Lebih
kurang jam 11.00 pagi, Ahad (16/12/12), saya dan isteri mendengar orang memberi
salam. Saya membalas salam dan menuju ke arah pintu besar rumah. Saya terkejut.
Tetamu yang tidak disangka, Mohd Nizam bin Abdullah telah
berada di hadapan mata. Dia datang bukan seorang, tetapi berdua.
Saya
mempersilakan pasangan itu masuk ke dalam rumah. Tanpa pengetahuannya, saya segera
membatalkan hasrat kami hendak berjalan-jalan dan seterusnya membeli ikan segar
di Kuala Selangor.
“Saya
sengaja tidak beritahu Brahim hendak datang,” katanya ketika melangkah masuk ke
dalam rumah. “ Saadiah apa khabar?” Dia menegur isteri saya yang menunggu di ruang
tamu.
“Khabar
baik,” jawab isteri saya dengan penuh ceria.
Itulah
Mohd Nizam, seorang mualaf keturunan India yang telah menganut agama Islam
lebih 30 tahun yang lalu. Dia seorang yang sangat peramah. Perhubungan kami
agak rapat sejak sekian lama, iaitu sejak anak-anak masih kecil sehinggalah arwah
isterinya meninggal dunia kira-kira 4 tahun yang lalu. Saya mengenalinya kerana
isterinya kawan baik isteri saya.
Ketika
anak-anak masih kecil juga kami dengan keluarga masing-masing pernah berkelah
bersama ke tempat-tempat perkelahan dan bercuti sehingga ke Kuala Terengganu.
Mohd
Nizam pesara PKNS, 66 tahun , memperkenalkan isteri yang baru dikahwininya
kira-kira sebulan yang lalu.Dia meminta maaf kerana tidak memberitahu kami yang
dia telah berkahwin lagi. Rumahnya di Lembah Keramat cuma lebih kurang 15 km.
sahaja jaraknya dari rumah saya di Ampang. Isteri baru Mohd Nizam , awal 50-an,
berasal dari Johor Bharu dan bertugas dengan jabatan kerajaan di Cyberjaya.
Walaupun
usianya telah mencecah 66 tahun, Mohd Nizam kelihatan segak dan awet muda. Katanya,
dia minum sekurang-kurangnya 8 gelas air suam tiap-tiap hari. Bersama arwah isterinya
dahulu, dia dikurniakan dua orang anak, Boy,31 tahun dan Jehan,20 tahun. Isteri
saya menyakat, “Boy tidak kisah hendak kahwin berbanding ayahnya.” Dia
menjelaskan secara berlawak, “ Kalau Boy hendak kahwin, beritahu ayahnya ini,
semuanya ditanggung beres.”
Mohd
Nizam mualaf yang mempamirkan akhlak seorang Muslim yang ‘cantik’. Dia masih
rapat dan intim dengan keluarga asalnya yang menganut agama Hindu. Sebagai
seorang Islam, dia menghayati hidup sebagai seorang Islam yang baik. Dia solat
lima waktu dalam sehari, solat berjumaah dan menghadiri kuliah agama di
surau/masjid berhampiran rumahnya. Kadang-kadang dia juga berpuasa sunat pada
hari Isnin dan Khamis.
Keluarga
Mohd Nizam berasal dari Singapura tetapi bermastautin di Mambau, Seremban, Negeri
Sembilan. Di Mambau, dia sekampung dan berkawan dengan pelakun Dato’ Mustafa
Maarof.
Mohd
Nizam dan isterinya meminta diri hendak balik ke rumahnya ketika hampir masuk
waktu solat fardhu Zuhur. Katanya, dia ada jemputan perkahwinan berhampiran
rumahnya di Lembah Keramat.
Mohd
Nizam bin Abdullah, “The Special One”. Sinambung persahabatan saya dan keluarga
dengannya umpama satu amanah yang pertanggungjawabkan oleh arwah isterinya yang
begitu baik dengan keluarga kami ketika hayatnya. Al-fatihah.
As-salam
BalasPadamSeronoknya ada kawan yang sudi menziarahi kita, malahan pada waktu yang tak kita sangka-sangka. Semoga persahabatan yang mulia itu berpanjangan.
Sdr Temuk,
BalasPadamWaalaikomsalam.
Saya juga sangat berbesar hati menerima tetamu yg sangat tidak disangka iaitu saudara. Semoga kita tidak berhenti setakat ini sahaja.