Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Rabu, 9 Mei 2012

atoi (anak kucing biasa):maafkan kami

Atoi, akhirnya, semalam, 07 Mei 2012, hari Isnin malam Selasa, kamu pergi juga meninggalkan kami di usia satu tahun.

Di sebalik kekurangan kami, kami telah mencuba sedaya upaya menyelamatkan kamu agar keceriaan kita bersama dapat dinikmati semula. Agar tiada kekesalan di hati kami.

Kita bersama ke hospital veterinar kerajaan, klinik veterinar swasta dan akhirnya ke hospital veterinar swasta terbaik di Ibu Kota. Namun demikian, semua doktor tidak lagi berupaya mengubati penyakit yang kamu deritai.

Malah ada yang mencadangkan agar kamu 'dimatikan' melalui suntikan maut. Manakan boleh. Biarlah kamu pergi di bawah jagaan kami.

Akhirnya kamu pergi buat selama-lamanya di riba kami...... Maafkan kami, Atoi. Kami rindukan keletah nakal dan manja kamu…. 

2 ulasan:

  1. Perginya atoi tak ada dakwa-dakwi - Mungkar & nagkir pun tak tanya apa tapi yg pasti dia jadi saksi di akhirat kelak. Beruntung diberi peluang menjaganya - saham akhirat menanti insya-allah...

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."