Selepas pejabat, Jumaat
(21/9/12), saya dan keluarga balik ke
kampung di Negeri Sembilan untuk melihat ahli baru keluarga kecil kami. Ahli
baru itu, bayi perempuan yang beratnya 3.6 kg ketika dilahirkan di Hospital
Columbia, Seremban itu ialah anak ketiga kepada anak saudara (perempuan) saya @
cucu ke-3 adik perempuan saya dan suaminya @ cucu saudara ke-3 saya.
Alhamdulillah. Syukur.
Di awal pagi Sabtu, 22/9/12 saya
sendirian ke Pasar Tani Rembau yang letaknya kira-kira 7 kilometer dari kampung
saya. Mungkin tertipu dengan gelagat saya yang bersemangat mengambil gambar di
sekitar pasar tani itu, seorang yang berpakaian kemas menegur saya dalam bahasa ‘Orang Kuala
Lumpur’, yaani bahasa Melayu standard. Tegurnya, “Ambil berita kah?” Saya tidak
menjawab tetapi menghadiahkan senyuman kepadanya.
Harga barang-barang di Pasar Tani Rembau lebih kurang sama dengan
harga di Kuala Lumpur/Ampang. Telur itik sebiji 70 sen. Harga ikan keli salai
se kilogram ialah RM18.00. Harga petai juga standing dengan di Kuala Lumpur/Ampang.
Harga tulang (banyak juga dagingnya dan bukan tulang semata-mata) RM18.00/kilogram.
Harga ikan lebih mahal dari sesetengah tempat di Kuala Lumpur/Ampang. Harga
getah telah jatuh menjunam, mungkin sebahagian besar pengunjung yang memborong
barang-barang jualan di pasar tani ini ialah anak-anak kampung yang ‘kerja
besar ‘ di bandar dan balik ke kampung pada hari cuti/hujung minggu.
Dalam perjalanan balik ke rumah saya
singgah di kebun yang jaraknya kira-kira 300 meter dari rumah untuk meninjau
lembu dan kambing yang diusahakan oleh suami adik saya. Dia ialah bekas
kakitangan awam yang bersara awal. Inilah
yang selalu saya ulang-ulangkan, bahawa tiada sesiapa yang dianiaya jika
berkahwin dengan perempuan Negeri Sembilan. Adik ipar saya ini ialah anak jati
negeri Hang Tuah, Melaka. ‘Menang – Menang (Win Win)’. “Perempuan yang punya pesaka, Orang semenda
(lelaki yang berkahwin dengan perempuan Negeri Sembilan) yang membela (menjaga
dan mengusahakan tanah pusaka)”.
Ketika
berjalan-jalan di dalam kebun yang juga terdapat beberapa pokok durian,
rambutan, cempedak dan dua batang pokok petai (yang sedang berbuah) kaki saya
terlanggar ‘Cendawan Busut’. Mulai-mulanya
saya terkejut tetapi akhirnya menjadi teruja – boleh dipaparkan dalam blog
‘ujang kutik’! Sungguhpun cendawan-cendawan busut tersebut telah terlebih
matang tetapi masih boleh dibuat masakan. Saya seronok mendapat rezeki yang
tidak dijangka. Saya juga teruju hendak menunjukkan kepada keluarga terutamanya
anak-anak saya yang sangat ‘jahil’ dengan tumbuhan-sayuran yang pelik kepada
mereka itu.
Bagi pembaca
yang mungkin asing dengan ‘Cendawan Busut’ dijelaskan; Secara ringkasnya
cendawan busut ialah sejenis cendawan yang boleh dimakan. Struktur cendawan ini
ada dua bahagian; Bahagaian Pertama ialah kepala cendawan yang muncul di
permukaan tanah. Bahagian kedua seakan-akan akar tetapi bukan akar yang terbenam
di dalam tanah. Kedua-dua bahagian itu boleh dimakan. Cendawan busut lebih
sedap dibuat masakan ketika struktur ‘kepalanya’ belum kembang mekar lagi.
Biasanya cendawan busut tumbuh di sesuatu kawasan selepas hujan.
Sungguh pun demikian, cendawan busut tersebut tidak dapat dimasak untuk masakan tengah hari pada hari Sabtu, 22/9/12. Saya dan keluarga terpaksa balik ke Ampang untuk menghadiri majlis walimatul urus anak kepada sepupu lelaki arwah ibu saya di perkampungan etnik Minangkabau Sungai Cincin, Gombak. Sepupu lelaki arwah ibu saya, Orang Negeri Sembilan berkahwin dengan perempuan etnik Minangkabau Gombak.
ujang kutik,
BalasPadam..kini urusan walimatul urus juga telah kembali tumbuh bagaikan cendawan..haha
Sdr tiheolrascal,
PadamWalimatul urus banyak....gaji lambat lagi. He..he..
Salam..boleh saya tau di mana kampung awak..saya sdg mencari cendawan busut..mengidam. smpai skang xjumpa..tqvm
BalasPadamSdr Tanpa Nama,
PadamCendawan Busut tumbuh 'one off'. T.Kasih.
Saudara yang berbahagia, Ujang. Mega terima kasih kerana sudi mempamarkan gambar2 rumah yang menarik dari daerah Chengkau. Saya pernah kekampong waris chembong, mungkiin kampong ini merdekatan dengan tempat saudara atau sebaliknya hanya saudara yang dapat menentukan. Saya melawat kampong waris chembong ini lebeh kurang 50 tahun yang lalu. Ketika itu ada teman persekolan yang tinggal di situ. saya akan melewati Chengkau diperjalanan saya ke selatan dari kuala lumpur. Sya ni dibesarkan di kampong semerbok, astana raja. akan melewati chengkau pada 4 atau 5 dec 2014, rindunya.Salam
BalasPadam