MENYAMBUT PELAWAT |
Sepanjang usia, saya cuma sekali
berkesempatan melihat sendiri Istana Lama Seri Menanti yang terletak di Kuala
Pilah, Negeri Sembilan. Tarikh itu ialah pada 01 Januari 2013. Sungguhpun
demikian, saya tidak dapat melihat ruangan bahagian dalam istana yang dijadikan
muzium itu kerana waktu melawat telah tamat ketika saya sampai di situ. Saya
difahamkan bahawa waktu melawat adalah 7 hari seminggu dari pukul 8.00 pagi
hingga 6.00 petang.
ISTANA LAMA SERI MENANTI (MUZIUM DIRAJA) |
Namun demikian, ketika sampai di
sekitar jam 6.10 petang, saya masih boleh melihat bahagian luaran istana lama itu.
Selain saya ada juga beberapa orang pelawat lain di situ. Tidak ada pula pihak muzium istana lama melarang pelawat berada di situ selepas waktu melawat.
ISTANA LAMA SERI MENANTI (MUZIUM DIRAJA) |
Walaupun tidak mempunyai asas
mengenai seni bina, saya dapat rasakan kehebatan istana lama apabila melihat
bangunan yang bercirikan seni bina masyarakat Minangkabau itu pada pandangan
pertama. Seni binanya unik dan menarik. Impak melihat sendiri secara ‘live’
berbanding dengan melihat fotografi sangat berbeza. Gahnya lebih dirasai apabila melihat sendiri.
Sesiapa pun pada masa ini mudah mendapatkan info mengenai istana lama ini dengan melayari internet. Beberapa info menarik mengenai bangunan istana lama ini yang saya
dapati melalui carian di internet adalah seperti berikut:
1)Lokasi istana lama ini ialah di
Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
2)Tempoh pembinaan ialah dari 1902
– 1908.
ISTANA BAHARU (DARI JAUH) |
3)Istana lama ini adalah kediaman
rasmi DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dari tahun 1908 hingga 1931
(Selepas tahun 1931, kediaman rasmi DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
dipindahkan ke istana baharu yang tidak jauh dari istana lama).
4)Pelan asal bangunan Istana Lama
Seri Menanti yang bercirikan seni bina masyarakat Minangkabau disediakan oleh
dua orang tukang rumah Melayu, Kahar dan Taib.
BAHAGIAN BAWAH ISTANA LAMA |
5)Pelan asal diperinci oleh Ketua
Pelukis Pelan Public Works Department (PWD) berbangsa Inggeris yang bernama Mr.
Woodford dan seterusnya diluluskan oleh Jurutera Negeri dan Residen British
pada tahun 1902.
6)Istana Lama Seri Menanti adalah bangunan
kayu yang mempunyai 99 batang tiang dan juga 4 batang tiang seri yang
panjangnya 67 kaki (panjang tiap-tiap satu tiang seri). Kayu yang digunakan
ialah kayu penak.
7) Istana Lama Seri Menanti
dibuat tanpa menggunakan paku. Setiap sambungan yang perlu dibuat menggunakan
kayu pasak.
8)Istana Lama Seri Menanti pernah
digunakan sebagai bangunan Sekolah Menengah Agama Tinggi dari tahun 1959 hingga
1964.
9)Istana Lama Seri Menantikan
dijadikan Muzium Diraja pada 14 Julai 1992.
RUMAH PENDUDUK |
Saya percaya ramai lagi anak-anak
Negeri Adat Perpatih ini masih belum pernah menjenguk istana lama ini. Nasihat
saya ialah, datanglah melihat sendiri Istana Lama Seri Menanti di Kuala Pilah.
Istana lama ini masih utuh dan seperti tidak terkesan langsung dengan
perjalanan masa yang telah menjangkau lebih 100 tahun dari tarikh pembinaannya.
RUMAH PENDUDUK |
Pada hari ini gah kesan peninggalan seni bina
masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan kurang terserlah di hampir seluruh
daerah di negeri ini kecuali di sekitar Istana Lama Seri Menanti, Kuala
Pilah dan Pekan Jelebu. Saya perhatikan banyak juga rumah penduduk di sepanjang
laluan khususnya di sekitar Istana Lama Seri Menanti sarat dengan bentuk rumah bercirikan
seni bina masyarakat Minangkabau.
PESONA SENI BINA MINANGKABAU |
Saya yakin masyarakat Minangkabau di Tanah
Minangkabau, Indonesia bangga dan seronok dengan situasi ini.
Sesuatu yang membanggakan lagi ialah pelan asal Istana Lama Seri Menanti disediakan oleh dua orang tukang rumah Melayu. Di alam nan dah berkembang, Dek ketiar masih ado, Dapek sahajo, Tahu dek nengok, Pandai dek muek.
Semoga saudara seketurunan Orang Negeri Sembilan di Tanah Minangkabau memahami maksud teromba dalam dialek Negeri Sembilan di atas. Saya meninggalkan Istana Lama Seri Menanti yang telah dijadikan Muzium Diraja itu jam 6.50 petang. Saya berharap agar dapat datang lagi ke situ untuk menjenguk ruangan di bahagian sebelah dalam istana pula.
Bermakna ada istana baru Seri Menanti?
BalasPadamIM pun kagum dengan kerjaseni orang dulu yang sabar dan cermat. Malah kat tempat IM ada sebuah rumah kayu yang begitu damai dan ciri-ciri beranda sebagai tempat rehat waktu petang masih ada...
Sdr IM,
PadamAgaknya berlipat kali ganda lagi hebatnya istana Raja Melaka yang dimusnahkan oleh penjajah sehingga tidak tersisa walaupun sekeping papan.
assalamualaikum En. Ujang,
BalasPadamsaya dah pernah melawat istana ni pd thn 2011. istana serta kawasan sekitarnya dijaga dgn baik. di seri menanti ni lah kita masih boleh lihat rumah penduduk bercirikan rumah minangkabau. rata-rata, rumah sebegini semakin kurang di negeri sembilan.
Tentunya Juana bersetuju bahawa pesona Minangkabau lebih terserlah di Kuala Pilah berbanding di Rembau atau Rantau dan lain-lain tempat di Negeri Sembilan.
BalasPadamEr..pakcik,pakcik tau tak ape motto/slogan istana lama seri menanti ni???
BalasPadamnurul shazawati,
PadamMaaf, Pak Cik pun tidak perasan samada Istana Lama Seri Menanti ada motto/logo atau sebaliknya.
Cantiknya istana seri menanti ni kan k0rg??
BalasPadamsalam,saya Izzat yang berasal dari rembau,negeri sembilan.Den hendak memberitahu bahawo istano lamo Seri Menanti amat unik di mato den. Hal ini kerana,istano ini masih kukuh dari tahun ke tahun baru . Den ponah melawat Istana ini setiap tahun bersamo keluargo apabilo ado sompono hari keputeraan Duli yang Maha Mulia Yang Dipertuan Negeri Sembilan .Dalam Istano ado banyak barang2 lamo yang klasik dan byk informasi berkaitan dongan Negori Beradat ini.
BalasPadamIzat,
PadamWaalaikomsalam.
Esey baru sekali melawat istana itu. Esey ingatkan rumah biaso sahaja. Bilo tengok dengan mato baru tahu gah dan kesempurnaannya.
Kok tak salah, tukangnya oghang Melayu Negeri Sembilan.
Izat, kek Ghombau kek mano toboh ghumah kau?