Sebuah akhbar 2-3 hari yang lalu memaparkan tajuk pelaris yang agak nakal, " Kelantan melawan Malaysia ".
Secara mudah tajuk tersebut menggambarkan bahawa penyokong bukan di kalangan rakyat Negeri Kelantan atau bukan Orang Kelantan akan bersekutu menyokong pasukan ATM dalam final Piala Malaysia 2012.
Kalau kenyataan itu benar, apakah sebabnya?
Kalau kenyataan itu salah; Adakah ianya cuma satu metos? Orang luar dengki dengan sesuatu yang dikaitkan dengan Kelantan? Kisah hitam Kelantan yang telah menjadi sejarah - umpama orang yang dahulunya tidak solat kini sudah menjadi bilal atau imam masjid?
Walaupun mengambilkira ketiadaan dua orang pemain hebat Kelantan dalam final, Ghaddar dan Norfarhan, saya masih memilih Kelantan sebagai pemenang malam ini. Namun demikian, persepsi 'kurang baik' terhadap Kelantan tidak akan terpadam jika negeri Tuan Guru Dato' Nik Aziz itu memenangi Piala Malaysia 2012 di Stadium Shah Alam malam ini.
Persepsi itu ada peluang dipadamkan jika Kelantan kalah, DAN dengan syarat segelintir penyokong fanatik Kelantan dapat bersabar.
Kendati pun begitu, jikalah saya anak Kelantan, saya mahu Kelantan menang malam ini!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."