Karim Raslan melalui kolum beliau ‘ ceritalah ‘ dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 7 Ogos 2012 memaparkan Soegija, seorang yang dibesarkan dalam keluarga Islam tetapi akhirnya murtad dan menganut agama Kristian Katholik di usia 14 tahun. Kemuncak ‘kecemerlangan’ Soegija dalam agama barunya sehingga dilantik menjadi Ketua Biskop.
Dikatakan Soegija dihormati kerana keberaniannya ketika Perang Dunia Kedua. Tindakan berani Soegija menyokong pejuang pro-republik semasa Revolusi Indonesia merapatkannya dengan Presiden Sukarno.
Soegija meninggal dunia pada 23 Julai 1963 di Belanda. Mayatnya dibawa balik ke Indonesia dan dikebumikan di Makam Pahlawan Negara, Giri Tunggal.
Saya tidak mahu menyentuh pendirian Karim Raslan yang sangat mengagumi pendekatan pemerintah Indonesia memuliakan individu yang bernama Soegija @ Albertus Soegijapranata. Lagi pun siapalah saya. Bagaimanapun, untuk mendapat info yang lebih tepat, bacalah artikal beliau yang disiarkan pada 7 Ogos 2012 itu.
Kalau kita rajin mengumpul info mengenai gejala murtad di Indonesia, kita akan dapati bahawa kes seperti kemurtadan Soegija bukan sesuatu yang pelik di bumi Indonesia. Sebaliknya, gejala itu telah dianggap biasa dan tiada siapa yang ambil peduli.
Malah melalui pembacaan dan maklumat dari rakan-rakan yang mengetahui sistem kekeluargaan di Indonesia (misalnya berkahwin dengan orang Indon), dikatakan bahawa berbilang agama dalam satu keluarga adalah perkara biasa.
Fenomena di Indonesia itu sangat kronik dan menakutkan. Ianya tidak berlaku di kalangan masyarakat Islam di dunia Islam yang lain. Hatta, masyarakat Islam Rohingya yang tidak bernegara dan hidup naif pun tidak mengamalkan hidup berbilang agama dalam satu keluarga. Inikah yang dinamakan bala kepada masyarakat Islam Indonesia?
Sedemikian, dalam hal beragama, Melayu Islam di Malaysia tidak perlu rasa bersalah kerana sangat rigid dan kejam dalam menangani dan melayan mereka-mereka yang murtad walaupun di kalangan ahli keluarga sendiri. Inilah yang membezakan kita dengan Indonesia. Kita jauh lebih baik daripada republik itu.
YA BUNG GEJALA MURTAD AMAT LELUASA DI INDON. MALAH KINI IANYA DIAGUNG-AGUNGKAN. LIHAT SAHAJA KARYA-KARYA TERKINI, KHUSUS FILEM "TANDA TANYA" I.E QUESTION MARK (?) DALEM YOU TUBE. CERITERANYA EMANG MENARIK, MUSLIM KERJA DIRESTORAN JUAL BABI DAN SEORANG IBU MUDA MURTAD DIBAPTIS KRISTIAN !KHABARNYA DIMALAYSIA ADA PULA USTAZ LEPASAN SMA AGAMA MURTAD, NAMANYA BENJAMIN? BETUL ENGGAK? SIAPA DIA? SIAPA IBU BAPAKNYA DONG? SIASAT SIH DAN CERITERALAH DALAM BLOG INI YA.
BalasPadamSDR TANPA NAMA (
BalasPadamGEJALA INI MENAKUTKAN. BEZANYA, DI MALAYSIA KES KES MURTAD DISOROKKAN DAN TIDAK DISIARKAN DALAM MEDIA ARUS PERDANA.
SEDEMIKIAN, KES SEPERTI BENJAMIN STEPHEN TIDAK DIKETAHUI OLEH KEBANYAKKAN ORANG DI MALAYSIA.
SEBAGAI CONTOH KEMURTADAN AISHAH ANAK SEORANG IMAM HILANG BEGITU SAHAJA. UMPAMA DISAMBAR HELANG.
SEJUJURNYA SAYA SENDIRI KURANG MENGETAHUI KES BENJAMIN YG SDR KATAKAN.SAYA AKAN CUBA MENDAPATKAN INFO SI MURTAD INI.