Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 5 Mei 2012

sindrom seni rengek

Asalnya, anak tunggal atau anak bongsu, khususnya anak-anak perempuan, amat mahir mengamalkan ilmu ini. Mintalah apa sahaja, kecuali bulan atau bintang, permintaan mereka akan ditunaikan.Ilmu tersebut ialah ilmu seni rengek yang 'mencairkan' hati ibu bapa.

Kini, ilmu itu bukan sahaja dimiliki oleh anak tunggal atau anak bongsu tetapi juga dimiliki dan dipraktikkan oleh kebanyakkan anak-anak kita khususnya yang tinggal di bandar. Kalau kita berasal dari kampung dan kini menetap di bandar, mereka ialah generasi kedua, iaitu di kalangan anak-anak kita.   

Antara ibu atau bapa, gender manakah yang mudah ditundukkan oleh anak-anak? Sebenarnya, perkara ini tidak dapat diklasifikasikan secara khusus. Ianya bergantung kepada seni rengek anak-anak dan daya tahan ibu atau bapa yang akan dimangsakan.

Ibu atau bapa yang mudah dimangsakan ialah mereka-mereka yang tidak dapat bertahan dengan asakan atau 'physcho' anak-anak. Hakikatnya, anak-anak lebih mengetahui kelemahan dan kekuatan ibu bapa masing-masing.

Sehubungan ini, di kalangan kita yang membesar dengan persekitaran lasak dan susah di kampung, mungkin akan bersetuju jika saya katakan bahawa anak-anak kita, yaani generasi kedua yang hidup di bandar sangat lemah jati diri mereka. Mereka mungkin pandai atau terpelajar tetapi mandiri mereka tidak kuat - lemah, lembik. Mereka lebih banyak merengek dari berusaha sendiri.

Kita akan membasuh kereta sendirian pada hujung minggu tanpa dibantu oleh anak-anak. Kebarangkalian anak-anak mengumpulkan rumput yang telah kita sabit dan meletakkan di tong sampah hadapan rumah juga tipis.

Pendeknya, kalau kita sorokkan diploma atau ijazah mereka, dan lalu kita lepaskan mereka ke dunia yang luas ini dengan berbekalkan kudrat fizikal semata-mata, belum tentu lagi mereka boleh hidup walaupun sehari.

4 ulasan:

  1. Memang betul andaian lemahnya muda mudi sekarang. Yang menyedihkan saya dikampong bila melihat kanak kanak yang sudah hilang kemahuan belajar. Banyak ibubapa menjadi mangsa 'renget'. Belikan handphone, motorsikal, komputer dll yang akhirnya disalah gunakan. Apakah masa hadepan mereka. Bapa mereka kelaut seharian, ada ibu yang ambil upah bersih ikan buat kerupok, yang menyapu halaman sekolah dll. Ini lah yang memberi semangat kepada saya memberi khidmat tiusyen percuma. Tapi sedikit sangat yang berminat. Apa akan jadi kepada anak bangsa ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan Al-Manar,

      Mungkin saya silap kerana mengandaikan fenomena sindrom seni rengek dan kurang jati diri melanda anak-anak di bandar sahaja.

      Saya beranggapan anak-anak kampung akan menolong ibu bapa mereka ketika cuti sekolah seperti generasi saya dahulu.

      Namun demikian, saya secara peribadi sangat mengagumi kerja-kerja amal yang tuan lakukan untuk kebaikan anak-anak khususnya anak-anak yatim dan anak-anak kampung yang memerlukan bantuan dan bimbingan.

      Inilah yang cuba disampaikan oleh seorang penulis yang lebih kurang bunyinya, "Angkatlah muka kita seketika dari zon selesa
      dan lihatlah sisi kehidupan yang tidak terlihat di kerling persekitaran kita."

      T.Kasih.

      Padam
  2. Ujang kutik,

    Saya sering ' bergaduh ' dengan isteri kerana mudah cair pada rengekan anak pompuan..

    Kita sedaya upaya tidak mahu mereka melalui segala kepayahan atau kekurangan kita masa lampau. Namun rasa nye dengan kelebihan ini mereka pulak akan terpinggir dari jati diri yang semula jadi terbina dari kepayahan itu.

    BalasPadam
  3. Sdr theolrascal,

    Mungkin golongan bapa yang mudah ditundukkan oleh anak-anak, termasuk saya.

    Mungkin kelebihan kita kerana asuhan persekitaran ketika kita membesar.Sebaliknya mereka tidak melalui 'training ground' tersebut.

    Bagaimanapun, semoga anak-anak dapat mengimbanginya dengan kelebihan yang setara.Kita sebagai ibu bapa mendoakan mereka.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."