Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 20 April 2014

SAUDARA KANDUNG



Seorang kawan memberitahu saya bahawa dia membayar RM30.00 kepada adik kandungnya sebagai upah kerana membawa seekor anak ikan arwana dari Bukit Merah, Perak. ke Kuala Lumpur. Adiknya yang menetap di Kuala Lumpur balik ke kampung mereka di Gunung Semanggul bersama keluarganya. Kampung dua orang adik beradik kandung itu tidak berapa jauh dari kolam ikan arwana di Bukit Merah. 

Kata kawan itu, dia membayar RM150.00 untuk harga seekor anak ikan arwana dan ditambah RM30.00 lagi sebagai upah kerana membawa anak ikan itu dari Bukit Merah ke Kuala Lumpur. 

Saya bertanya, " Adik beradik kandung pun upah-mengupah? Lagi pun kolam ikan itu lokasinya di sekitar kampung kamu. " 

"Saya beri RM30.00 kerana budi bahasa dan inilah yang saya lakukan kepada orang lain atau kawan-kawan . Dia (adik kandung) pula menerimanya tanpa rasa bersalah walaupun saya abang kandungnya."

Saya yang cuma mempunyai seorang saudara kandung beranggapan sikap adik kawan itu agak keterlaluan. Namun, mungkin penilaian sedemikian tidak boleh 'digeneralisekan' kepada mereka yang mempunyai ramai adik beradik dan berbeza latar belakang.


4 ulasan:

  1. ujang kutik,

    Kadang kadang mungkin 'mengupah' adik beradik tu sebenar hanya ingin membantu nya lantaran mengetahui latarbelakang ekonomi nya.

    Saya setuju. Ada perbezaan nilai pada perbezaan latarbelakang.

    BalasPadam
  2. Sdr theolrascal,

    Ada kalanya tidur sebantal mimpin lain-lain.

    BalasPadam
  3. Nampaknya apa yg dipraktikkan oleh sahabat tuan saya praktikkan juga. Sebenarnya itu bukanlah upah tetapi itulah pengikat kasih...tambahan pula adik beradik itu kurang berada dari kita sendiri....

    BalasPadam
  4. Sdr Tanpa Nama,

    Tuan, dua beradek kandung itu ' setara'.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."