Kaunter Hospital |
Sakit telinga Naome tidak juga
sembuh setelah mendapat rawatan di klinik veterinar berhampiran rumah saya.
Kasihan dengan Naome yang menderita penyakit ‘ENT’ (Ear Nose Throat), saya dan
isteri menggagahkan diri untuk mendapatkan rawatan Naome di hospital haiwan
yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur. Sungguh pun nama Naome agak
glamour, ‘beliau’ sebenarnya adalah
kucing biasa yang sangat naïf berbanding dengan kucing-kucing lain yang mendapat rawatan di hospital haiwan swasta
ternama ini.
Naome, Kucing Biasa Nama Glamour |
Kami sampai di bangunan hospital
haiwan lima tingkat itu jam 12.00 tengah hari. Ketika kami sampai cuma ada tiga
orang tuan punya haiwan di ruang pendaftaran. Seorang pemuda China dengan
anjingnya dan dua orang lagi ialah pasangan warga emas Melayu yang hendak
mengambil kucing mereka setelah dimasukkan ke dalam ward hospital itu selama enam hari.
Kami sempat berbual dengan
pencinta-pencinta haiwan itu. Kucing pasangan warga emas Melayu itu dihantar ke
situ kerana masalah tidak hendak makan. Sementara itu, anjing kepunyaan anak
muda China itu pula mengalami masalah ceret beret. Melalui keterampilan mereka,
saya mengagak bahawa status ekonomi pasangan Melayu dan pemuda China itu umpama
langit dengan bumi dengan saya.
Info Yang Biasa Dilihat Di Hospital/Klinik Veterinar |
Isteri saya sempat bertanya kos
rawatan kucing pasangan Melayu itu tatkala mereka hendak meninggalkan hospital.
RM1,600.00 ( Ringgit Malaysia: Satu Ribu Enam Ratus Sahaja)! Pemuda China itu memberitahu
kami bahawa anjingnya juga terpaksa ditahan di ward hospital.
Orang Melayu biasanya terlalu ‘allergic’
dengan anjing. Namun, saya melihat staf Melayu ( saya agak mereka orang Melayu/Islam
kerana mereka memakai tudung) di hospital itu tidaklah terlalu ‘takut’ atau ‘geli’
dengan haiwan najis mughallazah itu. Saya dapat melihat mereka turut terlibat
dalam urusan merawat anjing dan membawa anjing dengan menarik tali di sekitar
kawasan hospital. Ketika itu saya teringat mengenai seorang keturunan Arab
Muslim di Janda Baik, Pahang yang memelihara berpuluh-puluh ekor anjing. Dia
mendakwa bahawa ada mazhab yang membolehkan seseorang memegang anjing. Wallahua’lam.
Kami bernasib baik kerana Naome tidak
perlu bermalam di hospital. Telinga Naome ‘diservis’ oleh doktor veterinar muda
keturunan India dan diberi dua suntikan. Selain itu Naome juga dibekalkan
dengan ubat-ubatan untuk tempoh satu minggu. Kos rawatan dan ubatan yang
dikenakan ialah RM160.00. Saya telah
menjangka anggaran kos rawatan ini.
Sehubungan ini, ada satu kisah tragis berlaku di kampung saya pada tahun 70-an. Kisah ini mengenai seorang tua malang-miskin yang mendapat info salah mengenai bayaran di hospital kerajaan. Dia yang menerima rawatan di wad hospital kerajaan telah melarikan diri dari hospital pada waktu malam kerana ditakut-takutkan akan dikenakan bayaran. Ditakdirkan, orang tua miskin- malang itu telah jatuh dari tembok pagar hospital dan meninggal dunia di situ!
Walaupun kos yang perlu saya bayar jauh lebih
rendah berbanding dengan yang terpaksa ditanggung oleh kenalan baru kami pasangan
Melayu ‘high class’ tadi, kami perlu mengurangkan lain-lain perbelanjaan kurang
relevan untuk mengelakkan ‘defisit’ pada bajet bulan ini. He..he..
Semoga Naome akan pulih seperti biasa.
Semoga.
ujang kutik,
BalasPadamkucing2 di rumah saya kami hantar ' menginap' di hotel dan berspa semasa ketiadaan kami di rumah melebihi dua hari..haha..
tapi caj nye tak sampai lah RM160 sapertimana rawatan dan ubatan Naome sdr.
Sdr theolrascal,
PadamKerana berpengalaman dan akrab dengan kucing, saya ada mencadangkan hendak buat business 'perkucingan' (termasuk homestay kucing) apabila bersara nanti...
KAMI ADA BERPULUH EKOR KUCING TAK SANGGUP NAK BELA , NAK BUANG KESIAN , KAMI TEMPAKAN DALAM SATU BILIK ,
PadamADA SESIAPA YG MAHU ATAU TOLONG MENGATASI MASAALAH KAMI
Sdr/i Tanpa Nama,
PadamSaya pun ada banyak kucing. Salah satu cara mengurangkan warga kucing ialah memandulkan. Ada sebuah klinik SPCS-DBKL di Setapak yang menawarkan rawatan pemandulan kucing/anjing.
Kos kucing jantan RM60.00. Betina RM80.00.
Benar, tidak sampai hati hendak membuang kucing/anak kucing.