Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Selasa, 19 Mac 2013

begitu cepatnya masa berlalu

Ketika kembali bertugas di Ibu Pejabat setelah 5 hari ditugaskan di luar daerah, kami diperkenalkan dengan seorang staf baru. Staf baru itu seorang remaja lelaki berusia 25 tahun. Dia mengaku mengenali saya ketika kami bersalaman. Dia ialah anak kepada kawan baik saya dari dahulu, kini dan selagi ada hayat (Insya Allah).

Saya dan bapanya ialah ‘Generasi Peneroka Bandar Pertama’ kepada generasi kami. Remaja staf baru dan anak-anak saya pula ialah ‘Generasi Peneroka Bandar Ke-dua’. Ayahnya berasal dari Melaka.

“Begitu cepatnya masa berlalu“. Ini adalah ungkapan tipikal. Saya yang pernah bergelumang, membesar dan ‘tua’ bersama ayahnya, tiba-tiba kini berada dalam satu jabatan dengan anaknya pula.

Saya dan ayahnya pernah bertugas di Jabatan yang saya bertugas sekarang dalam tempoh masa yang panjang. Pendek kata kami pernah tidur sebantal dan sekatil ketika bertugas di luar daerah pada zaman remaja dan juga setelah berumah tangga.

Selain itu kami juga pernah bertugas bersama di salah sebuah anak syarikat organisasi kami. Cuma bezanya, ayahnya berjawatan tinggi dan saya cuma staf biasa sahaja.

Asalnya, ayahnya juga berjawatan pegawai rendah sebelum meningkat ke kedudukkan sekarang. Mungkin elemen ini menyebabkan perhubungan kami terjalin, dipupuk dan menjadi akrab. Kini ayahnya memegang jawatan Ketua Jabatan di salah sebuah jabatan penting dalam organisasi kami.

Saya mungkin di antara segelintir kawan baik yang mendapat akses ekslusif mengenai perjalanan hidup ( keluarga, pendidikan dan kerjaya) ayahnya - dari tahap sifar (hopeless) kepada ‘ke puncak kejayaan’ pada hari ini. Laluan perjalanan ayahnya bukannya dalam laluan biasa yang mudah. Ianya adunan sukar, lucu dan ‘miracle’. Namun, saya tidak boleh mendedahkan segala-segalanya. Ada perkara-perkara yang tidak sesuai untuk dikongsi oleh orang lain.      

Apa yang boleh saya kongsikan ialah, “ Bekas-bekas guru ayahnya samada di sekolah rendah atau menengah akan terkejut besar jika mengetahui pencapaian pendidikkan dan kerjaya bekas anak murid mereka, yaani ayahnya pada hari ini.”

Ayahnya juga berbakat besar sebagai juruhebah radio. Ayahnya pernah bertugas secara separuh masa sebagai juruhebah sukan di radio pada tahun 80-an hingga pertengahan 90-an. Ayahnya mampu memukau kawan-kawan melalui laporan sukan olok-olok dengan hanya menggunakan sebuah cawan.

Walaupun rapat dengan ayahnya, saya tidak pernah mengambil kesempatan di atas perhubungan kami. Namun, saya percaya ada kemungkinan ‘tangan ghaib’ ayahnya acapkali memudah-cara ( dengan izin Allah) perjalanan kerjaya saya.

Ketika berbual dengan remaja staf baru itu saya mengungkapkan kata-kata berbunyi, “ Saya mempunyai 1001 kisah dengan ayah kamu, kalau hendak diceritakan semula, 1001 malam pun belum tentu habis lagi ceritanya.”

Saya percaya remaja staf baru itu akan menceritakan bait-bait yang saya ungkapkan itu kepada ayahnya. Dan, saya juga sangat yakin bahawa ayahnya tidak akan menceritakan semula semua 1001 kisah kami itu. Ada kisah yang cuma perlu diketahui oleh kami berdua sahaja!

4 ulasan:

  1. Saudara Ujang Kutik,

    Hidup ini penuh dengan teka teki. Cabaran, kejutan, kehampaan, kegembiraan dan 1001 macam kisah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Pak Mail,

      Itulah menunjukkan betapa kerdilnya hamba.

      Padam
  2. Ujang Kutik,

    Saya yang telah berada di penghujung alam pekerjaan ini juga berpeluang bekerja dengan anak muda sebaya anak sendiri yang baru baru saja memasuki alam pekerjaan.

    Dia tidak memanggil saya dengan Encik ataupun Pakcik atau sebagai nye tetapi mendahului perkataan dengan perkataan abang sebelun nama saya di sebut..hehe

    Dalam dunia pekerjaan kita akan sentiasa muda...hahaha.

    BalasPadam
  3. Sdr theolrascal,

    Kita memang tidak 'terasa tua' sangat kerana saban hari bergaul dengan staf yang jauh lebih muda. Walaupun 'terasa muda' tetapi mati dapat membezakan mana yang muda dan mana yang tua tetapi perasan muda.

    He..he..

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."