Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Rabu, 20 Jun 2012

dialek negeri sembilan : tip penggunaannya


Ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik baru-baru ini, saya mendengar komunikasi yang sedikit ‘meremangkan’ cuping telinga di antara seorang Pembantu Farmasi, awal 20-an, berketurunan Cina dengan seorang pesakit, 60-an, berketurunan Melayu:
Pembantu Farmasi         : Nama ‘kamu’ Buyung bin Leman (bukan nama sebenar)?
Pesakit                         : Ya, encik.
Pembantu Farmasi         : Ubat-ubat  ini untuk ‘kamu’ makan dalam tempoh satu bulan.  
Pesakit                         : Baik encik, terima kasih.
Pembantu Farmasi          : Sama-sama. 
Tata bahasa komunikasi seperti yang tertera di atas tidak ada cacat celanya. Bagaimanapun, penggunaan perkataan 'kamu' ketika bercakap dengan orang yang jauh lebih tua adalah 'satu kesalahan' besar dalam budaya orang Melayu. Pembantu Farmasi itu boleh dianggap ‘kurang ajar’. Dia sepatutnya memanggil pesakit itu, ‘Encik’. Malah, untuk lebih sopan lagi dan juga menyerapkan unsur terapi kepada pesakit, tiada hinanya dia menggunakan perkataan ‘Pak Cik’ ketika berkomunikasi dengan pesakit itu.
Setiap kelompok masyarakat,etnik dan negeri ada keunikan serta pantang larang dan adab dalam penggunaan sesuatu istilah ketika berbual.
Begitulah juga keadaannya ketika anda berbual dengan orang Negeri Sembilan yang lebih tua. Samada anda orang keturunan Cina, keturunan India, keturunan Portugis (Melaka), Melayu Jawa,Melayu Banjar,Melayu Johor,Melayu Kelantan,Melayu Terengganu atau Melayu-Melayu yang lain sekalipun, anda dinasihatkan menggunakan perkataan yang betul dan tepat supaya tidak dikatakan ‘kurang sopan’ atau bahasa kasarnya ‘kurang ajar’. Ingatan ini khususnya kepada mereka-mereka yang cuma mengetahui beberapa patah perkataan dialek Negeri Sembilan dan ingin mencuba-cuba menggunakannya. Di antaranya ialah:
Pertama – Elakkan menggunakan perkataan EDEN (aku,saya). Gunakanlah perkataan ‘ESE’ atau ‘saya’.
Kedua – Elakkan menggunakan perkataan EKAU (Engkau, Kamu,Awak,Tuan). Gunakanlah perkataan ganti nama seperti Abang, Akak (kakak),Pak Cik,Mak Cik,Atuk (datuk),Uwan (nenek).
Tambahan – ‘Ujang’ ialah nama timangan (gelaran) bagi anak lelaki dalam sesebuah keluarga orang Negeri Sembilan. Dalam sebuah keluarga yang mempunyai beberapa orang anak lelaki, cuma seorang anak lelaki sahaja yang dipanggil ‘Ujang’ sebagai nama timangan. Bagaimanapun, nama timangan ‘Ujang’ dalam sesebuah keluarga bukannya satu kemestian.
Nama timangan ‘Ujang’ kepada anak lelaki semakin kurang digunakan. Namun demikian, nama timangan ‘Ujang’ yang asalnya adalah nama panggilan kepada anak-anak lelaki akan terus kekal digunakan kepada seseorang individu sekalipun penama sudah dewasa @ tua.     

5 ulasan:

  1. Ujang kutik,

    terima kaseh atas perkongsian tip yang tampak simple tapi penting...

    semoga kita dapat mengelak dari tidak sopan dengan cara tidak sengaja.

    BalasPadam
  2. Sdr theolrascal,

    Begitu juga ucapan 'MU' (kamu,awak,engkau) dalam dialek Terengganu tidak sesuai diucapkan kpd sebarangan kawan. Kawan baik dan intim sahaja dipanggil 'MU'.Wallahua'lam.

    BalasPadam
  3. oh..tapi ada sesetengah manusia tidak suka dipanggil pakcik walhal umur beliau menyatakan nama panggilan itu..mereka lebih gemar dipanggil abg..adakah itu sesuai en ujang kutik??

    BalasPadam
  4. Sdr man bet,

    Itulah dilemanya.Sesuaikanlah terutamanya kpd tuan punya kedai makan. Kalau sebarangan panggil Pak Cik, mungkin pelanggan si 'Abang' itu tidak akan datang lagi.

    T.Kasih.

    BalasPadam
  5. http://afyassin.wordpress.com/gallery/loghat-orang-siak-inderapura-tak-tumpah-orang-n9/

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."