Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Rabu, 15 Ogos 2012

APABILA RAMADHAN 1433H USAI


Masjid Ubudiah, Ampang
Ramadhan 1433H hampir sampai ke penghujungnya. Beberapa hari lagi kita terpaksa melupakan hajat besar yang diangan-angankan sejak awal Ramadhan 1433H tetapi tidak dapat ditunaikan.

Apakah hajat-hajat besar yang gagal ditunaikan tersebut? Solat sunat tarawikh penuh sebulan? Khatam membaca Al-Quran? Istiqomah menunaikan solat berjumaah di masjid? Menghadiri majlis-majlis ilmu? Iktikaf 10 malam terakhir di masjid? Dan…..banyak lagi yang kita agan-angankan.

Sedemikian, tepat 1 Syawal 1433H, kita perlu review pencapaian Ramadhan 1433H dengan serta merta. Sepuluh peratus kah? 20 peratus? 50 peratus?

Andainya keputusannya negatif, janganlah salahkan orang lain. Salahkanlah diri kita sendiri. Kita terlalu membenarkan satu golongan ekslusif sahaja memonopoli keadaan. Sedangkan kita cuma menjadi pemerhati.

Golongan itulah yang mendominasi majlis-majlis ilmu, yang istiqomah menunaikan solat berjumaah, yang sanggup berpenat bertadarus, yang mendirikan solat malam, yang beriktikaf di masjid,………..  

Kita? Kita yang ‘dilihat baik’ tidak pernah menginjak masjid/surau di kawasan perumahan kita. Kita yang ‘dilihat baik’ tercengang-cengang apabila ditanya siapakah ustaz-ustaz yang datang mengajar. Kita yang ‘dilihat baik’ tidak datang ke masjid/surau menunaikan solat sunat tarawikh secara konsistan. Malah, kita yang ‘dilihat baik’ tidak dilihat mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan segala sesuatu yang dikaitkan dengan agama.

Manusia yang ‘dilihat baik’ spesis apakah kita? Kita perlu mengubah sikap dengan sedaya upaya. Kalau dibiarkan sehingga maut datang menjemput, nahas kita.

Andainya hasil review menunjukkan positif, kita patut bersyukur. Kita teruskan momentum bermadrasah pada bulan Ramadhan ke bulan-bulan lain yang berikutnya. Insya Allah, jika dipanjangkan umur, tahun 1434H nanti kita mempunyai asas yang kukuh untuk melipatgandakan usaha.    
        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."