, kawasan perumahan,pusat-pusat pentadbiran dll.Namun demikian, sejak kebelakangan ini amalan itu tidak dipraktikkan lagi.

      Padam
  3. Saudara Ujangkutik,

    Generasi hari ini tidak peka dengan isu seperti ini. Generasi lama banyak telah menukarkan nama2 jalanraya atau tempat kepada nama2 berunsur 'kemelayuan'. Jalanraya di KL yang dahulu nama2 pembesar Inggeris telahpun ditukar kepada nama2 pembesar Melayu atau pembesar Cina.

    Orang Melayu Singapura masih boleh sedikit berbangsa kerana lagu kebangasaannya (Majulah Singapura) masih dinyanyikan dengan bahasa Melayu.

    Saya tidak hairan suatu hari nanti lagu tersebut akan ditukarkan dengan bahasa Mandarin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Pak Mail,

      Ada yang tidak kena dengan kedudukkan bahasa Melayu di negara kita sekarang.

      Suatu ketika dahulu, ada pihak yang memperjuangkan isu-isu seperti ini dengan ikhlas - pertubuhan politik,NGO,sasterawan. Nampaknya sekarang tiada lagi.

      Padam
  4. Salam...mungkin bandar ni terletak di dlm kawasan estet...itu yg nama nye demikian...tapi...ubah sikit la...takkan bandar estet kot...!! nak cantik..taruk la bandar enstek...mungkin macam tu la...


    Fiza-bandar enstek.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."