Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Isnin, 15 Oktober 2012

DI KALA MOMEN-MOMEN ITU MUDIK SEMULA........

Di usia ketika anak-anak telah meningkat remaja, saya masih betah bercerita mengenai momen-momen yang telah lama ditinggalkan. Ketika itu, saya seorang anak kampung yang sedang membesar di sebuah kampung pedalaman berpuluh-puluh tahun yang lalu. Momen-momen itu sangat setia menemani arah langkah hidup saya. Momen-momen itu tidak memperdulikan langsung perubahan sekitaran dan perjalanan masa.

Dan, tatkala momen-momen itu larut dalam emosi dan rohani , saya tidak pernah menjadi seorang dewasa. Saya adalah saya berpuluh-puluh tahun yang lalu.

Saya rindukan rakan-rakan sekampung, rakan-rakan sepermainan, rakan-rakan yang sama-sama mandi di sungai dan perigi, rakan-rakan setempat 'termenung' di anak sungai di pinggir kampung, rakan-rakan mengaji Al-Quran di rumah Tok Alias, rakan-rakan yang sama-sama mengembala kerbau di kaki gunung, rakan-rakan yang sama-sama menjebak serindit di rimba bunian dan rakan-rakan yang sama-sama meniup seruling di tepian sawah. Saya juga rindukan senyuman dan gelak-tawa rakan-rakan sepermainan gadis naif yang sangat mengambil tahu tetapi belum pandai lagi bercinta,...........
Kemudian duduk dekat kampung,
Halaman sebuah sepermainan,
Perigi sebuah sepermandian,
Jamban sebuah sepergiliran.
(Petikan Buku Teromba Oleh Dato' Dr. Mohd Rosli Saludin)
sumber : Teromba empat kerat dipetik dari Teromba Sebagai Alat Komunikasi Dalam Kepimpinan Adat Perpatih Oleh Dato' Dr. Rosli Saludin dan kreativiti empunya blog. 

2 ulasan:

  1. Saudara Ujang Kutik,

    Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat sepergiliran...

    BalasPadam
  2. Sdr Pak Mail,

    Ya, tempat 'sepergiliran'.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."